CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44072|Reply: 220

Novel : Sejuta Kali Kasihku - [U]

[Copy link]
Post time 12-11-2012 05:04 PM | Show all posts |Read mode
  BAB 1

Air mataku mulamenuruni lekuk pipi. Lelaki itu melirikku tajam sebelum merebahkan tubuh keatas katil. Permainan dunia yang begitu kejam!

  “Tak payahlah kaumenangis. Buang masa saja.”

Aku mengetap bibir.Terdetik di hatiku, tidakkah lelaki ini mempunyai sedikit belas kasihan dihatinya.  Aku memeluk tubuhku.

  “Kau pekak ke? Aku cakap, jangan menangis!” Bentaknya lalu mendekatiku. Hujung daguku dipautnyadan memaksaku memandang mata beningnya.

  Tiada aksara meniti keluar dari bibirnya. Hanya pandangan yang begitu tajam serta nafas yangtersekat-sekat menahan amarah. Pipinya kemerah-merahan. Rambutnya kusut-masai.T-shirt yang dipakai tadi sudah hilang dicampak entah ke mana melihatkandadanya yang sasa.

  Sesaat demi sesaat berlalu. Dia masih memandangku. Pautannya pada hujung daguku dikejapkan.Untaian hanya yang tadinya menemani tubir mataku sudah kering. Esakankuterhenti begitu saja. Hatiku kecut. Takut melihat lelaki ini berang.

  “Encik, lepaskan saya,” tuturku perlahan.Lelaki itu membulatkan matanya.

  “Bertahun-tahun akucari kau. Nampaknya sekarang kau dah berubah. Dulu, kau takkan pernah menangiskalau aku sentuh kau. Kalau aku berkasar dengan kau. Sekarang, aku jerit sikit,kau dah menangis. Kenapa kau berubah Wafi Yasmina? Kenapa?” Suaranya penuhsesal. Aku buntu dan keliru. Siapakah lelaki ini dan kenapa dia berkatasedemikian rupa?

  Selepas aku cubamasuk ke dalam Kelisaku, dia menarikku masuk ke dalam Porshe Cayenne miliknyadan membawaku ke sebuah banglo. Lalu aku diheret masuk ke dalam sebuah bilik.Aku tak mampu melawan kerana kekuatanku amat sedikit jika dibandingkan kekuatanlelaki ini.

  Dia tahu namaku.Sebaris nama milikku terpahat kukuh di fikirannya namun aku pasti aku tidakkenal lelaki ini. Aku terlalu pasti!

  “Encik, saya takkenal encik. Saya rasa encik salah orang,” ujarku tenang.

  “Jangan berpura-puratak kenal aku. Cukuplah! Kau tak boleh tipu aku.”

  “Saya memang takkenal encik. Memang tak kenal.”

  Lelaki itumengukirkan senyuman sinis.

  “Wafi Yasmina.Sampai bila kau nak berdalih? Sampai bila?”

  Aku menghela nafaslemah. Dahiku aku tekan perlahan. Lelaki itu masih merenungku. Bibirkemerah-merahan itu melemparkan senyuman sinis. Pautan pada daguku dilepaskankemudian dia menarikku ke balkoni dan tubuhku ditolak kasar ke dinding.

  Jari-jemarinyadiletakkan pada pagar balkoni. Kemudian aku dipandang sekilas. Nafasnya tidakteratur.

  Sesaat kemudian, diaduduk. Rambutnya diramas kasar.

  “Kau memang takkenal aku?” Soalnya lagi.

  Aku menggeleng.Pecah ketawa lelaki itu.

  “Takkan kau takkenal aku wahai Wafi Yasmina?”

“Saya memang takkenal encik!” Tekanku keras.

Lelaki itu bingkasbangun lalu mendekatkan bibirnya di cuping telingaku.

  “Aku, Ungku Nafi’Jihadi.”

  Jantungku berdetaklaju. Darahku berderau. Dia?

*****

    Tenang saja diamenyisip minuman namun matanya masih tidak lepas-lepas meratah wajahku. Saatpandangan kami berlaga, aku menunduk. Bibirnya mengoyak senyuman sinis. Debarandi hati hanya DIA yang tahu. Aku ingatkan lelaki ini sudah mati. Ya. Sudahhilang dari hidupku.

  Lelaki di hadapankuini sudah banyak berubah. Dulu, wajah itu cengkung tidak bermaya. Mata bundaryang bening itu tidak bercahaya dan janggut serta misai tumbuh meliar diwajahnya. Malah rambutnya itu panjang hingga mencecah bahu.

  “Kau tak sangka akumasih hidup?”

