CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 190741|Reply: 1791

AKASIA: RINDU BERTAMU DI ABU DHABI - FAHRIN AHMAD, TASHA SHILLA (FEB 2013)

[Copy link]
Post time 23-11-2012 06:35 AM | Show all posts |Read mode
Bakal bersiaran pada 11 Februari 2013.

Pelakon2:
Hero - Fahrin Ahmad - Firdaus (abg sulung)
Heroin - Tasha Shila - Ain (isteri Firdaus)
Aiman Hakim Ridza - Fareez (adik bongsu)
Shahrizal Jaszle - Faiz (anak no.2)
Dato' Rahim Razali
Lydiawati
Fauziah Gous - tunang Firdaus

Raja Ema (pun ada - memanjang je muka makcik ni kat tv, mmg buat come back betul ni)


caption @fahrinahmad: Ini isteri saya, Ain namanya.. *(Rindu Bertamu Di Abu Dhabi)


caption @TashaShilla: Ini suami saya Firdaus namanya..*(Rindu Bertamu Abu Dhabi)


caption @TashaShilla: Kamilah FATS (FahrinAhmad & TashaShilla) nantikan kami di Tv3#RBDAB slot akasia



masih di peringkat awal penggambaran. sinopsis belum jumpa lagi. akan diupdate dari semasa ke semasa.

credit pic: FB fanpage Aiman Hakim Ridza FC, twitter @fahrinahmad, twitter @TashaShilla





TQ @flarengirl bagi link sedutan babak drama


*update sinopsis drp fb fanpage RBDAD

Fahrin Ahmad membawa watak Firdaus dan menjadi suami kepada Ain lakonan Tasha Shilla. Fahrin juga sebagai abang kepada Sharizal Jazle yg pegang watak Faiz. Ada sebab mengapa Firdaus membawa diri hingga ke Abu Dhabi akibat fitnah ke atasnya, siapakah agaknya yang membuat fitnah tu?Khabarnya drama ini macam cerita Kabhi Kushi Khabi Gham.. Aiman Hakim Ridza berperanan sebagai apa, mungkin sebagai adik yang mahu memujuk abangnya balik, menyatukan kembali keluarga mereka.. ada rindu bertamu di Abu Dhabi..

Raja Ema pulak pegang watak Salina perempuan jahat yang jadi ibu ayam. Nak tengok cemana Raja Ema bawa watak agak berbeza dalam drama2 dia sebelum ni…kena le tengok drama bersiri Rindu bertamu di Abu Dhabi , sambil melayan permandangan yang indah dan berbeza di Abu Dhabi.

Fahrin Ahmad akan menyanyikan lagu OST untuk drama ini bertajuk Siapa Ingin Membawa
Ciptaan : Hafiz Hamidun dan Ahmad Fedtri Yahya Lagu Tema Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi



Update Sinopsis panjang (credit Kepala Bergetar)

Rindu Bertamu Di Abu Dhabi mengisahkan tentang Firdaus (Fahrin Ahmad) yang telah membawa diri ke bumi asing di Abu Dhabi akibat sebuah fitnah ke atasnya. Kejadian tersebut bukan sahaja menghancurkan kepercayaan Haji Ilham terhadap anaknya, Firdaus malah juga memisahkan dua hati yang bakal disatukan. Firdaus terpaksa memutuskan talian pertunangan dengan Fatin (Fouziah Gous) dan meninggalkan keluarganya.

Kini, Firdaus mempunyai sebuah kerjaya yang boleh dibanggakan di kota Abu Dhabi sebagai seorang jurutera kanan. Selama 5 tahun, Firdaus hidup tenang di sisi isterinya, Ain Farohah (Tasha Shila) dan bakal menerima cahaya mata pertama tetapi hatinya sering terusik dengan kenangan silam. Ain pula menyimpan rahsia tentang kandungannya kerana tidak mahu mengecewakan Firdaus dan sanggup mengambil risiko untuk melahirkan anak mereka.

