|
Sorry yer kalau dah ade thread ni..
Ok, sebenarnya pengambilan air untuk setiap individu itu berlainan dari seorang ke seorang yang lain. Ianya lebih signifikan dengan berat badan individu tersebut. Bagaimana mengiranya, ikut langkah - langkah ini:-
Mula - mula timbang berat badan, catat pada satu kertas putih berat dan ambil kalkulator darabkan berat anda dalam kiraan pounds. Lihat pengiraan dibawah:-
Berat Saya = 57 KG (contoh eh..hehehe )
1 kg = 2.205 pounds
Berat Saya dalam pounds = 57 x 2.205 = 125.69 pounds
Jadi Berat Saya dalam pounds ialah 126 ( setelah dibundarkan ). Kemudian nombor ini dibahagiakn kepada 2 untuk mendapat nilai air yang perlu diambil dalam kiraaan ounces...126 / 2 = 63
Maka pengambilan air untuk tubuh saya setiap hari bagi berat badan 57 KG ialah, 63 ounces sehari. Untuk dalam kiraan gelas pula ialah:
1 gelas air = 8 ounces
Jadi
63 ounces / 8 ounces = 8 gelas sehari
Oleh kerana negara Malaysia tidak menggunakan kiraan dalam ounces, maka kita tukarkan ia dalam unit liter. Pengiraan dalam unit liter ialah:-
1 liter = 33.82 ounces
Maka
63 ounces / 33.82 = 1.86 liter air
Oleh itu pengambilan air sehari untuk tubuh saya semasa berat 57 Kg, dalam pengiraan liter ialah 1.86 liter air dan dalam kiraan gelas ialah 8 gelas.
Jawapannya disini, sememangnya tubuh kita memerlukan sekurang - kurang 8 gelas air sehari atau 1.5 liter air tetapi jangan melebihi 4 liter sehari ( kerana pengambilan air yang berlebihan boleh menyebabkan buah pinggang mengecut ), namun ia juga bergantung kepada faktor - faktor lain antaranya dari segi diet permakanan, dari aktiviti harian, cuaca setempat malah dari sudut kesihatan semasa anda.
Persoalannya sekarang, apakah tanda - tanda tubuh iu kekurangan air?, disini saya sertakan antara tanda - tandanya :-
Apabila anda berasa dahaga.
Kelesuan tubuh, terutama pada cuaca panas.
Kekeringan pada bibir dan kulit.
Pening kepala atau terasa ingin pitam.
Pembuangan air kecil yang sedikit dan kotor.
Perut terasa kosong walaupun sudah makan.
Apa yang menariknya pengambilan air turut juga menjadi satu pelan diet yang berkesan. Pastikan 30 minit sebelum mengambil hidangan anda meminum air, ini akan membantu anda makan dalm jumlah yang sedikit. Harus diingat pengambilan air hendaklah di bahagi - bahagi salam sehari bukannya di ambil sekaligus. Harus diingat juga air yang diambil hendaklah air kosong, air jus dan juga yang menyihatkan dan bukannya minuman bergas!, INGAT!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|