View: 13151|Reply: 6
|
Persediaan untuk kertas bahasa Inggeris SPM
[Copy link]
|
|
As Salam dan Salam Sejahtera semua
Oleh kerana bermula Disember ini saya akan mulakan kelas tuisyen bahasa Inggeris untuk yang akan mengambil SPM pada tahun 2013 dan 2014 di Putrajaya,Sunway dan Bangi maka saya akan dari masa ke semasa menulis artikel-artikel yang saya amat harap dapat membantu anak-anak yang akan mengambil SPM nanti.
Sema seperti pendekatan saya sebelum ini, thread SPM English ini akan merangkumi aspek-aspek:-
1. Grammar atau Tatabahasa bahasa Inggeris
2. Vocabulary atau Perbendaharaan Kata bahasa Inggeris
3. Practice atau Latihan-latihan yang sesuai untuk persediaan kertas bahasa Inggeris SPM
4.Answering techniques atau Teknik-teknik menjawab dengan betul soalan-soalan kertas bahasa Inggeris SPM
5. Guidance atau Bimbingan peribadi daripada saya untuk mereka yang menyertai tuisyen saya kelak.
Saya amat berharap thread ini akan dapat membantu mereka yang tidak dapat menyertai tuisyen-tuisyans aya nanti. Kursus persediaan SPM English secara Online juga akan turut saya tawarkan kepada mereka yang berminat pada yuran yang amat rendah.
Apa2 pun doakan kesihatan saya agar saya sentiasa sihat dan mampu untuk terus menulis di sini.
Cikgu Yusoff
019-3090711
[email protected]
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya akan banyak guna Teknik Semakan 3 W's nanti dalam thread ini dan juga dalam kelas-kelas tuisyen saya nanti kerana aspek semakan ini amat efektif untuk membantu pelajar-pelajar kita membuat ayat yang betul tatabahasa ia dalam bahasa Inggeris.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kepada anda yang menghantar anak-anak anda ke mana-mana pusat tuisyen,cuba tanya anak-anak anda adakah mereka di ajar teknik semakan 3W's ini kerana berdasarkan pengalaman saya mengajar bahasa Inggeris kepada kanak-kanak, pelajar, orang dewasa aspek inilah yang paling lemah dikalangan mereka dan ramai yang sekadar menggunkaan 'sedap rasa' tanpa mengetahui samaada mereka membuat ayat dengan betul atau tidak dalam bahasa Inggeris.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pastikan persediaan anak-anak anda yang akan menghadapi SPM tahun depan dan pada tahun 2014 bermula terus November atau Disember kerana cuti sekolah ini jangan 100% cuti tetapi gunakan cuti panjang ini untuk mereka ulangkaji semula mana2 aspek bahasa Inggeris yang mereka masih lemah. |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk mereka yang mengambil kertas bahasa Inggeris SPM esok. ni beberapa tips yg cikgu nak pesan sebelum jawab soalan esok ya.
1. Baca dan faham soalan betul2. Jangan kelam kabut nak jawab tapi akhirnya jawab tidak mengikut apa yg soalan kehendaki dan ini akan mengakibatkan kita dapat markah yang rendah.
2. Ambil masa ikut markah yang diberikan.Jangan ambil masa lebih dari yang sepatutnya untuk sesuatu soalan itu.Jika markah yg diberi ialah 30% u ntuk satu soalan itu dan masa yang diberi ialah 2 jam, maka masa yang perlu diperuntukkan untuk menjawab soalan itu ialah 30% X 2 jam (120 minit) = 36 minit.
3. Sentiasa ingat tentang masa sesuatu yang ingin anda tulis itu iaitu ianya cuma boleh masuk bawah tiga zon masa iaitu Present (skrg), Past (sudah lepas) dan Future (Akan datang)
Jika sekarang, Present, maka jika anda gunakan dengan Verb TO BE pastikan anda menggunakan am,is dan are.
e.g. I am sick today.
Ali is sick today.
You are sick today.
They are sick today.
Kalau menceritakan tentang sesuatu yang sudah lepas, gunakan dengan Verb TO BE yang dalam bentuk past tense iaitu was dan were.
e.g. I was sick yesterday.
Ali was sick yesterday.
You were sick yesterday.
