View: 43221|Reply: 238
|
Patut kah TV3 Perlakukan Uji Rashid Sedemikian Rupa???
[Copy link]
|
|
Aizat Ganti Uji Rashid Untuk Terukir Di Bintang

Tags: uji rashid, uji rashid nyanyi lagu yuna, Yuna, yuna room records, Aizat, aizat amdan,
Jangan Tak Lihat
KUALA LUMPUR, 3 JANUARI 2013: Seperti mana yang digembar-gemburkan, Yuna yang tidak dapat pulang daripada Los Angeles untuk mempersembahkan karya hasilannya di pentas Anugerah Juara Lagu ke 27 (AJL 27) akhirnya telah mendapat pengganti yang selama ini menjadi teka-teki.
Walaupun sebelum ini Murai Batu melaporkan bahawa Uji Rashid akan menggalas tugas tersebut, namun atas sebab-sebab kesihatan menurut pengurusnya, penyanyi popular 70'an tersebut tidak dapat memikul tanggungjawab berat itu demi menjaga nama baik lagu Terukir Di Bintang.
Sumber daripada pihak penganjur AJL 27 dan Uji Rashid sendiri ada memberitahu pihak Murai.com.my mengenai hal ini dan akhirnya hasil nukilan Yuna, Terukir Di Bintang bakal di dendangkan oleh penyanyi berbakat besar, Aizat Amdan.
Setelah selesai sesi latihan dan raptai, pihak penganjur AJL terpaksa berbincang dan memohon Yuna Room Records mencari penyanyi gantian kerana penyanyi Uji Rashid yang dipilih oleh Yuna sendiri tidak dapat meneruskan hajat Yuna kerana masalah kesihatan yang dialaminya. Perkara ini diputuskan setelah Uji hadir untuk latihan dan raptai bagi AJL 27 yang bakal berlangsung, Ahad, 6 Januari ini.
Bintang yang pernah menggondol Anugerah Juara Lagu ke 24 tersebut kini dalam proses latihan bersama rakan muzik Yuna disini bagi persiapan akhir sebelum malam kemuncak AJL 27 Ahad ini. Aizat dipilih setelah pihak penganjur AJL 27 sendiri telah berbincang dengan pihak Yuna Room Records untuk memilih pengganti Uji Rashid.
Ketika ini pihak Murai.com.my masih cuba untuk mendapatkan keterangan daripada pihak Uji Rashid mahupun Yuna Room Records mengenai keputusan akhir mengenai siapakah pengganti Yuna dan kenapakah disaat akhir baru mereka dapat mencari siapakah pengganti Yuna untuk lagu Terukir Di Bintang itu
|
|
|
|
|
|
|
|
Patutkah Uji Rashid yang telah mengabdikan diri dalam dunia seni hiburan selama lebih 38 tahun diperlakukan sedemikian rupa? Untuk apa TV3 perlakukan Uji seperti ni? Mereka mementing ranting penonton dari maruah artis seperti Uji Rashid. Kalau saya sebagai artis saya tidak akan menggantikan tempat Uji untuk Anugerah Juara Lagu klu diberi peluang oleh pihak TV3. Siapa tu Aizat Amdan? Layak ke atau setanding kah beliau untuk menggantikan Uji Rashid? Aizat Amdan fikirlah sebaik mungkin jangan kerana terdesa anda menerima pelawaan TV3 tanpa TV3 anda tak mati kebulur.
|
|
|
|
|
|
|
|
"namun atas sebab-sebab kesihatan menurut pengurusnya, penyanyi popular 70'an tersebut tidak dapat memikul tanggungjawab berat itu demi menjaga nama baik lagu Terukir Di Bintang."
