View: 9518|Reply: 69
|
Wawa Zainal Nafi Demand!
[Copy link]
|
|
Wawa tak minta bayaran tinggi

Wawa menyangkal dakwaan mengatakan dirinya kini sudah pandai meminta harga tinggi atau demand bagi perkhidmatan diberikan.
Tegasnya, jauh sekali untuk dia bertindak demikian kerana mengenangkan bakatnya yang masih hijau dan dirinya yang belum ‘matang’. Segala urusan berkaitan tawaran serta harga ditentukan pihak pengurusannya, MIG Productions.
Wawa juga menjelaskan, dia berasakan harga diberikan syarikatnya berbaloi serta munasabah dengan bakatnya yang masih baru.
“Kadar harga saya biasa saja, sekitar RM6,000 ke RM7,000 untuk sebuah filem, manakala untuk drama episod pula sekitar RM1,500.
“Buat apa saya nak demand kerana ia akan menjejaskan kerjaya seni saya juga? Ia juga akan membuatkan penerbit takut nak ambil saya. Jadi, tak timbul soal harga dan apa yang diletakkan itu agak munasabah, bersesuaian dengan bakat saya,” katanya.
Mengakui isu harga timbul selepas dia menerima tawaran daripada sebuah produksi drama, ia membuatkan pelakon ini kerisauan. Kini dia mengharapkan isu itu tidak dipanjangkan selepas penjelasan diberikan.
Mungkin kerana wujud salah faham menyebabkan ada pihak melabelkan dirinya meminta berlebih-lebihan. Bagi Wawa, perjalanannya masih jauh dan agak tidak adil untuk dia bersikap sedemikian tatkala bakatnya baru hendak digilap.
Duta produk kecantikan jenama Shurah ini menjadikan Lisa Surihani sebagai idola dalam mencapai impiannya bergelar pelakon berjaya.
Peluang gilap nama
Mengenai pencalonannya dalam senarai akhir kategori Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012, Wawa menganggap ia peluang untuknya menaikkan lagi namanya dalam industri seni.
Baru dua tahun menjejakkan kaki dalam industri, Wawa berbangga apabila peminat menyedari kehadirannya dan kini disenaraikan dalam acara berprestij itu.
“Tak menang tak apa, yang penting nama saya pernah berada dalam Top 5 ABPBH. Saya tidak ada kelab peminat kerana masih baru dan orang tidak mengenali saya lagi,” katanya yang tidak menafikan mungkin mempunyai kelab penyokong sendiri suatu hari nanti, bagi memudahkan mereka melakukan aktiviti bersama.
Baginya, populariti juga bukan diukur dari segi rupa paras, sebaliknya bakat lebih penting dalam menaikkan lagi kerjaya seseorang artis.
“Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini rezeki tidak putus-putus dan saya akan rebut apa saja tawaran yang datang.
Bagaimanapun, saya suka habiskan satu persatu, tidak ambil sekali gus,” katanya yang baru selesai penggambaran filem Longkai bergandingan dengan Faizal Hussein, Erra Fazira dan Black.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Wawatakimintabayarantinggi/Article
Last edited by RatuDunia94 on 18-1-2013 06:31 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
macam murah sangat je 6-7k untuk sebuah filem .. biasanya shooting filem berapa lama eh ? |
|
|
|
|
|
|
|
dia berlakon cite apa je? sorry x brp notice dia kat tv |
|
|
|
|
|
|
|
Awek aku nih  |
|
|
|
|
|
|
|
dalam gambar nampak lawa. bila tgk berlakon drama yg dgn shah jezel tu tak lawa sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
suka tgk minah ni berlakon
cantiknye baju dia  |
|
|
|
|
|
|
|
suka pas tgk safiyya..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
makin lawa minah nih...dulu mase blakun ANA LULU xla gojes sgt...!!! biase jah...  |
|
|
|
|
|
|
|
murah la 2.....Rozita Che Wan lg mahal |
|
|
|
|
|
|
|
cute dia ni. kalau pandai, boleh caras faz ambik watak2 princess gedik. anak2 buah semua suka gila kat dia. |
|
|
|
|
|
|
|
tomet05 posted on 18-1-2013 07:21 AM 
macam murah sangat je 6-7k untuk sebuah filem .. biasanya shooting filem berapa lama eh ?
murahnya?????
farid kamil dapat leading role dulu dah cecah rm50,000 per film, after filem remp-it dia enjoy rm70,000...inrease 20K dlm tempoh 2 thn. mustahil wawa yang pegang leading role dpt payment supporting cast?
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau rate drama aku dpt tahu ranking... aaron per episod rm4000 ja....murah klu nk dibanding dgn rita rm6 - k, erra 5-6k , umie samapai cecah 10k per episod
baiklah jadi chef wan, rancangan masak rm8-10k per episod katanya
wawa ni patut demand dah dgn david teoh sbb dia nominated ABPBH. and pegang leading role, buknnya watak kecik. now aku wonder berapa harga Yana Samsuddin...dengan berdozen2 filem dia......jgn2 ciput cam ni gak |
|
|
|
|
|
|
|
sheol ni cantik..tapi aritu tgk kat tv2 wawancara promosi filem antu apa tah..nampak sangat ke laut komunikasinye |
|
|
|
|
|
|
|
bottombikini posted on 18-1-2013 09:59 AM 
sheol ni cantik..tapi aritu tgk kat tv2 wawancara promosi filem antu apa tah..nampak sangat ke laut ...
adakah sebab beliau asal sabah? artis2 dari sabah yg lain mostly gitu kan? ada masalah komunikasi sikit. maybe dlm otak dia kena translate jawapan dlm bahasa msia kl. udahnyer..lost in translation. kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
sokmogitu posted on 18-1-2013 09:53 AM 
kalau rate drama aku dpt tahu ranking... aaron per episod rm4000 ja....murah klu nk dibanding dgn ri ...
btw, camne diorang kutip untung eh ? sedangkan yang aku tau tv beli drama diorang dalam 50-60k per drama .. kos pelakon je aku rasa dah macam banyak je ..
|
|
|
|
|
|
|
|
masa mula2 tenguk dia dulu memang lawa. lama2 dah macam biasa je aku rasa
lawa lagi Nelydia Senrose tu |
|
|
|
|
|
|
|
sokmogitu posted on 18-1-2013 09:50 AM 
murahnya?????
farid kamil dapat leading role dulu dah cecah rm50,000 per film, after filem rem ...
wow!! mahal gila farid kamil.ke itu standed artis popularr?
|
|
|
|
|
|
|
|
eriminuri posted on 18-1-2013 10:46 AM 
adakah sebab beliau asal sabah? artis2 dari sabah yg lain mostly gitu kan? ada masalah komunikasi ...
takde..wawancara tu in english..tapi sheol cam tak reti apa nak jawab so dia jawab dalam bahasa melayu..haha
pengarah filem tu nama eric pun english lintang pukang gak tapi beliau ada gak la usaha nak mencuba jawab tu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|