CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11111|Reply: 55

Tuntutan nafkah isteri pertama

[Copy link]
Post time 11-1-2013 03:54 PM | Show all posts |Read mode
Salam semua,

Sy ingin bertanyakan sbg wakil kepada pengasuh anak2 sy. Die dah 19 thn berkahwin, surirumah sepenuh masa, anak 4 org, anak yatim piatu, tiada adik-beradik, tiada pelajaran.

Baru-baru ini, die dapat tahu suaminya berkahwin lain di Siam. Okey die redha dgn apa yang berlaku. Sedih pun x berguna, laki dah gatai sangat nak bernikah lain. Yang die bimbangkan skrg, masa depan die dengan anak2. Selama 19 tahun berkahwin, si suami tak pernah memberikan duit poket untuk die berbelanja. Keperluan dapur, pakai, kegunaan harian anak2 suami bagi cukup2 makan jerk. Pengasuh sy ni seorg yang sangat penyabar, tak ada la nk melawan cakap suami ke ape.

Start je die mengasuh sejak 5 tahun lepas, suami dh start lepas tangan. Duit mengasuh die terpaksa guna utk belanja sekolah anak-anak. Suami tak guna die tu bukannya tiada duit. Kerja pegawai kerajaan gaji roughly dalam rm2500. Baru je tamat Degree, so makin bertambah la gajinya tu.

Skrg suami die dh nak bawak die pegi pejabat kadi utk sign surat kebenaran berpoligami. Die bimbang bile je die dh sign, suami die akan lepas tgn dan abaikan nafkah keluarga (selama ni sblm nikah lagi satu pun susah betul nak bagi duit belanja).

Soalan saya, sblm die sign surat kebenaran poligami tu, boleh tak die nk membuat tuntutan nafkah secara bertulis dgn suami die? maksudnya ada black and white la berapa2 yang suami die kena bayar bulan2 wlupun die masih jadi isteri yang sah?

Harap sape-sape dapat bg khidmat nasihat memandangkan die tiada siapa-siapa lagi.



Last edited by Brokoli on 11-1-2013 03:54 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2013 04:21 PM | Show all posts
Saya mmg patutlah dia buat gitu, minta hakim tetapkan jumlah nafkah setiap bulan utk anak-anak dan beliau supaya tak menimbulkan sebarang masalah di belakang hari.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 04:38 PM | Show all posts
Kalau suami dia dah berkahwin lain di Thailand, tak perlulah  dia sign surat kebenaran berpoligami dia Pejabat Kadi lagi
sbb mereka telah pun berkahwin. Surat kebenaran berpoligami hnya boleh dikeluarkan oleh mahkamah syariah bukan
pejabat kadi.
Apa yang suami dia buat sekarang adalah untuk mendaftarkan perkahwinan kedua itu secara sah di Malaysia.
oleh yg demikian dia harus memohon surat dari pejabat kadi @ pejabat ugama supaya kes mereka berkahwin
tanpa kebenaran di luar negara itu dapat di bicarakan.

Maka bila perbicaraan ini lah,suami akan menyatakan berapakah perbelanjaan bulanan bagi setiap isterinya dan anak2.
Dan ketika inilah isteri pertama boleh menyatakan berapa banyak yg dia mahu. Perintah mahkamah yg akan dikeluarkan
selepas kes selesai adalah arahan @ bukti black & white yg boleh diguna pakai selagi mereka berkahwin. Si suami boleh
diambil tindakan sekiranya tidak mengikut arahan mahkamah tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 05:00 PM | Show all posts
Tq haniff..

