View: 5692|Reply: 4
|
Speaker in-ceiling untuk rumah - Newbie questions
[Copy link]
|
|
Aku nak pasang speaker in-ceiling untuk rumah.
Tanya org elektrikal, dia cakap dia boleh pasang tapi aku takut dia pasang asal-boleh sbb wire lampu, socket plug mungkin lain kepakaran berbanding wire speaker ni.
Satu kontraktor tu dia cakap wire audio tu bergantung kepada berapa watt amplifier jadi baru dia boleh suggest guna wire apa. Aku google kat internet, ada discussion pasal ohm, channel. Pening kepala aku nak faham benda2 ini.
Jadi kalau ada kaki-kaki audio, sifu-sifu yang tahu pasal audio system dan wiring ni, harap boleh kongsi pengetahuan sikit untuk kita-kita yang ingin tahu ni.
1) Aku cuma nak dengar sound background aja lah. Lagu, suara. Bukan jenis yg sensitif sangat pada bunyi. Bukan level-level audiophile lah. Ada satu org tu beritahu, kalau budget amplifier+speaker aku tu 'setakat' bawah RM 30K, guna apa2 wire pun boleh. Twisted pair biasa pun boleh. Betul?
2) Kalau aku nak pasang untuk rumah dua tingkat aku ni, katakan total speaker semua nak pasang untuk 9 buah ruang. Perlu tak setiap ruang tu kena ada satu set speaker untuk Left dan Right? Makananya 18 speaker lah semuanya.
a) Kalau perlu Left dan right diasingkan, posisi speaker left dan right tu penting ke untuk dapatkan effect stereo?
b) Selepas tu kita loop kan semua speaker left satu wire bersambung-sambung dan satu set lagi wire loop bersambung-sambung untuk semua speaker right, pastu terminate kan dekat amplifier kita ke? Jadi ada satu pasang wire untuk left dan right untuk di-connect ke amplier kita tu? Atau mcm mana sambungan wire untuk semua speaker ni?
Aku ada lain-lain soalan lagi. Tapi biar lah setakat itu permulaanya dulu untuk difahamkan oleh newbie seperti aku ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
1.biasa kalau kat siling pakai speker fullrange
2.wire speker utk audio mmg ada dan ada yg murah yg mahal
biasa jual satu roll gitu brand macam monstercable dah cukup
3. cari kontraktor yg biasa buat wiring audio. kedai yg jual alat audio biasanya ada kontraktor masing2.
4. boleh juga pakai system wireless atau Multiroom System
soalan lain aku tak sempat nak jawap..
|
|
|
|
|
|
|
|
Baiklah, aku nak sambung cite pasal in-ceiling speaker ni.
Ni pengalaman pertama aku jd lebih kepada experimental lah.
Aku dah beli amplifier mixer yg ada usb mp3 dan built-in radio.
Aku pun dah beli 5 speaker ceiling.
Wire speaker pun aku dah beli satu gulung.
Tadi aku baru test setup kecil-kecilan, memang best lah sbb semua speaker tu bunyi.
Aku masih tak faham nak setup sistem mini ni secara lengkap.
Amplifier tu ada left dan right channel.
Tadi aku pasang semua speaker tu sambung-menyambung dan masuk kan wire ke Right channel saja. Semua speaker bunyi. Bestlah layan tadi.
Ikut kaedah org yg menerangkan kat kedai tadi, aku boleh loop semua speaker itu untuk tingkat atas rumah aku dan pasang ke Right channel amplifier. Kemudian untuk tingkat bawah aku boleh loop semua speaker itu dan pasang ke Left channel amplier tu pulak. Jadi tingkat atas rumah masuk ke Right channel kat amplifier tu dan tingkat bawah pulak, aku guna Left channel. Dengan setup ni, kalau aku nak buka audio supaya tingkat atas saja yg keluar bunyi, aku boleh cabut lah wire yg Left channel amplifier itu dan sebaliknya juga lah untuk tingkat bawah.
Masalahnya:
Kalau untuk stereo nanti aku takut apa yg aku dengar untuk tingkat atas bunyinya tak sedap sbb tak dilengkapi dengan audio stereo untuk Left channel yg keluar di tingkat bawah.
Esok nanti aku nak test lah clip mp3 stereo dan dengar samada left dan right channel amplifier itu memang berbeza tak bunyinya. Jikalau bunyinya berbeza, ni lah masalah aku nanti - mcm mana pulak nak buat connection nanti. Adakah perlu aku pairing kan speaker left channel dan right channel di semua ruang tingkat atas dan bawah? Placement speaker nanti complicated lah jadinya sbb sesuatu ruang itu perlukan dua pasangan speaker untul left dan right.
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum
Skrg ni kat rumah saya mmg pasang in-ceiling speaker ni,(idea saya lah!) dulu 8 taun lepas, saya suruh contractor beli kan, so tak tau kontraktor ni beli kat mana.. radio saya letak kat dlm bilik study, then saya pasang speaker kat bilik anak2 saya, kat hall, terrace n kitchen, rumah double story. pepagi bukak radio IKIM samapi azan n ngaji.. kalau guest datang pasang CD Relax in Bali Nature or kenny G, etc.. mmg mcm hotel..hehe
and skrg ni, apartment saya beli 9 taun lepas dah siap.. so saya nak cari speaker yg jual loose pc, kat mana ek? mmg nak pasang kat ceiling/wall rumah.. nak ctc balik kontractor lama dah lost ctc.. kalau ada forumer yg tau boleh email saya [email protected] bagi nama kedai dan alamat kalu boleh ya. tq |
|
|
|
|
|
|
|
ctzai0123 posted on 7-2-2013 07:07 PM
Assalamualaikum
Skrg ni kat rumah saya mmg pasang in-ceiling speaker ni,(idea saya lah!) dulu 8 t ...
Salam , saya beli siling speakker kat jalan meru rm40 /pcs
|
|
|
|
|
|
|
| |
|