  Aku membisu. Memang!Memang aku tak sangka dia masih hidup. Lelaki yang telah memusnahkan hidupkumasih bernafas tika ini.

  “Sayang, sayang.Abang tak faham kenapa sayang bodoh sangat. Kemalangan kecil yang sayangrencanakan beberapa tahun lalu takkan pernah mampu buat abang mati.”

  “Apa yang enciknak?” Ajuku tanpa menghiraukan kata-katanya.

  “Nak sayanglah!”

  Aku menggenggampenumbuk. Cuba mencari kesabaran untuk menghadapi lelaki ini.

  Kalau dulu, setiapkata-kata lelaki ini akan aku cuba terima meskipun sakit rasanya. Kalau dulu,aku relakan saja dia merangkul erat tubuhku. Itu dulu! Bukan sekarang.

  Enam tahun lalu,lelaki ini mengutipku di tepi jalan. Aku yang ketika itu terkontang-kantingterpaksa mengikutnya. Dan aku dijadikan perempuan simpanannya tanpa aku rela.Pernah aku cuba melarikan  diri tapi akugagal. Hasilnya, tubuh ini menjadi mangsanya. Aku dipukul bertalu-talu.

  Waktu itu, aku cumagadis yang berusia 18 tahun yang tidak mengerti apa-apa. Bermacam-macam caratelah aku lakukan supaya diri ini terlepas dari genggamannya. Aku merencanakankemalangan dan tika itu, aku yakin dia sudah meninggal. Aku terlalu yakin!

  Tapi kini, lelakiitu masih hadir.

  “Wafi Yasmina, akuboleh laporkan kepada polis yang kau cuba bunuh aku dulu tapi aku tak nak. Kausepatutnya berterima kasih dengan aku.”

  “Terima kasih,”tuturku lalu bangun.

  Aku mengatur langkahpergi meninggalkan dia. Tapi hanya beberapa langkah kerana pantas sajajari-jemari itu memaut lenganku. Aku merentap tanganku. Jijik! Tidak aku sudilelaki ini menyentuhku. Cukuplah selama ini aku menanggung dosa atas segalaperbuatanku.

  “Wow! Wafi Yasminadah berubah.”

  “Apa lagi yang enciknak dari saya?” Dadaku sesak. Kenapa lelaki ini harus kembali di saat akusedang mengenal erti bahagia?

  “Aku nak kau. Kautak faham ke?”

  “Encik! Saya tak adamasa nak bergurau dengan encik.”

  Tangannya menyapakedua-dua belah bahuku. Mataku membulat. Aku cuba melepaskan diri.

  “Aku tak ada masanak bergurau dengan kau. Kalau aku tak nak kau, aku takkan habiskan masa akubertahun-tahun lamanya untuk cari kau.”

  Aku melepaskandiriku daripada pautannya dan berkira-kira untuk pergi.

  “Aku sayangkan kaudan aku nak kita berkahwin,” ucapnya perlahan namun masih cukup kuat untuk akudengar. Wajah itu aku pandang sekilas sebelum aku berlalu pergi.








Last edited by surianovember on 16-11-2012 08:14 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2012 05:18 PM | Show all posts
errr... ini sambungan citer sejuta kali cintaku kan? kenapa buat tred baru? Atau tersilap teknik?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2012 06:35 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 12-11-2012 05:18 PM
errr... ini sambungan citer sejuta kali cintaku kan? kenapa buat tred baru? Atau tersilap teknik?

a'ah. Sambungan. Aaaa. Entahlah. Tak faham sangat pasal forum ni. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 08:25 AM | Show all posts
surianovember posted on 12-11-2012 06:35 PM
a'ah. Sambungan. Aaaa. Entahlah. Tak faham sangat pasal forum ni. hehehe

dek non sila sambung kat thread yg sedia ada aje
atau pun PM mod suh dia mergekan aje
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2012 11:07 AM | Show all posts
fatehana posted on 14-11-2012 08:25 AM
dek non sila sambung kat thread yg sedia ada aje
atau pun PM mod suh dia mergekan aje :loveliness ...

haaa. Ok ok
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 04:16 PM | Show all posts
sambung please...kusyuk baca citer suria....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-11-2012 12:06 AM | Show all posts
sellie003 posted on 14-11-2012 04:16 PM
sambung please...kusyuk baca citer suria....

hehe. Boleh baca kat blog suria sbb suria dah tak letak kat sini :')
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2012 12:14 PM | Show all posts
surianovember posted on 15-11-2012 12:06 AM
hehe. Boleh baca kat blog suria sbb suria dah tak letak kat sini :')

pulak dah
org dah terbuai x nak sambung, sedih tul
apa blog suria
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2012 03:28 PM | Show all posts
Aikk? Baru post beberapa kerat dah tak nak sambung sini? Kot ya pun nak suruh org jengah blog mana link? Anyway, lady setia di cari. Tak berapa gemor nak menerjah ke blog. I'm just being honest.

