CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7841|Reply: 43

WANITA ITU INDAH

[Copy link]
Post time 15-1-2013 02:28 PM | Show all posts |Read mode
Perempuan mencintai seseorang lelaki dari hati, bukan dari bibir.. Sebab itu bibir mereka sentiasa tersenyum walaupun hati sentiasa menangis...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2013 02:30 PM | Show all posts
wanita melihat sesuatu dengan hati

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 02:33 PM | Show all posts
Very important msg for girls in dressing room , do it first.

Just conduct this simple test: Place the tip of your fingernail against the reflective surface and if there is a GAP between your fingernail and the image of the nail, then it is GENUINE mirror. However, if your fingernail DIRECTLY TOUCHES the image of your nail, then BEWARE! IT IS A 2-WAY MIRROR!

"No Space, Leave the Place." So remember, every time you see a mirror, do the "fingernail test." It doesn't cost you anything.

REMEMBER. No Space, Leave the Place.

Please Share this with your Frnds....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 02:36 PM | Show all posts
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG BERGELAR WANITA      

  

terima kasih
tidak terdaya untuk
kubalas budimu

kerana kaulah yang
memanusiakan aku

terima kasih
keluh kesahmu bertahta ibadah
kusanjungi ketabahanmu
menghadapi ombak
menghadapi ribut, petir
sentiasa dengan senyuman
terukir dibibir

mulia hatimu
ikhlas budimu
menghulur nasihat
berbuah berkat

terima kasih
kesempurnaan berlaku
keranamu



SAJALI MOHAMAD
24 April 2000
Kuching
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 02:37 PM | Show all posts
warkah untuk semua wanita

maafkan aku
melangkah adat
melanggar pantang

telah kuteliti
telah kuperhalusi
lewat matahati seni
pun bersama
kenyataan yang
tidak perlu disangsi

kamulah insan yang
benar-benar mengerti
benar-benar memahami
bicara ombak
senda senja
gurau pelangi
gundah teratai di kolam
kisah lilin membakar diri
bunga sejuta karenah
riak air

dan kamulah
aduhai insan yang bergelar wanita
tepat dan pasti
menyumbang sumbangan besar
mematangkan dunia
berdandan kemajuan melata

terkumpul segala khazanah
dihatimu
menegak segala yang condong
menyinari terang-benderang
tiada yang dapat bersembunyi
keranamu

ketika kau ucapkan benarkah
sebenarnya kau telah
faham dan mengerti
dan telah fasih
demikian
kuasa kelemahanmu
memanusiakan manusia
memesrakan dunia sejagat

keranamu
masjid terbina
syurga menanti

SAJALI MOHAMAD
13 November 2000
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 02:38 PM | Show all posts
ketulusan dan ketelusan hati wanita

keistimewaannya yang sahih
terserlah penuh santun
pandangan lewat hati

ketulusan dan ketelusan hati wanita
dapat dirasa
lewat faham dan mengerti
lewat penghayatan yang seni

ketulusan dan ketelusan hati wanita
subur berbudi
besi berani
ranum dalam keikhlasan
mewangi sepanjang zaman
mekar dan segar

ketulusan dan ketelusan hati wanita
tepat dan pasti
murni dan suci


SAJALI MOHAMAD
7 disember 2000
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-1-2013 02:39 PM | Show all posts
istimewanya wanita kerana kewanitaannya

               mata wanita dihatinya
               kecurigaannya adalah doa
               keikhlasannya adalah kasihsayang

               bicaranya adalah doa
               minatnya adalah cinta

               membisunya wanita
               kerana tolak, campur, dharab dan bahagi

               tangisan wanita
               kerana debu-debu berwarna
               kelemah-lembutannya adalah
               ketangkasan menghadapi
               beban yang manis
               memertabatkan kewanitaan

               pantangnya wanita
               dibohongi
               lalu terhakislah cintanya
               layu segala kepercayaannya

               istimewanya wanita
               kerana faham dan mengertinya
               kerana kewanitaannya


