CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8737|Reply: 26

MASALAH TAUKE RESTORAN-JOM BINCANG

[Copy link]
Post time 25-2-2013 08:29 PM | Show all posts |Read mode
“Part of the secret of  success in life is to eat what you like and let the food fight it out inside.”
― Mark Twain



Menjadi usahawan restoran memang mencabar.Pelbagai karenah pekerja,pelanggan dan sebagainya,namun sebagai tauke,kita perlu teruskan juga...


Tak tahulah bilakah aku mampu membuka restoran secantik ini....


  The 39 Restaurant PNB PARK KL.................... Last edited by GuaAnakMelaka on 25-2-2013 08:44 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2013 08:31 PM | Show all posts
Masalah pekerja-

setakat ni dah 15 pembuat roti canai kena buang....

waktu kerja 7 pagi masuk,dia masuk 10 pagi..macam bapak dia punya restoran....

Pelayan-kerja sehari,cuti dua hari....


bila difikirkan masalah pekerja ni,rasa nak ambil semua warga asing......


pekerja tempatan ni mmg banyak songeh.....


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2013 08:37 PM | Show all posts
HASAD DENGKI

Memang sedih ....kita tgk Cina berniaga sebelah menyebelah puluhan tahun tp aman damai....

tp Melayu ni sibuk main santau,main bomoh agar biz org lain lingkup....

wlupun Cina sembah tokong dan makan babi,namun etika mereka dalam dunia perniagaan lebih baik dr Melayu yang mengaku sembah Allah swt....

kdg2 aku fikir nak buka restoran dalam hutan.........

jauh dr tauke2 Melayu yg suka hasad dengki dan main bomoh....



Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 09:01 PM | Show all posts
Sy bakal terpaksa ambik-alih restoran MIL.dia dah x larat.tua dah.tp senak jantung.tukang tebar roti, adik ipar.kalau angin dia DIVA sampai, dia x turun tebar roti.meroyan oi
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 09:27 PM | Show all posts
pada pandangan saya kan bro.  restaurant dan perniagaan makanan ni? ramai dh org melayu terokai. kebanyakan niche yang sama, iaitu lauk pauk, roti canai, masakan thailand, western food. jd persaingan mmg sangat sengit..

untuk perbandingan. masakan cina islam dengan melayu? margin profit  masakan cina islam lg besar berbanding lauk pauk orang melayu.. biasanye masakan cina blh pergi 12%  hingga 35%.. untuk masakan melayu? persaingan sentiasa ada. jd utk up harga? amat mustahil kerana saban hari ada je tukang masak silih berganti. ada je warong tepi jalan buka. ada juga warong tepi jalan tutup..

pasal pekerja melayu.. cina india? saya layan sama rata.. sy wujudkan konsep berdaya saing yang sihat dalam company saya..cuba bro applikasikan dalam perniagaan bro. motivasi pekerja bro.. mmg sakit bro berniaga masakan melayu..margin profit tak seberapa. sales mmg kena target hari2 utk cover cost..

tips saya. bro blh berniaga masakan melayu atau masakan apa2 saja. cuma kena buat sedikit branding, dan menu2 yang menarik. bro kena buat kajian.l gunakan google keyword tools. cari menu2 yg ada demand di tempat bro. gunakan kepakaran orang lain utk marketing..

kalau bro berniaga restaurant? sy cadangkan kembangkan perniagaan utk catering.. soal wedding planner. bro blh leverage kan. berkerjasama dengan wedding planner.contoh bro dpt job majlis kawin? jd sesambil tu bro promote lah wedding planner bro.. begitu juga wedding planner? harus promote business bro. sama2 cari makan..

banyak lg konsep bro boleh guna pakai..cuma isunye? adakah konsep atau idea tu beri kesan positive atau negative pada perniagaan bro.. itu lah risk yang perlu bro ambil. melalui kajian dpt lah bro meminimumkan risiko kerugian?dan memaksimumkan profit. think big but do baby step..

soal org nak hancurkan perniagaan tu pekara biasa. sebab tu saya mmg kurang berminat utk berniaga retail.. org nampak kita berduit. nampak pelanggan. nampak duit berkepuk. nanti kena aim perompak. biar berniaga biasa2 duit masuk hari2 setiap masa.. baru lena masa tido. bangun pagi pun happy..huhu. lain org lain minat dia bro. teruskan usaha bro.. do the best be the best!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2013 09:37 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 25-2-2013 09:27 PM
pada pandangan saya kan bro.  restaurant dan perniagaan makanan ni? ramai dh org melayu terokai. keb ...

betul,pendapat yg bernas...

mengenai pekerja,aku susah nak cakap....

ambil pekerja asing,dikata utamakan rakyat asing...susukan kera di hutan...

pening......................





