CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17959|Reply: 81

[SAMARINDA] SURAT DARI LANGIT BIRU [YANA SHAMSUDIN, FIZO OMAR, JOHAN ASARI]

[Copy link]
Post time 3-2-2013 04:59 PM | Show all posts |Read mode
SURAT DARI LANGIT BIRU





Arahan: Rashid Sibir



Pengorbanan Hingga Akhirnya
“Air dicincang takkan putus”. Meskipun Zarul meninggalkan keluarganya namun hubungan dengan kakaknya, Salmi tetap utuh. Akan tetapi apabila hadirnya orang ketiga, hubungan dua saudara itu menjadi renggang. Fitnah yang ditabur menyebabkan segala pengorbanan seorang adik terhadap kakak tersayang hilang sekelip mata. Adakah Zarul akan terus berkorban demi Salmi?
Menyusuli RUBY, nantikan buah tangan terbaru daripada pengarah berkaliber, Rashid Sibir menerusi drama bersiri SURAT DARI LANGIT BIRU di slot Samarinda TV3 yang akan mula bersiaran pada 6 Februari 2013, setiap hari Selasa hingga Khamis pada jam 10.00 malam.



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Fizo Omar sebagai Heykall
Yana Samsudin sebagai Salmi
Johan Asari sebagai Zarul







-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sinopsis

Drama bersiri 15 episod terbitan Rashbir Media yang mendapat sentuhan skrip daripada Basri Musa menampilkan pelakon berbakat besar Johan As’ari sebagai Zarul bergandingan dengan Yana Samsudin sebagai Salmi. Turut membintangi drama tersebut ialah Fizo Omar (Heykal), Dato’ Rahim Razali (Pak Hassan), Fauziah Nawi (Mak Munah), Iqram Dinzly (Zamri), Tania Hudson (Lisa), Nabila Dally (Anis), Ika Nabila (Lydia) dan ramai lagi.

SURAT DARI LANGIT BIRU mengisahkan ikatan persaudaraan di antara Zarul dan Salmi yang amat rapat umpama cubit peha kanan, peha kiri terasa. Walaupun kehidupan mereka tidak dilimpahi dengan kemewahan harta benda, namun kasih sayang yang dicurahkan adalah kunci kebahagiaan buat mereka sekeluarga.
Kasih sayang Zarul terhadap kakaknya, Salmi melebihi segala-galanya. Zarul sentiasa mempertahankan Salmi walau apa jua yang terjadi. Hubungan mesra yang wujud di antara mereka kadangkala membuat Zarul dan Salmi merasakan kasih sayang mereka melebihi sayang saudara kandung dan masing-masing menyimpan rasa antara satu sama lain.
Sejurus keputusan SPM keluar, Salmi telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Namun, tawaran itu terpaksa ditolak kerana Salmi mengenangkan adiknya Zarul juga memerlukan wang yang banyak untuk bersekolah. Zarul kemudiannya memujuk kakaknya supaya meneruskan pelajaran demi mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang doktor. Demi kasih sayang seorang adik terhadap kakaknya, Zarul sanggup berkorban dengan meninggalkan kampung halaman untuk mencari pekerjaan di bandar.
Ternyata tindakan Zarul mengecewakan ayahnya, Pak Hassan. Pak Hassan yang merupakan seorang ayah yang sangat ego dan garang, tidak lagi mengaku Zarul adalah anaknya. Sejak kejadian itu, Zarul tidak berani pulang ke rumah. Dia akan bertemu dan mengirimkan wang belanja kepada Salmi hanya di universiti.


Masa terus berlalu dan kini Salmi telah berjaya bergelar seorang doktor. Lantas Pak Hassan ingin memenuhi hasrat Penghulu Kampung yang ingin menyatukan anaknya, Heykal dengan Salmi. Meskipun Salmi membenci Heykal seorang yang bongkak, namun dia terpaksa menerima pinangan itu kerana mengenangkan hutang Pak Hassan dengan Penghulu semakin banyak.
Sementara itu, atas desakan Salmi dan ibunya, Mak Munah, Zarul pulang ke rumah dan meminta maaf daripada Pak Hassan. Namun begitu, Pak Hassan kurang senang dengan kepulangan Zarul. Tambahan pula hubungan Zarul dan Salmi semakin mesra dan ini menimbulkan kemarahannya. Mengapa Pak Hassan tidak menyukai Zarul mempunyai hubungan yang rapat dengan Salmi? Apakah rahsia yang disimpan oleh Pak Hassan?
Kehidupan baru Salmi sebagai seorang isteri tidak seindah seperti diharapkan. Salmi sering ditinggalkan dan dipukul oleh Heykal. Zarul yang tinggal bersama Salmi mula menyedari rumahtangga kakaknya tidak bahagia. Namun apakan daya, Zarul tidak mampu berbuat apa-apa kerana sering diugut oleh abang iparnya. Hubungan rapat Salmi dan Zarul juga tidak disukai oleh Heykal. Lantas Heykal merancang untuk menghalau Zarul dari rumahnya dengan membawa adik perempuannya, Lisa tinggal bersama mereka.
Bermula dengan insiden Zarul dituduh mencuri duit Heykal kemudian dituduh menyimpan dadah cukup membuatkan Salmi terhasut dengan kata-kata Heykal untuk membenci Zarul. Apa yang menambahkan lagi kekecewaan Salmi terhadap adik kesayangan tatkala melihat Zarul sedang tidur dengan Lisa. Akhirnya kesabaran Salmi sampai ke penghujungnya apabila mendapati Zarul telah mengandungkan Lisa.
Meskipun Zarul difitnah dengan pelbagai tohmahan, namun tidak seorang pun menyebelahinya. Hanya kata-kata penghinaan yang dilemparkan kepada Zarul. Malah Zarul juga telah dibuang oleh darah dagingnya sendiri. Kini Zarul tiada lagi tempat untuk pergi apatah lagi tempat mengadu. Lantas dia pergi membawa diri dan terus menghilangkan diri. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Segalanya bakal terjawab dalam SURAT DARI LANGIT BIRU yang akan disiarkan mulai 6 Februari 2013, setiap hari Selasa hingga Khamis pada jam 10.00 malam. Penonton yang terlepas menyaksikan SURAT DARI LANGIT BIRU boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook @ Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.