Seriously baru nak layan citer ni. Potong!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2012 09:48 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 15-11-2012 03:28 PM
Aikk? Baru post beberapa kerat dah tak nak sambung sini? Kot ya pun nak suruh org jengah blog mana l ...

hehe. tak letak sbb tak faham. Tak berapa faham la kak merge segala. Tlg ajarkan suria.. weee. Yang nak letak sambungan tu macam mana? makin tak fahamlah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2012 09:49 PM | Show all posts
fatehana posted on 15-11-2012 12:14 PM
pulak dah
org dah terbuai x nak sambung, sedih tul
apa blog suria

hehe.. kalau nak blog : semuanyapendek.blogspot.com. Bukan tak nak sambung tapi tak reti pasal thread ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 08:40 AM | Show all posts
surianovember posted on 15-11-2012 09:49 PM
hehe.. kalau nak blog : semuanyapendek.blogspot.com. Bukan tak nak sambung tapi tak reti pasal thr ...

hmmmmmmmmm
suria paste aje citer suria kat thread yg sedia ada nie
cam sekrg kan ada 2 thread yg suria bukak so suria just stick satu je
cerita suria nie bagus jadi elok disambung utk semua rakan2 forum baca
cuba yea dik
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 10:07 AM | Show all posts
fatehana posted on 16-11-2012 08:40 AM
hmmmmmmmmm
suria paste aje citer suria kat thread yg sedia ada nie
cam sekrg kan ada 2 thread yg ...

Mungkin dia tak tahu mcm mana nak sambung. Dia cuma tahu nak reply jahhh...
Dik Suria.... kat bawah sekali tu kan ada kotak kosong? Hang tulis kat situ. Lepas tu tekan button post reply.  Atau pun hang klik kat advanced mode.

Gigih la ai paste gambaq nak bagi paham. Semalam dah gigih menerjah blog. Dlm pada malas baca blog, gigih ai tamatkan baca sampai bab 4! ekeke...

SALUTE sama ini budak. Cheq baru 14 tahun naaa??? Chik lady teruja sekali dengan ayat2 yg ditulis. Tak dak aksara nak disusun  dari mulut (eh, jejari) betapa terujanya acik

Sila sambung kat sini ya bebeh...



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 10:11 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 16-11-2012 10:07 AM
Mungkin dia tak tahu mcm mana nak sambung. Dia cuma tahu nak reply jahhh...
Dik Suria.... kat  ...

dia br 14 tahun kaaaa
aduhai chik ana terasa tua hokeh
nangessssssssss sgt
pe kata kita letakkan entry bagi pihak dia tp kena mintak ijin dulu
dan klu boleh nak suria nnt tolong sambung chapter 5 kat sini yea
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 10:16 AM | Show all posts
fatehana posted on 16-11-2012 10:11 AM
dia br 14 tahun kaaaa
aduhai chik ana terasa tua hokeh
nangessssssssss sgt

kalau tak silap laaa. katanya thn depan PMR!
Meh kita nanes berjemaah!

Cikgu BM dia mesti suka kan? kan? kan? hebakkk anak murid dia...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 10:21 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 16-11-2012 10:16 AM
kalau tak silap laaa. katanya thn depan PMR!
Meh kita nanes berjemaah!

mmg bakal pelapis penulis akan dtg nie
mmg hebat sungguh bahasa yg ditulis
terbuai seketika pabila membaca garapannya
ada harapan dpt straight A nnt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2012 10:48 AM | Show all posts
best woo citer ni...
terror cik penulis muda ( lagi muda dari anak makcik juna)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2012 12:47 PM | Show all posts
fatehana posted on 16-11-2012 10:21 AM
mmg bakal pelapis penulis akan dtg nie
mmg hebat sungguh bahasa yg ditulis
terbuai seketika pab ...

haha,, hanna bukan penulis.. penconteng ja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2012 12:50 PM | Show all posts
sang_arjuna posted on 16-11-2012 10:48 AM
best woo citer ni...
terror cik penulis muda ( lagi muda dari anak makcik juna)

haha... cik hanna dah tualah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2012 12:52 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 16-11-2012 10:07 AM
Mungkin dia tak tahu mcm mana nak sambung. Dia cuma tahu nak reply jahhh...
Dik Suria.... kat  ...

muahaha.. trimas akak.. sayang akak.. weeee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.692200 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list