CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40684|Reply: 243

TELEMOVIE XOXO (REMY ISHAK, TIZ ZAQYAH, NADIYA NISSA) 30 JANUARI - 8.30 MLM

[Copy link]
Post time 26-1-2013 04:09 AM | Show all posts |Read mode
XOXO mengisahkan hubungan percintaan jarak jauh antara Haziq (Remy Ishak) yang jauh berada di London yang masih menuntut di salah sebuah universiti terkemuka di sana manakala, Aleesha (Tiz Zaqyah) teman wanitanya yang telah dikenali selama 2 tahun hanya melalui laman sosial Facebook berada di Malaysia dan bekerja di sebuah syarikat pengiklanan.

Kerana tidak sabar menunggu kepulangan kekasih pujaan hatinya pulang ke Malaysia, Aleesha telah pergi ke London untuk membuat kejutan sekaligus bertemu Haziq buat pertama kali. Sebaik tiba di London, Aleesha hampir pitam apabila diberitahu oleh rakan serumah Haziq bernama Johan (Josiah Hogan) bahawa Haziq telah pulang ke Malaysia! Keadaan menjadi rumit apabila dompet serta passport Aleesha tertinggal di dalam teksi yang dinaikinya dan terpaksa menumpang di rumah Johan. Johan berjanji akan membantu Aleesha walaupun sebenarnya dia mempunyai niat lain untuk mempergunakan Aleesha.

Haziq pula menghadapi dilema apabila kepulangannya ke Malaysia hanyalah untuk dijodohkan oleh pilihan neneknya. Haziq menolak dan menyatakan dia akan membawa Aleesha untuk bertemu dengan neneknya. Haziq pergi ke rumah Aleesha tanpa mengetahui yang Aleesha sudahpun berada di London sebaliknya hanya menemui Dahnia (Nadiya Nisaa), rakan serumah Aleesha yang berpewatakan pelik dan berimej emo serta dingin terhadap lelaki. Haziq tiada pilihan lain selain meminta pertolongan daripada Dahnia untuk menyamar sebagai Aleesha dan sanggup membayar upah yang tinggi asalkan Dahnia sudi untuk bertemu dengan neneknya.

Pelbagai konflik terjadi dalam masa yang singkat, dan anda perlu untuk menyaksikan telefilem komedi romantis ini untuk mengetahui apakah akan terjadi pada kisah cinta Haziq dan Aleesha dan bagaimana perubahan Johan dan Dahnia setelah terpaksa untuk menjadi penyelamat terhadap dua individu yang tidak pernah dikenali mereka. Segalanya yang teristimewa buat penonton setia TV9, XOXO pasti menggamit memori indah dan mengundang tawa anda.

Last edited by meaa23 on 26-1-2013 04:35 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2013 05:35 AM | Show all posts
ok dah set reminder
ni buat sekali dgn citer cinta jangan pergi tu eh
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2013 07:00 AM | Show all posts
Adapun yg dah  buka, bru je nak buka thread psl tele. Tq.
Aku rasa sekali shoot CJP la tu. Ada pics kat blog budiey, tlg tepek  ye klu rajin. Hihik.
http://www.budiey.com/nadiya-nis ... y-ishak-dalam-xoxo/

X sbr la.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2013 07:02 AM | Show all posts
Cpt lak yg tayangnya. Tyg rabu mlm, adeiii, kena bwat preparation lak utk hal keja penting hari khamis. Huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2013 11:13 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2013 11:14 AM | Show all posts
asal tiz ni comel sgt!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2013 11:24 AM | Show all posts
ady389 posted on 26-1-2013 11:13 AM

nadiya nissa..dr gothic terus jadi wanita melayu terakhir...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2013 02:49 PM | Show all posts
kan. comeyyyy sgt la Tiz ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2013 04:30 PM | Show all posts
sinop cam best.....alahai jgn lupa nak tgk lak lisa nih
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2013 06:40 PM | Show all posts
ok....dah set...wajib tengok....
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2013 11:29 AM | Show all posts
hijau88 posted on 26-1-2013 02:49 PM
kan. comeyyyy sgt la Tiz ni.

hijau, citer nih tiz-remy lakon pas cinta jgn pergi kan???
salute dia org dah pisah pun still byk lakon sama2

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2013 11:34 AM | Show all posts
x habes2 dgn citer yg recycle plakon dan LOKASI
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2013 12:48 PM | Show all posts
adifrs posted on 26-1-2013 06:40 PM
ok....dah set...wajib tengok....

yay. mesti.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2013 12:52 PM | Show all posts
eddlisa_uyuk posted on 27-1-2013 11:29 AM
hijau, citer nih tiz-remy lakon pas cinta jgn pergi kan???
salute dia org dah pisah pun still byk ...

yup. salute la. cuma, xpasti la lps ni dorg akn blakon bsama lgi atau tak. kikikiki.  
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2013 02:29 PM | Show all posts
dah tgk promo cite ni kt tv9...mcm best je...xsabar nak tgk
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2013 04:34 PM | Show all posts
tgk iklan menarik sgt. hope cite pon best..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2013 06:00 PM | Show all posts
cam best je.. ok akan kutonton..  
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2013 08:03 PM | Show all posts
Ada x video iklan cerita ni? Huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2013 09:39 PM | Show all posts
amjess posted on 27-1-2013 02:29 PM
dah tgk promo cite ni kt tv9...mcm best je...xsabar nak tgk

tak tgk lagii.......
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2013 10:18 PM | Show all posts
hijau88 posted on 27-1-2013 12:48 PM
yay. mesti.

menyesal klu x tengok kan??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.087425 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list