CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11882|Reply: 64

Shera Aiyob morning sickness.. alah bau hanyir

[Copy link]
Post time 15-1-2013 10:00 AM | Show all posts |Read mode
NUREZZATUL AQMAR MUSTAZA & FOTO: SAFWAN MANOR
15 Januari 2013



KEHADIRAN cahaya mata dinantikan pasangan yang sudah berkahwin.
        
Begitu juga dengan pasangan selebriti, Zahiril Adzim dan Shera Aiyob yang kini berdebar menanti kelahiran anak pertama apabila Shera kini sudah hamil hampir empat bulan.
        
Berkongsi mengenai pengalaman hamil anak pertama, Shera berkata, dia tidak mengidam makanan pelik-pelik, namun selera makannya bertambah ketika di awal kehamilan.
        
"Saya bersyukur kerana tidak menghadapi alahan yang teruk, muntah pun tidak teruk. Cuma saya cepat loya jika terbau makanan mentah yang hanyir seperti kupang, lala dan sebagainya.
        
"ernah sekali, saya sediakan Omelette untuk Zahiril sarapan pagi, sebaik saya pecahkan telur dalam kuali, saya terus rasa loya. Sejak dari itu, saya jarang masak kerana saya juga tidak boleh bau tumisan.
        
"Malah, ada juga bau beberapa wangian yang saya tak boleh hidu, kalau terhidu, saya mesti akan rimas sehingga rasa nak marah," katanya ketika ditemui selepas tayangan filem Juvana, baru-baru ini.
        
Shera atau nama sebenarnya, Nur Syahirah Aiyob berkata, biarpun dia masih di awal trimester kehamilan, namun dia tidak mempunyai masalah untuk berlakon.
        
"Tawaran berlakon masih tidak putus buat masa ini, tapi kalau saya tak larat, baru saya tolak tawaran itu. Malah sekarang ini pun saya masih menjalani penggambaran bersama kak Eirma Fatimah.
        
"Ibu dan ibu mertua saya memang risau dan mereka ada ingatkan supaya jangan terlalu lasak sangat masa awal kehamilan ini.
        
"Tapi Alhamdulillah, setakat ni okey. Malah, sewaktu menjalani penggambaran di Turki baru-baru ni, saya siap boleh mendaki bukit lagi. Rasa terkejut dan macam tak percaya yang saya daki bukit sedangkan saya hamil," katanya sambil ketawa.
        
Menyentuh mengenai perubahan suaminya, Shera berkata, Zahiril yang sebelum ini rajin membantunya membuat kerja rumah, bertambah rajin membantunya sejak hamil.
        
Zahiril impi anak lelaki
        
Dalam pada itu, Zahiril yang ditemui berkata, dia yang sememang penggemar durian  berubah menjadi 'hantu' durian semenjak isterinya itu berbadan dua.
        
Ditanya mengenai jantina anak, Zahiril berkata, dia sejujurnya menginginkan anak lelaki, namun tidak kisah andai anak bakal lahir itu anak perempuan.
        
"Bagi saya, apa yang penting, anak yang bakal dilahirkan kelak sihat. Namun, jika anak itu lelaki, dia boleh jadi kawan baik saya dan boleh menjadi peneman Shera jika saya keluar bekerja.
        
"Jika anak perempuan pula, dia akan jadi kawan baik Shera dan boleh temankan ibunya membeli-belah nanti," katanya.
        
Sementara itu, mengulas mengenai lakonannya dalam filem Juvana yang memperlihatkan dia digandingkan dengan isterinya sendiri, Zahiril berkata, dia pada mulanya merasa agak sukar untuk menjayakan babak romantis dengan Shera.
        
"Ketika penggambaran filem itu, kami baru sebulan berkahwin dan timbul rasa segan untuk menjayakan babak sebagai pasangan kekasih.
        
"Tapi segala rasa yang terlahir dari jiwa saya sebagai Daim kepada dia sebagai Sara dalam filem itu adalah jujur dan ikhlas," katanya sambil ketawa.                  





p/s : kira normal la tu kan..dulu kawan iols alah bau suami sendiri.. cian encik somi dia  

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2013 10:03 AM | Show all posts
comel sungguh pasangan suami isteri ni....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 10:05 AM | Show all posts
tahniah bakal mama & papa
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 10:12 AM | Show all posts
wife pun cntikk....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 10:15 AM | Show all posts
couple yg iols suke.......cumelllll
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
tahniah........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2013 10:53 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 11:11 AM | Show all posts
Dah pregnant...tahniah, tahniah. Suka couple ni. Sweet je. Tak ada gosip langsung masa sebelum kahwin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2013 11:13 AM | Show all posts
congrats.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 11:15 AM | Show all posts
suke tgk shira dlm citer 'duri' kiut je
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 11:16 AM | Show all posts
comel n sweet, tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 11:17 AM | Show all posts
comey tol depa berdua ni..tahniah ye bob & shira
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 11:17 AM | Show all posts
Byk thread pasal dorg ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 11:20 AM | Show all posts
couple suami isteri yg paling aku suka,...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 11:22 AM | Show all posts
Bila baca tajuk aku ingtkn shira ayob halimah jongang.. Rupanya dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 11:22 AM | Show all posts
p/s : kira normal la tu kan..dulu kawan iols alah bau suami sendiri.. cian encik somi dia  

Ada org masa ngah peknen langsung takleh tgk muka hubby sampai tak bertembung langsung, benci sgt tgk muka hubby dia, selama 9 bln cam berpisah lak dorang kena tdo asing2.....tapi ble lahir anak sebijik wajah bapaknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2013 11:25 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 11:54 AM | Show all posts
ske betol ngan shira nk blakon dalam duri ..... dah la lawa
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 12:17 PM | Show all posts
shira sgt cumilsssss....
pasangan plaing secocok...i likeee...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 12:27 PM | Show all posts
mamapip posted on 15-1-2013 11:22 AM
p/s : kira normal la tu kan..dulu kawan iols alah bau suami sendiri.. cian encik somi dia  

...

me pulak sebelum pregnant belikan hubby perfume,
aleh2 bila pregnant tak suka gile bila dia pakai perfume tu

lagi suka bau masyam2 dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.072095 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list