View: 27993|Reply: 47
|
Khidmat Min Malik untuk negara
[Copy link]
|
|
MASIH ingat dengan lagu Flora Cinta yang pernah popular sekitar 1990-an? Ramai tertanya-tanya ke mana menghilangnya Min Malik yang menyanyikan lagu ini.
SELEBRITI cuba menjejakinya untuk mengetahui perkembangan terkini selain apa yang dilakukan sepanjang menyepikan diri. Meskipun sibuk dengan komitmen sebagai pensyarah sambilan dan anggota askar wataniah, Min sudi berkongsi cerita. Min, 34, akui keputusan untuk berundur daripada dunia nyanyian sesuatu yang sangat besar dalam hidupnya tetapi tiada rasa kesal kerana apa yang dilaluinya selepas itu menjadikan kembaranya lebih menarik dan berwarna-warni.
Katanya, dia berpeluang mengenali sisi berbeza diri serta potensi yang tidak ditemui sebelum itu. “Pembabitan saya dalam dunia nyanyian bermula apabila menyertai Operafest Children’s Choir. Ketika itu saya berusia 10 tahun dan apabila sudah lama menyanyi, timbul keinginan untuk melanjutkan pelajaran. “Jadi, saya putuskan untuk berehat seketika dan tumpukan sepenuh perhatian terhadap rutin sebagai pelajar di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Keputusan ini memang tidak dirancang tetapi ia langkah yang cukup penting buat saya. “Selepas tamat belajar, saya bekerja sebagai tenaga pengajar muzik dan menjadi pensyarah Seni di Akademi Seni Dasein. Setahun kemudian, saya menerima biasiswa Fulbright yang ditaja United States Department of State Bureau of Educational and Cultural Affairs (ECA), di mana saya mengajar Bahasa Sarawak Melayu di Jabatan Linguistik University of Delaware, Amerika Syarikat. “Habis kontrak setahun di negara itu, saya ditawarkan untuk terus kekal di sana dengan syarat menyambung pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang linguistik. Namun ketika itu, saya kurang berminat kerana jiwa lebih serasi dengan bidang kesenian dan mahu pulang ke Malaysia. “Bagaimanapun, pengalaman mengajar di Amerika Syarikat sesuatu yang berbeza dan tidak mungkin dilupakan kerana biasiswa Fulbright yang saya terima ketika itu hanya untuk seorang wakil dari Malaysia. “Syukur dapat bekerja di universiti luar. Saya kembali bertugas di Akademi Seni Dasein apabila kembali ke tanah air,” katanya. Selain mendapat biasiswa Fulbright dan berpeluang merantau ke luar negara, Min juga dipilih mewakili Malaysia menyertai kumpulan Next 7 menyanyi di Tokyo, Shanghai, Hong Kong dan Bangkok bersama enam rakan dari Jepun, China, Bangkok, Indonesia serta Filipina. Lebih menarik, siapa sangka daripada seorang penyanyi, Min mewarisi darah satria bapanya dengan menyertai Batalion ketiga, Rejimen 515 Askar Wataniah. “Saya membesar di dalam kem dan tak sangka saya menurut jejak langkah bapa. Saya benar-benar jatuh cinta dengan dunia ketenteraan dan mahu berkhidmat untuk negara. “Dari hari pertama menyertai askar wataniah hingga kini, saya tak berhenti belajar dan berharap biarlah rasa cinta ini kekal. Latihan terakhir yang saya ikuti, mengambil masa selama sebulan pada September lalu di PUSTAWAN, Ipoh. “Jika masa mengizinkan, saya akan mengikuti latihan lagi dalam waktu terdekat. Selepas mengambil keputusan bertukar daripada menjadi pensyarah sepenuh masa kepada sambilan, saya lebih bebas menghabiskan banyak masa mengikuti latihan askar wataniah,” katanya. Timbulkah rindu untuk tampil dengan single atau album baru? Adik kepada selebriti Ary Malek ini berkata, rasa itu pasti ada, apatah lagi dia menceburi bidang nyanyian sejak kecil dan sebati dengan diri. Berundur tidak bermakna minat itu sudah pudar kerana dia sesekali bersama teman-teman rapat berkarya dan berkongsi jiwa menerusi muzik atau seni. Dia juga turut diberi kepercayaan menyanyi lagu-lagu untuk beberapa kartun Disney yang dialihbahasakan untuk siaran Astro termasuklah Barbie, Phineas and Ferb, Little Mermaid, Strawberry Shortcake dan Cinderella. “Menerusi bidang nyanyian, saya berpeluang melihat ‘dunia’ dan ia sesuatu yang indah apabila muzik atau apa juga cabang seni dapat diterima pelbagai bangsa di dunia ini. Jika ada rezeki kembali menyanyi, ia mungkin sesuatu yang boleh saya pertimbangkan,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
dia ni yg nyanyi flora cinta, aku ingatkan 2 org yg nyanyi lagu tu sebab suara dia tiba2 bertukar.. |
|
|
|
|
|
|
|
one hit wonder.
elok la tinggalkan kerjaya seni. bukannya ada hasil pun. zaman2 mereka ini tok siti sangat poplar dan tidak terkalahkan. sapa2 yang hendak jadi penyanyi wajib dibayangi siti. |
|
|
|
|
|
|
|
patut dia buat sarjana linguistik tu...
berkelana utk hidup lebih baik drp mengharapkan "job" di bidang seni Malaysia ni.
artis kita kan suka sebut job...ada job ke tidakkkkkkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
zaman raihan, rabbani, hijjaz brothers meletup. aq beli kut kaset2 dia org guna duit mak ayah aq sebab zaman tu xde mp3. guna kaset lg.. xblh download kt internet. zaman disket lg.. komputer besar tong sampah |
|
|
|
|
|
|
|
Hebat nye pengalaman beliau |
|
|
|
|
|
|
|
Diam2 ubi berisi mncipta kejayaan demi kejayaan....
Bukan mcam shila,bru skit kecap kejayaan tapi citer peribadi lak yg mendominasi |
|
|
|
|
|
|
|
Betul ke baru 34? Sbb kakak dia, ary dh 41. |
|
|
|
|
|
|
|
Whoah....muzik, linguistik, tentera....
Best gila pengalaman hidup. |
|
|
|
|
|
|
|
lagu flora cinta ni lagu wajib nyanyi dlm toilet masa sek rendah hiihi |
|
|
|
|
|
|
|
bagusnyaa min malik ni... |
|
|
|
|
|
|
|
JoyahJay posted on 12-2-2013 12:30 AM 
lagu flora cinta ni lagu wajib nyanyi dlm toilet masa sek rendah hiihi
samalah kita..hihihiii..tapi iols nyanyi kat toilet rumah i jer 
|
|
|
|
|
|
|
|
MekArchana posted on 12-2-2013 12:55 AM 
samalah kita..hihihiii..tapi iols nyanyi kat toilet rumah i jer
iye la i pun nyanyi toilet rumah bukan toilet sekolah hihi
|
|
|
|
|
|
|
|
gmbar pls...mek gegerl x kenal la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Min ni kategori artis urban.... |
|
|
|
|
|
|
|
min malik

kakak dia ary malik, peserta masterchef
 |
|
|
|
|
|
|
| |
|