      SAJALI MOHAMAD
      6 disember 1999                 
      Kuching
Last edited by sajali on 15-1-2013 02:41 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 02:49 PM | Show all posts
W = Wanita
A = Akan
N = Nampak
I = Indah
T = Tutup
A = Aurat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2013 02:51 PM | Show all posts
WANITA i
sekadar berbicara
sesekali
selalu
tetap masih tersembunyi
yang dalam diri
seorang wanita

tidak ada
jalan pantas
mengetuk pintu hati
yang bergelar wanita

sesungguhnya kewanitaan itu
nilainya teristimewa
berharga
bukan untuk dipermainkan

untuk mengerti
dalam diri wanita itu
perlulah seseorang itu
membersih dirinya dulu

memahami wanita
harus tau menjawab
teka teki

dan buat menemui jawapan
sukar dan
tidak begitu pasti


SAJALI MOHAMAD
25 November 2000
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 02:54 PM | Show all posts
WANITA ITU INDAH
wanita itu indah
mengerti sejuta suasana
pautan syurga

wanita itu indah
kemartabatannya
adalah kematangannya
tiada terusik oleh
kepalsuan

wanita itu indah
mengerti dalam
bahasa-bahasa
yang sukar dilafaskan

wanita itu indah
untuk 'mengertikan' dalam diri
seseorang wanita itu
tidak semudah yang diramal
untuk mengetahui dalam diri
yang bergelar wanita itu
bukan macam membaca buku

wanita itu indah
kerana wanita itu
cepat dan mudah
mengerti
liku-liku kedustaan
dan mengerti
hebatnya 'permainan' suasana

wanita itu indah
kerana wanita tiada mudah gundah
dilanda masalah

ada pun masalah wanita itu tetap indah
kerana mereka kenal pasti
pembunuh rasa
wajar dijauhi

wanita itu indah
wanita itu abstrak
wanita itu tetap indah
wanita itu indah
dalam memujuk yang merajuk
pun pautan rasa
tertitip di hati wanita

SAJALI MOHAMAD
12 febuari 2003

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 02:57 PM | Show all posts
KERESAHAN WANITA
keresahan wanita
membakar semangat kewanitaan
untuk terus berjuang

wanita dapat membaca
apakah keresahan
yang datang kepadanya itu
satu ujian
atau yang diada-adakan

hati seorang wanita
tepat jawapannya
tepat penglihatannya

andai keresahan pada wanita itu
ujian
kematangan seorang wanita
mengeluar lembing pasrahnya
dan sasarannya
adalah beban yang manis
afdhal dibahui

andai keresahan pada wanita itu
diada-adakan
konon mau menguji wanita
adalah sesuatu yang sia-sia
kerana
wanita
tidak mudah menyerah kalah
kepada keadaan yang baru

keresahan wanita
semakin mematangkan kewanitaan
mewarnai kehidupan

SAJALI MOHAMAD
10 april 2000


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 02:58 PM | Show all posts
CATATAN SEORANG ISTERI III
rupa-rupanya sarat mengandung itu manis
dari sarat dengan karenah hidup. suami
sekadar tahu dirinya sendiri. aku mesti
kenal suamiku, kenal anak-anakku, kenal
semua hal dalam rumah. aku juga menyapu
debu-debu, aku juga harus menghargai dan
mencurigai walau sesuatu itu sebesar debu.


SAJALI MOHAMAD
29 julai 1990
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 03:01 PM | Show all posts
19 HADIS TENTANG WANITA                                                                                                                              

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah,akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

10.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akantinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

“Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah”.



