CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22156|Reply: 13

RESEPI RAHSIA AYAM KFC

[Copy link]
Post time 13-12-2012 11:12 PM | Show all posts |Read mode
sape tau camne nk buat ayam goreng kfc?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2012 02:22 AM | Show all posts
dulu ada dapat resepi tapi dah hilang.. bahan2nyer tak ler sampai 11.. salah satu bahan , pelembut daging ayam. mana nak carik tu , yg aku pernah jumpa pelembut daging lembu dan kambing... tha'ts why ayam kfc lembut jer dagingnyer.. kalau ikut resepi tu lah
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 03:20 AM | Show all posts
ak pn nak tahu jgkk...share3x...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 12:00 PM | Show all posts
oooo,pelembut daging ayam
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2013 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
ade resepi gee buat jadi, adik2 ipar n suami cakap sebijik mcm ayam kfc
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2013 04:23 AM | Show all posts
EvaGee posted on 2-2-2013 08:36 AM
ade resepi gee buat jadi, adik2 ipar n suami cakap sebijik mcm ayam kfc

Share le resepi nak jugak merasa ayam KFC kat rumah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2013 03:19 PM | Show all posts
Cuba try ni (saya dapat dr FB), tak pernah buat lagi tapi looks macam ok je. :

TIP-TIP PENYEDIAAN AYAM GORENG YANG RANGUP
Info ni saya copy dari mamak yer puan2 ..

TIP UNTUK AYAM GORENG BERSELAPUT HABUK ROTI/ BREAD CRUMB.

... 1. Sekiranya ingin goreng ketulan ayam di selaputi Habuk Roti (bread crumb) tentukan ketulan ayam anda terlebih dulu perlu direndamkan dalam susu butter atau susu cair sejat. Adunkan dengan 1 biji telur (ikut anggaran) dalam adunan .
2. Semasa penyalutan bread crumb, isikan bread crumb ke dalam beg plastik. Masukkan bread crumb dalam beg plastik kemudian masukan ketulan ayam anda ingin menyaluti.
3. Untuk mendapatkan hasil gorengan ayam goreng bread crumb terbaik, ketulan ayam yang diselaput itu perlu di dimasukan dalam peti sejuk bahagian pembekuan tanpa dibungkus selama 30 hingga 60 minit sebelum digoreng.

TIP UNTUK MENYEDIAKAN RESEPI AYAM GORENG KENTUCKY FRIED CHICKEN YANG LEBIH RANGUP

2. Sediakan bahan salutan: 1 cawan susu krim dan masukkan sebutir telur. Pukul rata. Telur adalah pelekat yang baik untuk salutan seterusnya. Telur juga digunakan melekatkan tepung popia setelah diisi inti supaya popia anda tidak terbuka semasa goreng nanti. dari gunak gam tepung gunakan putih telur sebagai pelekat pada kulit popia yang telah diisi inti. Tip buat popia …hahaha?.
3. Sediakan bahan kering (tepung) untuk salutan. Bahan salutan untuk ayam KFC resepi original ini ialah 1 1/2 cawan tepung gandum dicelur tepung biasanya (kering) dengan kadaran 1 1/2 cawan tepung jagung untuk ranggup. Sekiranya anda ingin keras sedikit ranggupan untuk tahan lama tanpa kawalan suhu tambahkan satu sudu besar tepung beras atau tepung ubi. Jangan lupa masukkan 1/2 sudu serbuk penaik (baking powder). Baking powder punyai cara tersendiri untuk mengaringkan ketulan ayam anda. Masukkan perencah ke dalam tepung tersebut seperti berikut: 2 sudu kecil (tsp) garam, 1/2 tsp serbuk cili, 1 tsp serbuk bawang, 1 tsp serbuk bawang putih dan anda juga boleh mencuba rahsia resepi KFC original yang lama seperti berikut : 2 cup tepung gandum biasa, 1/2 sudu baking powder, 2 cup tepung jagung, perencahnya: 1/2 tsp thyme, 1/2 tsp oregano, 4 tbsp paprika, 1 tbsp serbuk halba (mustard), 1 tbsp serbuk lada hitam, 2 tsp garam bawang putih dan 1 tbsp garam celery ( 8 ketul ayam), 6-8 cup minyak masak, 2 butir telur yang dipukul untuk salutan awal sebelum diadunkan dgn tepung. Suhu gorengan 315 F. Masa 10-15 minit.
4. Sekiranya anda ingin keranggupan yang lebih, buat salutan dua kali. Ulangi celur dalam telur yang telah dipukul kemudian tepung kering.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 06:45 PM | Show all posts
Prefer ayam mcd daripada kfc. kfc sekarang rasa ayam dah kureng. marinate still lama. daging ayam tu rasa macam lain je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2013 02:33 PM | Show all posts
ni ada lagi satu dapat kat FB..

