Dialah Lelaki Sebenar, seorang pemimpin, menjadi contoh, inspirasi, motivasi bahkan mengundang perasaan cemburu kepada lelaki lain. Dia adalah lelaki yang didambakan wanita tanpa diamengharapkan.
Dialah LELAKI, Dialah INSAN
25 ciri2 LELAKI ALPHA:
1. tiada istilah mengalah, dia tak slow macam kura2 dan tak laju macam arnab. dia sentiasa ada."last man standing"
2. sentiasa dan bolehmempertahankan diri sendiri dan keluarganya. dengan erti kata lain dia menguasai keadaan sama ada secara fizikal atau pun mental.
3. struktur fizikalnya mantap, kuat, dan athletic, sedap mata memandang pada perempuan.
4. berani. tak deristilah takut, dan sentiasa ada jalan keluar, dan sentiasa ada peluang apa pondi mana2.
5. boleh menghibur orang lain, ada sense of humor dan seorang yang magnetic, orang suka dgr cerita dan percakapan dia.
6. sentiasa ada berita dan cerita, hidup dalam dunia yang unik. sentiasa ada kesilapan dalam hidup tapi kesilapan itu boleh ditukar menjadi jenaka. senang cerita, hidupnya cukup adventure, orang suka nak tau kisah hidup dia.
7. dia boleh jer gelakkan diri sendiri, tak der masalah. kita boleh make fun of him, no offense, dia boleh gelakkan kita, kita rasa biasa jer, tak der rasa kecik hati.
8. sangat merendah diri.tak besar kepala, kalau terbesar kepala jap, tak der hal punyer nak gostan balik.
9. sentiasa belajar, dan berpelajaran. bukan setakat ada degree atau takder sijil aper2 pon. sentiasa rasa nak belajar apa sahaja. rajin belajar .. perkara pokok ini yangmenyebabkan lelaki ini sentiasa boleh bercampur dgn pelbagai jenis orang tak kira taraf ekonomi dan taraf sosial. boleh berbicara secara ilmiah dan bolehcakap kosong. contoh minat sukan dan sejarah.
10.sasa dari segi tubuh badan, sasa juga dari segi mental, pendiam, byk berfikir, dan tenang dgn keadaan sekeliling, boleh bergurau, dan agak kasar dgn orang lain.
11.Maklum akan nilai setiap perkataan yang diucapkan, dia ni x bercakap sekadar nak dengar suaranya yang macho tu. Setiap perkataan yang keluar dari mulutnya adalah dipilih dgn berhati2. Menghormati orang lain, sama ada dalam percakapan atau dalam tulisan. Bersuara apabiladia punya sesuatu bernilai utk diucapkan. He’s never the loudest one in theroom.
12.Hidupnya sentiasa adaarah tujuan. Dia bukanlah seorang yang suka pergi sana sini tanpa tujuan walaupun dia kelihatan seperti seorang yang suka mengembara. Contoh : melancong ke belanda bukan kerana red district tapi kerana photography musim bunga.
13.Seorang yang kua tbekerja. Tanpa kerja keras, tak der dapat menghasilkan apa2 pon bagi dia.
14.Seorang pahlawan/pejuang dan bukan seorang yang sentiasa hidup dalam ketidakpastian. Dia paham tak semua perkara boleh dikawal oleh dirinya. Dia tak risau akan kehidupan esok hari,yang penting pencapaian hari ini.
15.Tak suka bergaduh atau cari gaduh. Tapi kalau termasuk juga dalam pergaduhan, dia pasti menang tapidia bukan pembuli. Tak emosional tapi suka berfikiran logic. Contoh: tolong orang tak bersalah dibelasah sesuka hati. Dia bergaduh atas pendirian pemertahankan bukan memusnahkan.
16.Lelaki alpha ada style. Dia sentiasa bangga dengan rupanya dan orang hormati dia atas sebb itu. Pandai bergaya, berpakaian kemas seperti lelaki budiman tapi lelaki alpha tak suka digelar metrosexual.