                                                                        

Last edited by sajali on 15-1-2013 03:04 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 03:06 PM | Show all posts
WANITA YANG DI DEPANKU
wanita yang di depanku
menghadiahkan aku baju kemajuan
mensedekahkan aku seluar yang
panjang langkah
membisikkan padaku usah jadi kalah
dalam pertarungan cabaran

wanita yang didepanku
yang memberi peluang aku
melihat telatah dan kerenah
bersama turun naik nafas
degup jantung yang cepat dan lambat
bersama denyut nadi
di pasarana kehidupan teka-teki
menyerahkan pada aku mencari jawapan
setiap hari

wanita yang didepanku
senyum padaku
mau menyakinkan aku
yang hari-hari yang kulalui
bersama pusingan usiaku
yang mengusik dan menjentik
dengan beban-beban bersama ombak
dan menyedari aku menghargai senja

wanita yang didepanku
lebih hebat dan besar pengorbanannya
dari aku yang kedil ini
kerana naluri kewanitaannya dapat
membaca kecacatan ku dalam segala
lalu menegurku dengan ekor mata
menegurku lewat kelu lidahnya
menasihatkan aku dengan diamnya
mengajarkan aku mengenali erti diri dalam diri
wanita yang didepanku
cukup pitah menghakis segala macam
kerenah yang mengujinya
namun ia tetap berdiri walaupun
ombak deras ia tidak mudah rebah
kerana kepercayaannya tidak mudah patah
walau dipersenda dengan sesuatu yang entah

wanita yang didepanku
cukup bersahaja
namun tidak pernah senghaja
untuk mengenakan aku
supaya menjadi lalai dengan kepura-puraan

SAJALI BIN MOHAMAD
8april2007
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 03:08 PM | Show all posts
SEORANG GADIS ii
seorang gadis
mengadap jendela
disuatu pagi

SAJALI BIN MOHAMAD
26julai1990
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 03:11 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2013 03:12 PM | Show all posts
untuk sentiasa kelihatan cantik, menawan berseri, awet muda luaran dan dalaman, Amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut:
Baca 'Ya Badiyah' 1 kali
Baca 'Ya Nur' 1 kali
Baca 'Ya Allah' 3 kali
Amalkan membaca zikir ini dan tiup ke tapak tangan serta sedut dengan hidung/tarik nafas terus sapu ke muka setiap hari

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 03:14 PM | Show all posts
Petua Untuk Wanita Kelihatan Cantik

1. Jadikan aktiviti membersihkan wajah sebagai rutin wajib anda setiap pagi dan malam. Pemeliharaan kulit merupakan asas penting dalam penampilan kecantikan anda.
  
2. Anda perlu menjadi orang yang paling arif mengenai wajah anda. Apabila anda ingin membeli set penjagaan muka atau kosmetik, baca butiran dengan terperinci untuk mengelakkan sebarang komplikasi.
  
3. Bersolek cukup sekadar untuk mengelak wajah dari kelihatan pucat. Solekan natural adalah lebih baik dan selamat untuk aktiviti harian anda. Tidak salah anda mengenakan solekkan tebal sekiranya anda mahir berdandan sendiri asalkan jangan sampai ada yang menegur muka anda.
  
Alatan Asas di dalam Bilik Mandi:

1. Wanita perlukan pisau cukur yang baik. Penggunaan pisau cukur bersama shaving foam atau aftershave dapat membantu anda untuk rasa lebih selesa selepas bercukur.
  
2. Sponge yang lembut - Bagi mereka yang menggunakan buih mandian, sponge yang lembut memainkan peranan besar sewaktu anda mandi. Jika di gosokkkan secara teratur, ia dapat membantu menanggalkan sel-sel mati dan menjadikan kulit anda segar dan bersinar.
  
3. Pumice Stone - Berfungsi sebagai batu asah untuk tapak kaki anda. Pumice stone dapat membantu  menanggalkan daki dan sel-sel kulit mati di bahagian tapak kaki. Penggunaan yang kerap semasa mandi dapat membantu anda untuk memiliki tapak kaki bersih, sihat dan bebas dari bau yang kurang menyenangkan.
  