tengok promo macam best..so sama2 kita natikan drama ini ditayangkan di kaca tv..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






Last edited by eddlisa_uyuk on 25-3-2013 12:43 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2013 10:09 PM | Show all posts
yana??? errr asyik dia je....kat wayang laaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2013 11:41 PM | Show all posts
eddlisa_uyuk posted on 3-2-2013 10:09 PM
yana??? errr asyik dia je....kat wayang laaa


rashid sibir kata mmg dia cipta watak heroin ni khas tuk yana..
sbb dia nak rebranding lakonan yana..
watak yana dlm cter ni sgt berat..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2013 12:13 AM | Show all posts
Harap yana menyerlah dalam citer ni...asik wawa semput jer...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2013 02:44 PM | Show all posts
sorry la kalau ai salah tapi kenapa lps baca sinop ni ai rase skrip ni nk dkt sama cite hindustan Hum Tumhare Hain Sanaam.cite tu yg belakon Shahrukh Khan, Madhuri , Salman Khan.cite tu asalnya cite tamil tpi diorg buat versi hindustan pulak.lagi2 part yg heykal bwk adik pompuan dia duk sama pastu adik dia fitnah Zarul.cuma lain sikit psl zarul dgn salmi tu adik badik (wpun ai dpt rasa ending dia msti dia bkn adik badik sbna nye).halamakkk, rashid sibir kunun2 x ikut style adaptasi novel ke drama tpi skrip mcm saduran bollywood la pulak. Duh!!!

p/s: my 20 sen je,klau silap mintak maap.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2013 04:48 PM | Show all posts
endingnya...zarul tu bukan adik salmi.. anak angkat je..

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-2-2013 04:50 PM | Show all posts
yeker?..cmne uols dah tau??....iols cam tertarik nk tngok cter ni..cam best jerk
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 11:13 PM | Show all posts
cerita ni boleh tahan gak la..1st episod pun dah sedih..cuma kena fokus betol sebab bnyk flashback..& bnyk hal x terungkai dlm 1st episod ni..overall..not bad for the 1st episod utk  cerita sedih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-2-2013 11:18 PM | Show all posts
yup..klu cter rashid sibir mmg camtuh..suka flashback
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2013 03:24 PM | Show all posts
aduii...1st episod dah sedih cuma byk flashback. kalau tinggal 1 episod mesti tak paham.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2013 08:21 PM | Show all posts
zarul..perlukah ko pakai rambut pelesu itu???
oh tidak!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2013 10:59 PM | Show all posts
heheh..layanz lh jgk td.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2013 11:21 PM | Show all posts
dari aku kecik-kecik sampailah sekarang...cite rashid sibir asyik same je stylenye...banyak sangat flashback...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2013 11:53 PM | Show all posts
Allergik tgkheroin ni seyes x suke lgang ngan yana.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 03:53 PM | Show all posts
banyak flashback..kenapa lak si salmi tu benci kat mak die sedangkan bapak die yang selalu marah2 pukul2..??
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 05:05 PM | Show all posts
citer ni mcm dah byk menda berlalu.......kena tgk flashback je la sampai ke sudah....I rasa salmi ni dah kawin dgn heykal...dah berlaku kes yg adik dia difitnah dek heykal tu...dah berlaku kes yg salmi ni dah halau adik dia kuar dari rumah dia...salmi benci kat emak dia sbb heykal tu dok buat citer kat salmi yg emak salmi dok hasut kat heykal suruh benci kat salmi sbb salmi halau/pisahkan adik dia dari emak dia...citer ni dah berlaku...kita kena tgk flashback je ni...utk faham jalan citer dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2013 10:40 PM | Show all posts
bapak salmi ni jahatlah. siap buat cita buruk psl bini sendiri ke anak...syg sungguh bapak salmi gan menantu hantu dia hyekal tu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2013 06:41 PM | Show all posts
aku tengok scene masa diorg kengkonon budak sekolah tu cam terencat akal je esp johan asaari....naper tak berlakun cam biasa je...budak sekolah menengah manala act cam terencat
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2013 09:14 PM | Show all posts
citer ni heavy....



sedih part emak dia dipinggirkan anaknye
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 01:39 AM | Show all posts
cerita nih best kalo diorang tak buat perangai terencat masa jadi budak skolah menengah.. so annoying
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.049496 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list