Penyatuan antara Firdaus dan Ain bermula dengan sebuah fitnah yang dirancangkan oleh Faiz (Shahrizal Jaszle) yang tidak pernah berpuas hati dengan abang angkatnya dimana Firdaus lebih disayangi oleh Haji Ilham (Dato’ Rahim Razali) dan Hajah Kirana (Lidyawati). Hakikatnya Firdaus hanyalah bayi terbiar yang dijumpai oleh Haji Ilham dan Hajah Kirana yang inginkan anak selepas beberapa tahun berkahwin. Kebaikan dan kecerdikan Firdaus telah menjadi anak emas dan harapan kepada Haji Ilham sehinggalah kes khalwat yang telah memusnahkan segala-galanya.

Firdaus dan Ain terjerat dengan rancangan Faiz dimana mereka berdua telah ditangkap khalwat dengan keadaan tidak sedar diri dalam bilik. Lantaran itu, Haji Ilham telah menghalau Firdaus keluar dari rumahnya dan tidak membenarkan sesiapa pun mengungkit tentangnya. Ibu Ain pula meninggal dunia akibat tekanan kes khalwat itu. Ain telah hilang tempat bergantung manakala adiknya, Mira (Elyssa Murni) menyalahkannya atas segala yang berlaku. Firdaus berasa dia patut bertanggungjawab atas Ain. Oleh itu, Firdaus dengan berat hatinya memutuskan tali pertunangan dengan Fatin.

Firdaus telah menikahi Ain Farohah dalam keadaan yang amat sederhana. Semuanya diatur secara senyap-senyap oleh Hajah Kirana yang percaya dan yakin anaknya tidak bersalah. Acara pernikahan Firdaus dan Ain hanya disaksikan oleh Hajah Kirana dan adik bongsunya, Fareez (Aiman Hakim Ridza).

Walaupun sudah 5 tahun, nama Firdaus masih menjadi larangan dalam keluarga Haji Ilham. Hajah Kirana dan neneknya, Mak Piah (Kismah Johar) tidak dapat menahan rindu terhadap Firdaus. Mereka hanya menaruh harapan bahawa satu hari nanti hati Haji Ilham akan lembut dan menerima semula Firdaus.

Faiz pula berasa puas hati dengan keadaan sekarang kerana kehadiran Firdaus dalam keluarganya akan menggugat kedudukannya sebagai waris yang patut mengambil alih syarikat Haji Ilham. Bagi Faiz, Firdaus hanyalah anak pungut yang menumpang kasih sayang daripada ibu bapanya. Faiz yang hanya tahu berjoli dan menghabiskan duit bersama teman wanitanya, Fifi (Syatila Melvin) memulakan rancangannya untuk menguasai perniagaan Haji Ilham.

Apabila Mak Piah jatuh sakit dan keadaannya semakin tenat, Fareez telah bertolak ke Abu Dhabi untuk menjejaki abangnya bagi memenuhi hasrat neneknya yang mahu berjumpa dengan Firdaus sebelum meninggal dunia. Firdaus terkejut dengan kemunculan Fareez tetapi ego telah mengatasi segalanya dan Firdaus masih belum bersedia untuk pulang ke Malaysia.

Haji Ilham pula menetapkan syarat bahawa Faiz perlu berumah tangga dahulu sebelum syarikat itu diserahkan sepenuhnya kepada Faiz. Sementara ketiadaan Firdaus, Fatin merupakan orang yang amat dipercayai oleh Haji Ilham dalam urusan hal ehwal syarikat itu. Apakah kebenaran akan terbongkar dan Firdaus diterima semula oleh Haji Ilham? Bagaimana pula dengan takdir yang tertulis untuk Firdaus, Ain dan Fatin?

Lakonan Fahrin Ahmad, Dato' Rahim Razali, Shah Jazsle, Aiman Hakim Ridza, Fouziah Gous, Tasha Shilla, Lidyawati, Kismah Johar, Syatilla Melvin, Elyssa Murni Johari, Abdul Rahman Suud, Raja Ema, Riz Amin, Hairi Safuan, Fendi Seman, Che Putih, Hanan Hassan, Mak Jah, Zainol Ismail, Rozita Ali, Noraini Shahbudin, Rudy Rejab, Mohd Dannial Shaiful Nizam, Mohd Hasrizal Hassan, Baby Alia Sarah.