Alatan di Meja Solek:

1. Losyen badan atau minyak bayi dapat melembut dan menghaluskan kulit anda. Waktu yang paling sesuai untuk menyapu losyen atau minyak bayi pada tubuh anda adalah selepas mandi kerana kulit dalam keadaan rehat dan boleh menyerap dengan baik.
  
2. Sikat atau berus yang sesai dengan rambut. Seeloknya, pilih sikat atau berus yang mempunyai gigi lebat, jarang dan pendek. Apa pun pilihan anda, pastikan anda tidak menyisir rambut ketika rambut anda basah kerana akar rambut lembut dan mudah patah. Tunggu sehingga rambut kering dan sedikit ringan.
  
3. Deodoran - Terdapat pelbagai jenis deodoran di pasaran dari yang roll-on, stick-on, cecair mahu pun semburan. Pengunaan deodorant dapat melindungi ketiak anda daripada mengeluarkan bauan yang kurang menyenangkan.
  
4. Bedak Tabur - Secara umumnya bedak yang kering. Pilih bedak yang  boleh melindungi kulit.
By: ENSAIKLOPEDIA  PETUA MELAYU LAMA



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 03:16 PM | Show all posts
RAHSIA WAJAH CANTIK BERSERI..


Tak Perlu Beli Pencuci Muka Yang Mahal-mahal...

* Bangun awal pagi utk solat subuh. Air wudhuk yang mengenai muka boleh menegangkan kulit.

* Menunaikan solat zohor di tengah hari. Air wudhuk yang mengenai muka boleh mencerahkan mata.

* Tidak melalaikan solat Asar di waktu petang. Air wudhuk yang mengenai muka boleh membersihkan kekotoran asap & habuk siang.

* Tidak berlengah utk solat maghrib. Air wudhuk yang mengenai muka boleh menghilangkan bau di hidung & mulut.

* Sentiasa ingat solat Isya di waktu malam. Air wudhuk yang mengenai muka boleh menceriakan wajah dari kemungkaran.

Memang Banyak Rahsia Dan Kebaikan Jika Kita Selalu Mengikuti Apa Yang Disuruh Allah S.W.T...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 03:19 PM | Show all posts
TIPS AWET MUDA CARA ISLAM




Sebaik sahaja bangun dari tidur,biasanya kulit wajah akn berminyak. Ramai yang tidak tahu bahawa ini lah masa yang terbaik untuk melakukan urutan wajah.
Urutlah sambil brselawat ke atas Nabi sebanyak 3 kali .Gunakan jari telunjuk kedua-2 belah tangan & letakkan di bawah dagu. Mula memusingkan jari ke bahagian pipi, diikuti bahagian hidung dan seterusnya dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum sarapan pagi.


1. Sejurus bangun sahaja daripada tidur, amalan mmbaca doa adalah sangat afdal. Sebelum mengosok gigi, masukan air ke dalam mulut selama 10 saat & berselawat sebanyak 3 kali dalam hati. Jika dapat dibaca sekali ayat 35 hingga 38 surah AL-WAQIAH setiap kali mandi ( untuk curahan pertama sahaja). Mulakan dari bahagian kepala terlebih dahulu .
  • Sebaik menunaikan solat Subuh, amalkanlah membaca surah Yusuf. Begitu juga dengan pengambilan air suam, seelok-eloknya 3 teguk. Kemudian lakukan senaman ringan sambil menghirup udara segar di luar.
  • Amalan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dengan jari telunjuk sehingga kelingking seterusnya ibu jari . Di galakkan  menanam kuku dan rambut yang di potong atau gugur.
  • Ketika makan , jangan disulam dengan minum air. Sebaik-baiknya minumlah setelah setengah jam selepas makan.

  • Selain itu,rajinlah membaca Al-Quran dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Sentiasa menunaikan solat, di galakkan menunaikan solat tahajjud, memohon diri agar sentiasa tenang dan bersikap positif. Tiada dendam di hati dengan memaafkan semua orang sebelum tidur.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.059118 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list