View: 4918|Reply: 6
|
Surat pelantikan SPA TIDAK akan dipos. Perlu dtg ambil!
[Copy link]
|
|
Putrajaya: Kakitangan awam yang baru dilantik perlu hadir sendiri mengambil surat pelantikan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mulai tahun ini berbanding dihantar melalui pos sebelum ini.
Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam, berkata majlis pertama penyerahan surat pelantikan itu akan diadakan di ibu pejabat SPA di sini, Khamis ini, membabitkan kira-kira 200 jawatan.
“Dulu kita pakai pos saja, sekarang kita panggil pegawai serah sendiri dan beri ceramah sikit mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam perkhidmatan awam.
“Ini membolehkan kakitangan awam yang baru bersemuka dengan pegawai di SPA bagi memudahkan sebarang urusan pada masa depan kerana sudah saling mengenali,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Terdahulu, Mahmood mengadakan pertemuan hampir dua jam dengan lebih 200 wakil kakitangan kontrak di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK).
Dalam pada itu, beliau berkata, SPA yakin dapat selesaikan masalah membabitkan lebih 50,000 kakitangan kontrak dalam sektor awam di seluruh negara dalam tempoh terdekat.
p/s:jadi kena bersedia la dulu nak dengar ceramah sebelum bertugas,hu2
|
|
|
|
|
|
|
|
“Ini membolehkan kakitangan awam yang baru bersemuka dengan pegawai di SPA bagi memudahkan sebarang urusan pada masa depan kerana sudah saling mengenali,”
statement xbleh blah... pokcik sepanjang puluhan tahun serbis ngn gomen pom belom penah jejak kaki kat SPA nun |
|
|
|
|
|
|
|
md.jie posted on 21-2-2013 11:11 AM
“Ini membolehkan kakitangan awam yang baru bersemuka dengan pegawai di SPA bagi memudahkan sebarang ...
xke menyusahkan org nak pi SPA,dh la gaji masuk 3 bulan lepas keja,hu2
|
|
|
|
|
|
|
|
bila lah nk dpt surat lantikan.. kita simpanan lantikan pen. pemeriksa kilang dan jentera ... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa punya pembaharuan yg dibuatlah...Makin kebelakang... |
|
|
|
|
|
|
|
patut makin senang kan orang, ni makin bagi susah. tak boleh tahan la bodoh masing2. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|