CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2347|Reply: 5

Kelab Malam Di Dalam Bunker Nuklear Di Russia (11 Gambar)

[Copy link]
Post time 24-10-2012 04:41 PM | Show all posts |Read mode
Kelab malam biasanya mempunyai tema futuristik supaya bertepatan dengan lagu yang sering berkumandang di dalamnya. Di Russia ada sebuah kelab malam yang bertemakan zaman Soviet. Tema ini dipilih kerana kelan malam ini dibina di dalam sebuah bekas bunker serangan nuklear ketika Perang Dingin diantara blok Timur dan Barat. Bunker ini dibina sekitar 1950an dan digunakan sehingga 1986. Selepas itu ianya ditinggalkan sebelum dijual kepada orang awam selepas kejatuhan kerajaan Soviet.

Kelab malam dibina pada sebahagian bunker tetapi pada bahagian lain sebuah muzium juga dibina bagi mengingatkan generasi masa hadapan bagaimanakah rupa kehidupan seharian penghuni bunker ini suatu ketika dahulu. Bahagian lain pula ditutup dari orang awam kerana tidak mahu mereka tersesat. Konsep bunker diubah menjadi kelan malam bukanlah perkara baru. Sebelum ini ada kami paparkan bunker yang juga diubah menjadi kelan malam di China.

Di Malaysia ada beberapa bunker bawah tanah zaman Perang Dunia Kedua yang masih wujud. Salah satunya terletak di Muzium Perang Pulau Pinang. Bunker-buker lama ini sangat menyeramkan kerana sejarah masa lampaunya yang hitam. Terdapat juga ura-ura yang mengatakan terdapat bunker bawah tanah yang menyambungkan Putrajaya ke KLIA. Terowong yang menyambungkan kedua-dua lokasi ini dibina untuk kegunaan kerajaan jika berlaku peperangan. Kami tak pasti sama ini benar ataupun hanya lagenda urban.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2012 05:08 PM | Show all posts
huhuhu...menarik
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 05:11 PM | Show all posts
wow...cantekkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 08:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 12:07 AM | Show all posts
Amat menarik
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2012 11:11 AM | Show all posts
Scary jugak..cmno kalau hantu kejar kt dalam terowong tu eh there's no where to hideee
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 06:19 PM GMT+8 , Processed in 0.113607 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list