Ada soklan lg ni.. Klu mcm tu isteri die ni kena buat surat sendiri yg menyatakan details perbelanjaan bulanan atau semua tu mahkamah yg akan buat? isteri cuma perlu hadir dan menuntut verbally? klu suami tak setuju dgn jumlah tuntutan semasa bicara tu mcmana pulak ye?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 05:11 PM | Show all posts
Macam mana kalau suami die bagi alasan die tak perlu bagi nafkah yang secukupnya sebab isteri die sudah mempunyai pendapatan dari mengasuh?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 05:25 PM | Show all posts
pendapatan dari mengasuh tu berapa sen lah sangat..kesiannya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2013 05:26 PM | Show all posts
ni lah contoh2 stock lelaki yg TAK MAMPU nak menikah lebih drpd satu tapi gatai jugak nak menikah. Dia ukur tahap kemampuan dia tu kat napsu serakah je, tapi kat kemampuan nak bagi makan pakai anak2 bini dia tak kira. Sedangkan 1 keluarga pun dia tak 'mampu' nak bagi duit nafkah, nak sara perbelanjaan keluarga...bila dah bertambah cawangan ni....mmg kirim salam aje lah jawapnya kat yg no. 1 tu. selfish gila....tanggung jawab jadik laki pun failed...ada hati menambah lagi tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 05:34 PM | Show all posts
housequeen posted on 11-1-2013 05:26 PM
ni lah contoh2 stock lelaki yg TAK MAMPU nak menikah lebih drpd satu tapi gatai jugak nak menikah. D ...

Sy ni yg hari2 jumpa pengasuh anak saya tu bila dengar macam-macam penderitaan die, saya memang menyumpah seranah kat laki die tu. Aritu pegi umah die tengok anak lelaki die tengah menjahit bekas pensil, nak kuar airmata saya ni. Padahal ayahnya tu gov servant gaji ribu2. Aduh, sy skrg berusaha nak cari jalan supaya boleh tolong akak tu. Yang bini barunya tu janda jugak.. nasib baik tiada anak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2013 06:01 PM | Show all posts
Brokoli posted on 11-1-2013 05:34 PM
Sy ni yg hari2 jumpa pengasuh anak saya tu bila dengar macam-macam penderitaan die, saya memang me ...

hmmm....kalo mcm ni lah cara bapak melayan anak2 nya....jng lah nak mengharapkan doa anak2 kalo dah padam sok. ikut ehsan si anak  je lah...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 09:39 PM | Show all posts
Kerja kerajaankan potong gaji, tak boleh nak lari
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2013 08:11 AM | Show all posts
Kerja kerajaan yg senang nk control gaji laki.... aku x pasti prosedurnya, tp setahu aku kalu dh cerai pun blh buat potongan gaji direct utk nafkah anak klu anak dibawah jagaan bini..... sila rajin melawat office tpt laki dia kerja &  berurusan dgn mem kerani........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2013 10:27 PM | Show all posts
Lelaki die kerja kerajaan bagahian keselamatan. jadi agak tegas bila berkaitan undang2 ni. since laki die dh langgar undang2 syariah malaysia iaitu poligami tanpa kebenaran, kalau isteri die ni pegi mengadu kat ibupejabat tmpt laki die keje,mmg masak laki tu. isteri die ni bimbang kalau die buat aduan, laki die yg tak lama lg naik pangkat pegi 3 paku, akan ditarik balik dan mungkin kna gantung keje.. last2 die tak dapat nk tuntut sesen pun..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2013 04:22 PM | Show all posts
Dasar laki melayu miskin nak kawen lain..dah tak mampu mcm nak mampus...keji sgt laki aniaya anak n bini
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2013 10:25 PM | Show all posts
Brokoli posted on 12-1-2013 10:27 PM
Lelaki die kerja kerajaan bagahian keselamatan. jadi agak tegas bila berkaitan undang2 ni. since lak ...

Polis ke ni? So blackmail je la..... ko bg nafkah bulan2 banyak sekian2 or bini pi report kt majikan........ kalau report maybe kena gtg kerja sesen pun tak dpt atau tak report dan tak dpt sesen pun..... kata cinta, biar la sama2 susah...........
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2013 10:34 PM | Show all posts
Brokoli posted on 11-1-2013 05:11 PM
Macam mana kalau suami die bagi alasan die tak perlu bagi nafkah yang secukupnya sebab isteri die su ...

ape ke vangang sgt suaminye tu,klu bg alasan cmtu????!!!!!
ko laki, mmg wajiblh kene bg nfkah!!!!!
x kire lh wife ko keje atau x!!!!!
maaf...emo sket..


Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 12:14 PM | Show all posts
Brokoli posted on 11-1-2013 05:00 PM
Tq haniff..