They were sick yesterday
Kalau menceritakan tentang sesuatu yang belum berlaku, gunakan dengan Verb TO BE yang dalam bentuk future iaitu will be
e.g. I will be busy tomorrow.
Ali will be busy tomorrow.
You will be busy tomorrow.
They will be busy tomorrow.
4. Semak juga subjects anda kerana kalau anda perhatikan di atas
Kalau anda bercerita tetang 'I' verb TO BE yang anda gunakan ialah:-
i. 'am' kalau bercerita tentang sekarang
ii. 'was' kalau bercerita tentang sesuatu/senario di masa lepas
iii. 'will be' kalau bercerita tentang sesuatu/senario yang akan berlaku/di masa akan datang
Kalau anda bercerita tetang 'you' verb TO BE yang anda gunakan ialah:-
i. 'are' kalau bercerita tentang sekarang
ii. 'were' kalau bercerita tentang sesuatu/senario di masa lepas
iii. 'will be' kalau bercerita tentang sesuatu/senario yang akan berlaku/di masa akan datang
Kalau anda bercerita tetang 'singular nouns' iaitu noun yang jumlah ia satu seperti Ali, the man, he, she dan it verb TO BE yang anda gunakan ialah:-
i. 'is' kalau bercerita tentang sekarang
ii. 'was' kalau bercerita tentang sesuatu/senario di masa lepas
iii. 'will be' kalau bercerita tentang sesuatu/senario yang akan berlaku/di masa akan datang
Kalau anda bercerita tetang 'plural nouns' iaitu noun yang jumlah ia lebih daripada satu seperti Ali and Abu, the men,those boys, we dan they verb TO BE yang anda gunakan ialah:-
i. 'are' kalau bercerita tentang sekarang
ii. 'were' kalau bercerita tentang sesuatu/senario di masa lepas
iii. 'will be' kalau bercerita tentang sesuatu/senario yang akan berlaku/di masa akan datang
|
|
|
|
|
|
|
|
Malam tadi saya amat sukar untuk tidur kerana memikirkan pelbagai masalah yang sedang saya hadapi buat masa ini tetapi dalam saya memikirkan bagaimana saya perlu atasi masalah saya itu Allah berikan ilham pula kepada saya untuk menulis pagi ini tentang bagaimana pula cara kita boleh atasi masalah kita dalam berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
Kita selalu nampak yang wang ringgit itu sahaja rezeki yang Allah kurniakan kepada kita tetapi saya sentiasa bersyukur kepada Allah kerana turut menurunkan rezeki dalam bentuk ilham-ilham bagaimana saya boleh menjadi cikgu yang lebih baik dalam mengajar bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar yang datang belajar dengan saya dan yang menjadi pelajar di alam maya sperti anda ini.
Alhamdulillah, sebagai jururunding dan pelatih yang telah berkecimpung dalam bidang latihan selama 16 tahun, semakin hari semakin jelas kepada saya apakah punca-punca sebenar kelemahan anak-anak kita dalam berkomunikasi bahasa Inggeris sekarang ini. Memang betullah pengalaman itu akan mematangkan kita dan akan membantu kita untuk membuat pilihan dan keputusan yang bijak.
Setiap hari saya akan menerima puluhan email, panggilan dan mesej sms daripada ibubapa yang meminta pendapat saya dan meminta pertolongan saya untuk membantu anak-anakmereka mengatasi masalah komunikasi bahasa Inggeris mereka.
Sudah tentu sebagai seorang guru, saya amat bersimpati dengan mereka kerana saya sedar yang jika anak-anak kita ada masalah dengan komunikasi bahasa Inggeris di peringkat SPM mereka juga akan menghadapai masalah yang sama dalam pembelajaran mereka diperingkat kolej dan universiti nanti dan dalam kerjaya mereka nanti yang banyak akan memerlukan kemahiran yang tinggi dalam bahasa Inggeris.
Secara amnya, saya akan memberi nasihat yang sama kepada mereka iaitu "Selesaikan masalah-masalah asas dalam komunikasi bahasa Inggeris anak-anak mereka itu"
Kita mesti sanggup meneroka jauh ke dalam diri kita untuk mencari apakah yang telah membantutkan proses anak-anak kita untuk mahir dalam bahasa Inggeris. Kenapa setelah sekian lama mereka belajar bahasa Inggeris, mereka masih tidak dapat fasih dalam bahasa Inggeris atau tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris yang betul tatabahasa ia dan yang mudah difahami dengan orang lain.