Bhn:

Ayam dpotong n dcuci brsih..toskn,tepung goreng BESTARI,telur(utk salutan)

Cara:
Salut ayam dgn tepung BESTARI..biar melekat keseluruhan ayam..simpan dlm bks brtutup n perap bekukan selama 2@3 hari..baru
bila nk goreng kuarkn nyahbekukan..salut aayam dgn telur..bru golekkn ayam dlm tepung BESTARI semula..pnskn PERIUK bserta myk yg boleh tenggelamkn ayam..goreng dgn api perlahan..makesure masa mnggoreng periuk dTUTUP..supaya ayam yg dgoreng akn kekal kelembapan jusnya gitu...goreng keperangan..

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 04:03 PM | Show all posts
MakUlong jumpa resepi ni kat fb. Tak pernah try. Tapi kalau nak cuba, silakan la yek. boleh share result kat sini

Bahan-bahannya.

1. Ayam(1 ekor/1kg)

2. Bahan Perap/Marinade

-13.0gm bawang putih
-10.5gm halia
-1.8gm  serbuk buah pala
- 8.5gm  kunyit
-5.5gm jintan manis
-4.5gm  bawang merah
- 0.5gm lada hitam
-0.5 gm  kayu manis
-1.5 gm lada putih
- 4.0 gm biji sawi
- 3.0 gm daun Rosemary.

3. Tepung Salut
- 25% Tepung gandum
-25% Tepung Beras
- 45% Tepung Pulut.
-5% Garam dan Lada Putih(masing-masing 2.5%)

Cara-caranya.

1. Ayam dikukus setengah masak terlebih dahulu.

2. Ayam yang separuh kukus tersebut kemudiannya diperapkan bersama bahan-bahan perap yang telah diblendkan bersama selama 2 jam pada suhu 5C (suhu dalam chiller).

3. Ayam yang telah diperap, disalutkan dengan putih telur dan kemudiannya disalutkan dengan (3) Tepung Salut.

4. Ayam tersebut dimasak menggunakan ddep fryer pada suhu sekurang-kurangnya 180C selama 15-20 minit.

selamat mencuba
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 10:15 AM | Show all posts
ni resepi ringkas yang selalu saya buat.

5-6 ketul ayam

Bahan perap :
garam
3 ulas bawang putih
Serbuk cili + serbuk lada hitam + baking powder

Bahan tepung - dicampur rata
1 cawan tepung gandum
sedikit tepung jagung + tepung ubi
serbuk perasa + serbuk kari daging + garam sedikit

telur secukupnya

- perap ayam sejam atau lebih, lebih lama lagi sedap
- panaskan minyak
- celup ayam dalam telur dan salut dengan tepung
- goreng hingga masak. (minyak kena banyak, bagi tenggelam ayam)



Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 08:34 PM | Show all posts
waa..byk version ye.jenuh nk cube...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 08:56 PM | Show all posts
mcm susah ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 09:20 AM | Show all posts
rahsia ayam kfc ni sebenarnya pada rempah ratus dia (tepung). Tepung tu kalau buka guni dia mmg you akan rasa nak terbersin. sgt sedap bau nya...then rempah tu akan di campur dgn susu tepung as browning agent dan guna egg powder sebagai agen pelekat. Kemudian teknik breading ayam juga special. Paling last ayam tu di goreng secara stim untuk kekalkan moisture. Hot & Spicy plak teknik breading nya lain begitu juga teknik menggorengnya..berbeza dgn original recipe.

yang ayam kfc jd tak sedap tu ialah bila tepung untuk breading tu di guna lebih dr 3 x tanpa di ayak kembali..pastu ayam goreng dah expire (lebih 1j if not mistaken). Ni dr pengalaman bel masa kat kfc dulu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.070782 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list