Ada soklan lg ni.. Klu mcm tu isteri die ni kena buat surat sendiri yg menyatakan det ...

sorry for the late reply,  nnt suami akan nyatakan di mahkamah berapa byk yg dia mampu nk bg nafkah untuk isteri pertama kalau si isteri tak bersetuju, apa saja tuntutan dia harus nyatakan dlm bentuk bertulis, segala perbelanjaan yg diperlukan contoh persekolahan anak2, bil utilities, makanan dsb. mahkamah tak akan terima kalau verbally saja.
Kalau nk mudah utk buat segala tuntutan tu, si isteri boleh amik loyer tp kalu tak mampu dia tetap kena buat jugak segala
tuntutan @ bantahan  bertulis itu sendiri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2013 02:27 PM | Show all posts
Brokoli posted on 11-1-2013 05:11 PM
Macam mana kalau suami die bagi alasan die tak perlu bagi nafkah yang secukupnya sebab isteri die su ...

sbanyak manapun  pendapatan isteri  walaupun lebih daripada dia sekali pun ..suami wajib beri nafkah ikut kemampuan dia, tak kiralah isteri tu berkerja atau tidak.  Kalau dia ckp tak mampu mahkamah mintak dia nyatakan perbelanjaan bulanan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 03:25 PM | Show all posts
Brokoli posted on 11-1-2013 05:11 PM
Macam mana kalau suami die bagi alasan die tak perlu bagi nafkah yang secukupnya sebab isteri die su ...

nafkah tetap kena byr ikut kemampuan somi..
tak penah plak aku dgr, once istri keja somi takyah diberi nafkah..

elok ada black and white lah.. duduk jap wat kira2 belanja..
1. susu
2. pampers (kalo ada baby)
3. blanja sekolah anak2
4. yuran tuisyen
5. makanan
6. pakaian
7. alatan sekolah
8. aktiviti kokurikulum (taekwondo ke)

boleh elaborate lagi ni..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2013 04:12 PM | Show all posts
hanifjufry posted on 14-1-2013 12:14 PM
sorry for the late reply,  nnt suami akan nyatakan di mahkamah berapa byk yg dia mampu nk bg nafka ...

Si suami baru je balik di berhoneymoon dgn bini baru die.. due hari kat umah bini pertama, lima hari kat bini baru..
Wahhhh      tak adil betul.

Tadi tgh2 keje, akak tu kol. die cakap suami die balik2 je minta seribu ringgit.. rasanya nk bayar denda sebab kawin tanpa kebenaran la tu kot kan.. yg akak tu jadi berani harini. die cakap kat laki die, klu abg tak mampu, tak ader duit, buat ape abang p kahwin lagi satu. die bgtahu la kat laki die yang die nak buat tuntutan. buat ape lagi die bagi laki die duit, skrg die pulak yang nak menuntut supaya nafkah die dan anak2 diberi secukupnya.. tapi laki die boleh pulak ugut nak ceraikan die.. cemana la tu.. adeh kesian la die klu diceraikan.. mak bapak dh takder.. adik beradik pun takder..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2013 04:19 PM | Show all posts
ParinAmat posted on 14-1-2013 03:25 PM
nafkah tetap kena byr ikut kemampuan somi..
tak penah plak aku dgr, once istri keja somi takyah  ...

Sebelum ni saya memang dah tolong akak tu buat kira-kira. Setiap bulan, untuk belanja sekolah anak-anak jer dah nak dekat seribu. Dua orang kat sekolah rendah, seorang matrik, seorang lagi asrama penuh. bayangkanlah, die bagi anak die yang kat asrama tu belanja RM50 je sebulan. tu mak die la yang top up pakai duit mengasuh budak2. Selama ni katanya, tak pernah sesen pun diberi untuk isteri tu belanja barangan peribadi. selama saya pergi umah die antar anak2, amik anak2, baju2 yang die pakai semuanya baju laki die.. mana mampu katanya nak gunakan duit untuk barang peribadi.. dulu time susah masa mula2 kawen, die la yang bekerja tolong laki die ni. skrg laki dh ada degree, lupa anak bini. Ikut hati ni mmg nak pegi je serang laki die tu. tp nasib baik laki org, bukan laki sendiri.

Laki die jnji nk bagi rm1000 sebulan. klu mcm tu makan batu dengan kayu jela dorg tu. bil-bil selama ni pun akak tu yang bayarkan. Dasar lelaki tak guna..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.471212 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list