Kenapa pula rakan-rakan mereka yang sama-sama belajar bahasa Ingeris dengan mereka boleh lebih mahir daripada anak-anak kita sedangkan mereka menghadiri kelas yang sama dan diajar oleh guru yang sama?
Itulah sebabnya saya selalu mengingatkan diri saya dan pelajar-pelajar saya untuk IKHLAS dan JUJUR dalam membuat analisa diri dalam mencari PUNCA-PUNCA sebenar kenapa kita masih bermasalah dalam berkomunikasi bahasa Inggeris sehingga sekarang.
Apakah sebabnya?
Apakah puncanya?
Apakah faktor-faktornya?
Cuba ambil sedikit masa dan buat analisa komprehensif tentang masalah sebenar yang sedang dihadapi oleh anak-anak kita dalam menguasai bahasa Inggeris ini.
Adakah ianya disebabkan faktor-faktor di bawah? :-
1. Kurang faham tatabahasa bahasa Inggeris.
2. Masih berfikir dalam bahasa Melayu apabila berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
3. Kurang perbendaharaan kata bahasa Inggeris sehingga menyebabkan mereka sukar membuat ayat-ayat yang lebih berkesan dalam bahasa Inggeris dan juga menyukarkan mereka untuk memahami ayat-ayat bahasa Inggeris orang lain.
4. Kurang latihan-latihan komunikasi bahasa Inggeris.
5. Sikap yang kurang positif terhadap bahasa Inggeris seperti tidak minat dengan bahasa Inggeris.Kurang minat membaca bahan-bahan bacaan dalam bahasa Inggeris dan kurang menonton rancangan-rancangan TV dalam bahasa Inggeris dan kurang juga mendengar program-program dalam bahasa Inggeris di radio dan sebagainya.
6. Kurang kecekalan dalam mempelajari bahasa Inggeris. Mungkin kita pernah daftar anak-anak kita dalam kelas-kelas bahasa Inggeris tambahantapi merekatidak belajar sehingga habis dan ada aspek-aspek tatabahasa bahasa Inggeris yang tidak mereka pelajari semula dengan betul. Mungkin juga anak-anak kita itu ada cuba tingkatkan perbendaharaan kata bahasa Inggeris mereka dan penyusunan ayat-ayat bahasa Inggeris mereka dengan membaca akhbar-akhbar bahasa Inggeris setiap hari tetapi anak-anak kita tidak terus menerus dengan pembacaan mereka itu.
Apa-apa pun punca masalah komunikasi bahasa Inggeris kita, inilah langkah pertama kita untuk membantu anak-anak kita meningkatkan kemahiran mereka dalam berbahasa Inggeris.
Sebelum kita boleh menyelesaikan masalah anak-anak kita dalam berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, sudah tentu kita perlu tahu apakah PUNCA SEBENAR masalah anak-anak kita itu.
Apabila punca sebenar TELAH DIKENALPASTI barulah kita boleh ambil langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah anak-anak kita dalam berbahasa Inggeris.
Sebagai contoh, antara punca utama kenapa anak-anak kita mungkin ada masalah dalam berbahasa Inggeris ialah kerana mereka kurang faham konsep tatabahasa bahasa Inggeris dan juga kerana mereka lemah dalam perbendaharaan kata bahasa Inggeris. Ini bermakna selagi kita tidak menyelesaikan dua masalah utama ini iaitu tatabahasa dan perbendaharaan kata mereka maka selagi itulah kita tidak menyelesaikan masalah mereka dalam berbahasa Inggeris.
Kita mungkin terikut-ikut dengan sesetengah orang yang akan memberitahu kita, "Alahhh, tatabahasa tu tak penting..Ko suruh je anak ko cakap dan tulis dalam bahasa Inggeris dan lama2 pandai le anak ko berbahasa Inggeris.."