Lagu latar, Siapa Ingin Membawa - Fahrin Ahmad, Yang Bertakhta - Bob, Secebis Harapan - Nora, Kau Tak Pernah Jauh - Nora.

thanks kaka momod lisa bagi tacang Last edited by ahkiluz on 19-2-2013 10:17 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2012 08:11 AM | Show all posts
cam mmg tul satu family je....pndi pilih pelakon
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 09:54 AM | Show all posts
best ni ada SJ
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 11:37 AM | Show all posts
siyessss eman ensemmmm....errrrkkkk k bai
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 02:45 PM | Show all posts
macam real satu family..... macam ni lah pilih pelakon..

ada yg parents gelap,anak putih... atau sebaliknya.. hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 04:54 PM | Show all posts
betol korang cakap, memang mcm satu family ... nice pic
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2012 08:46 AM | Show all posts
sukanya pic tu....sesuai je...mcm sefamily...likeeeeee sesgttttt
suka gandingannyeeeee.....
awat lambat sgt tayangannyeeeee
yeahhhh tahun depan nak kene tgk tb balikkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2012 11:08 AM | Show all posts
aiman ade,shaz jazel pn ade
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2012 01:08 PM | Show all posts
aimaaannnn.....
hooreyyy...nak tgk nak tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2012 03:34 AM | Show all posts
artis sendu syatilla pon blakon okeyhh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2012 06:38 AM | Show all posts
fikrisharif posted on 26-11-2012 03:34 AM
artis sendu syatilla pon blakon okeyhh...

syatilla who?? syatilla melvin yg gosip ngan shaheizy sam tu ke?

setakat pelakon extra, mmg sendu pon... opss..


p/s: btw, camne tau ni? from fb/twitter? or r u one of the crews?
Last edited by ahkiluz on 26-11-2012 08:08 AM

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2012 03:50 PM | Show all posts
arap2 rom-com...

entah2 tasha shila + aiman
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2012 09:46 PM | Show all posts
dauswq posted on 26-11-2012 03:50 PM
arap2 rom-com...

entah2 tasha shila + aiman

slot akasia jrg nak letak yg rom-com neh.... byk serius jeh iols tengok

mutip sgt tasha shila dgn eman. xde chemistry kot dlm cite apa tu yg tasha jadik duyung tu....
Last edited by ahkiluz on 26-11-2012 09:47 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 09:42 PM | Show all posts
hero dah ok but heroin... hmmm.. x berapa berkenan lah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2012 10:16 PM | Show all posts
ccdj posted on 27-11-2012 09:42 PM
hero dah ok but heroin... hmmm.. x berapa berkenan lah...

heroin mana yg lagi sesuai uols rasa? tasa sila tu pernah berlakon dgn dua2 hero. fauziah gous tu x penah tengok lagi dgn dua2 hero ni, tp xtau la kalo pernah ada
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 02:34 AM | Show all posts
yg ni ke yg blakon kt kedah tu?nmpak cm fauziah gaos ada tepek gmbo derang shooting kt insta dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2012 05:53 AM | Show all posts
flarengirl posted on 28-11-2012 02:34 AM
yg ni ke yg blakon kt kedah tu?nmpak cm fauziah gaos ada tepek gmbo derang shooting kt insta dia...

ye la tu. tapi fouziah gous tulis Rindu Bertamu Di Abu Dhabi.... xtau tajuk mana yg betul... kdg2 stesen tv boleh mintak tukar tajuk.... reti tepek pic x? sila la tepek pic2 tu kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 10:02 AM | Show all posts
ahkiluz posted on 28-11-2012 05:53 AM
ye la tu. tapi fouziah gous tulis Rindu Bertamu Di Abu Dhabi.... xtau tajuk mana yg betul... kdg2  ...

gmbo byk gk..mmg ada niat nak tepek gmbo kt sini tp tak brapa pandai plak...mohon bantuan ngajar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2012 10:13 AM | Show all posts
flarengirl posted on 28-11-2012 10:02 AM
gmbo byk gk..mmg ada niat nak tepek gmbo kt sini tp tak brapa pandai plak...mohon bantuan ngajar ...

sila check PM uols. nnt tepek la pic tu kat sini. iols x mau la konker sorang2 tepek pic kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 10:24 AM | Show all posts
ahkiluz posted on 28-11-2012 10:13 AM
sila check PM uols. nnt tepek la pic tu kat sini. iols x mau la konker sorang2 tepek pic kat sini  ...

baik..malam nanti akan sy applykan cara penggunaannya..terima kasih atas tunjuk ajar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.084988 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list