" penyanyi Uji Rashid yang dipilih oleh Yuna sendiri tidak dapat meneruskan hajat Yuna kerana masalah kesihatan yang dialaminya "
so....ape salah tv3?
kan uji rashid sakit tu Last edited by hasniey on 4-1-2013 03:34 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
masalah penyanyi veteran
biasanya suara pecah.
zaman dia dah berlAlu
. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak fikir pasal uji rashid sakit la... memang agenda tv3 tak nak kat uji tu.
sama gak macam mentor6 arie tu., yang kes ganti protege ferhad tu. tv3 cakap budak tu sakit smp nak koma bagai tapi cuma pengsan sebab penat. penerbit datang jumpa dia sendiri dan mintak dia tarik diri.
Sah...confirm...politik tv3,. kalau dah Yuna pilih uji apa salahnya teruskan aje la, kalah menang nanti tu pilihan dia sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
of course la rating akan naik sbb ramai penonton nak tgk uji rashid buat come back setelah berpuluh tahun
tak kluar menyanyi kat tv secara live. kalau ada she perform pun time rancangan hari raya sbb byk lagu dia lagu raya.
tu pun guna minus one agaknya @ miming jer
ni dpt peluang nyanyi for AJL, yg rasanya mmg uji rashid sendiri pun tak pernah masuk bertanding? kira kalau nyanyi lagu
yuna ni mmg boleh meletop laa rating
so i doubt sgt kalau tv3 tak nak uji |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh la TV3.... Yuna pilih Uji sebab dia sesuai dgn lagu ni... lagu ni kan ala2 classic gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat lagi x masa dia duet dgn ayish protege si noh tu camne jadinye....
Cik ayish jgn marah kalau uji bertanya  |
|
|
|
|
|
|
|
juliez posted on 4-1-2013 06:33 AM 
of course la rating akan naik sbb ramai penonton nak tgk uji rashid buat come back setelah berpulu ...
somting fishy kah???
uji rashid sore best lah.
spai skrg aku suke dgr lagu2 dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku suka uji rashid tp aku rasa uji rashid tak sesuai utk nyanyi lagu yuna tu sbb pd aku suara uji rashid terlalu lembut & dgn umur dia skg mungkin juga mcm kurang energy utk lagu tu wpun lagu tu tak berat sgt.....
|
|
|
|
|
|
|
|
bagi aku pilih aizat langsung tak sesuai sbb key lagu tu key perempuan. kesian yuna, tak abis2 dgn politik industri. |
|
|
|
|
|
|
|
btol2.. ada bagi Aizat, bagi Jaclyn Victor pon ok.. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
uji sesuai rs nya bwk lagu yuna....sore dia ala2 lemak merdu...
kalo ct pon meletop gak huhu |
|
|
|
|
|
|
|
org yang dah cakap sakit.. x dapat nak perform.. tak kan nak paksa org sakit perform jugak
mengong... |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin markah dah keluar....mesti lagu yuna sangkut tempat kat AJL nanti...
itu yg tv3 nak tanak kena pastikan persembahan lagu tuh terbaik....supaya takde pertikaian kemudian hari...
aku rasa uji mesti dah semput takleh nyanyi dgn baik....itu yg dorang nak penyanyi lain ganti... |
|
|
|
|
|
|
|
patutnya si yuna ni buat open selection for those yg nak nyanyi lagu dia nih..rasanya nera budak Af tu boleh kot |
|
|
|
|
|
|
|
kasik la kat penyanyi baru
makcik pakcik veteran tu elok2 la bawak diri ke surau pulak
toksah la nyanyi nyanyi dah
 |
|
|
|
|
|
|
|
nape yuna x nk kasi fauziah latiff nyanyi
suara jee pn lembut gak lgpn lagu ni x yah tarik tinggi pon
suara jee sgt sesuai dr aizat |
|
|
|
|
|
|
|
saje kot tv3 pilih lelaki...nak dpt suara cam yuna xde kot. tp toksah la jac..aritu ganti anuar pon..kering je rasa. suara uji mmg lembut tp dah x sesuai kot..yelah nak kena berlatih byk2 x larat kot |
|
|
|
|
|
|
|
dari nk tuduh x tentu pasai lbh baik doakan Uji sihat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|