Ya, ini mungkin betul dan berkesan untuk sesetengah orang tetapi ianya satu proses yang akan mengambil masa untuk meningkatkan kemahiran kita dan juga satu pendekatan yang agak merbahaya terutamanya jika anak-anak kita dikelilingi oleh orang yang kurang mahir dalam bahasa Inggeris.
Pastikan anda SANGGUP selesaikan masalah akar umbi ini jika anda BETUL-BETUL ingin selesaikan masalah komunikasi bahasa Inggeris anak-anak anda itu.
Saya amat bersimpati dengan sesetengah ibubapa yang mempunyai semangat dan kecekalan yang tinggi dan sanggup menghabiskan wang ringgit yang banyak untuk meningkatkan kemahiran komunikasi bahasa Inggeris anak-anak mereka tetapi akhirnya kecewa kerana anak-anak mereka masih tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik.
Saya amat-amat ingin membantu anak-anak anda menjadi mahir dan fasih dalam bahasa Inggeris tetapi anda kena IKHLAS dengan diri anda terlebih dahulu.JUJUR dengan diri anda dulu dan KETAHUI apakah punca sebenar anak-anak anda masih kurang yakin berkomunikasi bahasa Inggeris. Anda kena KENALI diri anak-anak anda terlebih dahulu. Anda yang kenal siapa diri mereka sebenarnya. Anda sendiri yang kenal apakah kelemahan mereka dan apakah kekuatan mereka.
Saya amat-amat sedih jika pelajar-pelajar saya tidak dapat mencapai kemahiran berbahasa Inggeris yang mereka inginkan tetapi sebagai seorang guru dan bagaimana hebat sekalipun saya ini, kejayaan seseorang pelajar itu banyak bergantung kepada diri mereka sendiri.
PERCAYA lah..bahasa Inggeris ini sebenarnya tidaklah sesukar mana. Ada lagi bahasa-bahasa di dunia ini yang jauh lebih sukar seperti bahasa Perancis, bahasa Mandarin dan banyak lagi.
Mungkin kadang-kadang kita rasa bahasa Inggeris ini sukar kerana bahasa Melayu kita ini amat mudah untuk dikuasai..Itu sahaja...
Jadi saya amat-amat berharap anda mengambil sedikit masa untuk menganalisa punca sebenar kelemahan bahasa Inggeris anak-anak anda itu dan ambil langkah yang sewajarnya untuk mengatasi masalah anda itu.
Cikgu Yusoff
019-3090711
[email protected]
www.knowledgecentre.wordpress.com
|
|
|
|
|
|
|
|
Pastikan kita ada merancang sedikit program akademik untuk anak-anak kita terutamanya akan menghadapi peperiksaan SPM mereka tahun depan kerana inilah masa untuk kita mengukuhkan semula pemahaman mereka tentang topik-topik yang tetalh mereka pelajari dalam tingkatan empat.
Masa cuti sekolah ini amat berharga untuk kita gunakan sepenuhnya agar anak-anak kita nanti tidak terlalu tertekan bila memasuki tahun 2013 nanti.
Apa yang anda boleh buat ialah:-
1. Kenalpasti apakah yang telah mereka pelajari tahun ini dan tahun-tahun sebelum ini yang berkaitan dengan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM mereka tahun depan.
2. Kenalpasti apakah topik-topik atau aspek-aspek yang anak-anak anda masih lemah.
3. Kenalpasti apakah topik-topik atau aspek-aspek yang perlu dikuasai oleh anak-anak anda terlebih dahulu.
4. Daftar anak-anak anda untuk kelas-kelas ulangkaji yang sesuai untuk anak-anak anda.Pastikan keberkesanan pusat tuisyen itu terlebih dahulu.
5.Pantau juga perkembangan anak-anak anda itu kerana mungkin ada yang tidak mengambil serius kelas-kelas tersebut kerana mereka masih dalam 'mood cuti'
6. Nilai semula peningkatan mereka dihujung 2012 dan buat persediaan untuk kelas tuisyen mereka untuk tahun 2013.
Saya doakan semoga persedian anak-anak anda untuk UPSR, PMR dan SPM sentiada dipermudahkan Allah.
Cikgu Yusoff
019-3090711
[email protected]
Trainer since 1996
English language teacher since 2004
Author of 5 books on learning English
Last edited by cikgutuition on 8-11-2012 01:58 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|