17.Lelaki alpha kenal diri sendiri dan sedia maklum akan nilai dirinya. Ada pendirian dan sentiasa dantak takut mempertahankan pendiriannya walau aper pun terjadi.
18.Lelaki ini tau melayan wanita, menghormati mereka dan selalunya ada seseorang yang istimewa dalamhidupnya. Seorang yang chivalrous. Sentiasa menyokong wanitanya pada setiapwaktu dan ketika dalam apa keadaan, termasuk mencapai impian wanita itu disamping sentiasa dekat dengan wanitanya.
19.Dia tak akan membenarkan wanita menguasai hidup dan dirinya. Seorang lelaki teguh walaupun dia cintakan wanitanya sepenuh hati. Bukan seorang yang mudah cemburu tak tentu pasal dan tak suka mengawal wanita. Seorang yang bijaksana dalam hubungan social.
20.Dia tak mencari kejayaan kerana nilai2 berguna dalam hidup lebih penting pada dirinya. Dia membina kehidupan orang lain menjadi sempurna dgn menjadi sebahagian dari mereka.
21.Suka tolong orang, danpemurah, tak kedekut. Dalam hidupnya, pencapaian tak berapa penting, penting lagi meninggalkan contoh berguna/baik kepada orang lain dalam mencapai impian. Orang akan sentiasa teringatkan dia kerana contoh dari dirinya.
22.Seorang pemimpin yang memimpin melalui teladan. Dia bukan jenis orang yang akan bagitau “begini caranya” tapi “ini cara yang terbaik”.
23.Contoh lelaki alpha yang kita kenal melalui sejarah seperti Achilles, William Wallace, dan Napoleon sentiasa Nampak peluang, tak Nampak kegagalan. Mereka sentiasa gagal tapiberani bangkit kembali. Suka berexperimestasi sebagai batu loncatan sebuah kejayaan. Mereka tak takut gagal, dan akan berusaha sehingga Berjaya walau aperpon terjadi.
24.Lelaki Alpha degil dankeras hati. Apabila dia suka sesuatu, tiada siapa boleh menghalang sampai diadapat apa yang dia nak. Mereka juga berfikiran terbuka, sudi mendengar masalah orang lain utk meluaskan pengetahuan tentang sesuatu topik atau situasi. Dia tahuakan kelemahan dan kedegilannya tapi sudi belajar dari orang yang lebih bagus darinya.
25.Lelaki Alpha tak kan suka2 mencuba menjadi lelaki alpha. Ianya semulajadi bukan dibuat2. Sebb tu ramai yang gagal. Dia sangat berminat terhadap kehidupan sekeliling. Sentiasa terpukau dengan dunia sekitar dan menjadi lelaki yang terbaik, sebaik mungkin. Dia juga sentiasa mengambil berat akan orang lain. Kerja keras menjadi minatnya. Selain tu,hidup membuat dia teruja dengan peluang2 yang terbuka setiap hari. Seorang yang ikhlas dengan sesiapa sahaja. Setiap karekter dirinya adalah semulajadi bukan dibuat2. Sifat sentiasa ingin tahu sentiasa meluap2, baik hati, jujur, hatinya hati seorang pahlawan, orang sentiasa menjadikannya contoh, kerana dia adalah dia…
ps: penat gak translate ni...hehehe , walaupun kelihatan macam lelaki dalam cerita dongengan, tapi pasti lelaki macam ni wujud kat mana2 dalam dunia ni....
"Dialah Lelaki Sebenar, seorang pemimpin, menjadi contoh, inspirasi, motivasi bahkan mengundang perasaan cemburu kepada lelaki lain. Dia adalah lelaki yang didambakan wanita tanpa diamengharapkan."
Alhamdulillah.....
Lucky me Last edited by belita on 24-2-2013 10:23 PM