Dato’ Hanif telah kehilangan isteri kesayangannya Amy dalam satu kemalangan ngeri bersama pekerjanya bernama Zarul, yang mempunyai masalah mental (psiko). Amy diculik oleh Zarul dan tanpa diduga, kereta yang dipandu telah terbabit dalam kemalangan dan mengakibatkan keduanya meninggal dunia. Di sebabkan kesedihan yang mengganggu jiwanya, Dato’ Hanif membuat keputusan untuk meninggalkan banglo itu. Dato’ Hanif telah kembali ke banglo
tersebut bersama isteri barunya, Sabrina, yang juga merupakan jururawat yang menjaga beliau ketika sakit. Jihan, adik Dato’ Hanif, tidak bersetuju abangnya berpindah ke banglo itu, apatah lagi dengan perkahwinan abangnya dengan Sabrina. Sejak berpindah, pelbagai insiden berlaku kepada Dato’ Hanif. Beliau sering ternampak kelibat Zarul tetapi beliau sangkakan ia hanyalah delusi sahaja. Gangguan di banglo Bukit Tunku semakin ketara dan pelbagai insiden berlaku sehinggakan Sabrina mengambil keputusan keluar dari banglo itu. Ketika Sabrina meninggalkan rumah itu, dia diculik oleh seseorang. Kemunculan Zarul, pekerja Dato Hanif yang dianggap delusi membongkar segala rahsia akhirnya. Apakah misteri yang tersimpan di dalam banglo itu? Adakah ianya hanya delusi yang dialami oleh Dato’ Hanif? Telefilem yang penuh misteri ini dibintang oleh Faizal Hussin, Sharifah Amani, Zizie Ezzette, Azhan Rani, Sherry Al Hadad dan Tunku Hanis.
tp bagi aku mcm xkukuh jek alasan dia nak hancurkan hidup faizal hussein sbb mak dia mati xde duit nak operate..knp ko xmintak elok2?wat loan ker? yg ko amik duit syarikat knp? pastu nak suh adik sekongkol jgk..xkukuh jek kan?
first 30mts cite ni, aku dah dapat agak sape yg jahat which is zizie.. tp tertukar pulak since tak kan senang2 je director nak reveal sape yg jahat awal2 cite kan... so change to amani..cuma reason pilih amani tu sebab aku fikir dia nak balas dendam untuk mak and abg dia.. didnt expect pon abg dia wujud lg dlm cite ni lps accident.. Last edited by ellZack on 28-2-2013 09:05 PM