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2013 09:47 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 25-2-2013 09:37 PM
betul,pendapat yg bernas...

mengenai pekerja,aku susah nak cakap....

ambil je pekerja asing.. yg penting boleh buat kerja.. buat apa ambil pekerja malas.. tgk stesyen minyak? bangla pun dh ada bro.. cuma kfc, pizza dan mc d masih kekal kan kouta pekerja tempatan.. lama2 kalau pekerja tempatan malas menjadi juga ambil pekerja asing..

just pastikan pekerja asing tu tak kusut masai nampak kemas.. sebab akan jd isu nanti customer bising.. kalau boleh yg depan letak melayu.. yg belakang2 tu letaklah mamak. teknik marketing utk dpt trust customer..kalau nk tempatan paling bagus. ambil org sabah sarawak.. rata2 sy jmpa mereka ok. boleh buat kerja.. kalau melayu semenanjung ni mereka berada di zon selesa. kerja sambil lewa. hiburan je lebih. bila customer order pun ambil lambat..

satu yg sy xberkenan restaurant melayu atau kedai makan melayu ni? layanan je.. ambil order lama. siapnye lama.. contoh nye dh ambil order blh tgk2 tv plak. tgk drama. sy duk tunggu makanan siap.. lama sungguh.. kalau pergi kedai makan cm restaurant NZ sekejap je siap. tp bayar standard restaurant lah. utk pastikan kerja efficient? bro kena pastikan setiap pekerja bro faham tugas mereka. kalau nk bg tugas lebih? pastikan mereka faham dan dapat lebih.. sebab case staf sy? buat kerja lebih? merungut rungut . bila bg bonus? baru senyap dan bermotivasi.. huhu.. staf dan pekerja manusia juga.. mereka perlu di bimbing..huhu

tak payah fikir org sibuk duk pekerja tempatan ke apa... fikir cmne nk survive dan majukan  business bro..kalau semua pekara nak ketuanan melayu/? lingkup business.. kat negara china? singapore? sape power? hebat? pandai buat kerja? dia lah anak emas company. tak de nye kira racist ke apa... islam pun suka org yg pandai buat kerja.. jujur dalam bekerja.. tak curi tulang.. cari rezeki halal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2013 10:10 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 25-2-2013 09:47 PM
ambil je pekerja asing.. yg penting boleh buat kerja.. buat apa ambil pekerja malas.. tgk stesyen  ...

aku jmpa tauke restoran Melayu Melaka....lokasi cantik kt sungai Melaka...

mcm2 masalah dia story..dr sdara sendiri cashier  lesapkan wang,pekerja malas dll.

sewa dah le mahal.......


tp maintain je....sbb gomen selalu buat majlis kt situ.....




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2013 10:16 PM | Show all posts
  

NASI AYAM NI AKU MAKAN KAT OBERSEA....HARGA NILAI RM4.....MMG SEDAP WLUPUN NASI PUTIH...PALING BEST TIMUN+BAWANG JERUK.....SUP PUN LAIN MACAM,DEPA X GUNA DAUN SUP TP GUNA DAUN NTAH APA NAMA....

AKU PUN X TAW DAUN TU ADA KE X KAT SINI....




Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 10:23 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 25-2-2013 10:16 PM
NASI AYAM NI AKU MAKAN KAT OBERSEA....HARGA NILAI RM4.....MMG SEDAP WLUPUN NASI PUTIH...PALIN ...

bro bawa lah balik malaysia. produk kt malaysia bro bawa luar negara menarik2. ada masa kita jumpa bro. insya Allah. ada forumer ajak makan kt restaurant chan abdullah kt bandar baru bangi.. kalau sedap saya roger bro.. rancangan jalan2 cari makan banyak indah khabar dari rupa nk sedap kena tanya org yg makan kt situ.. jgn tanya pemilik kedai makan.. mmg sedap jawabnye. ne tau bro blh usha2 resepi dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2013 10:29 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 25-2-2013 10:23 PM
bro bawa lah balik malaysia. produk kt malaysia bro bawa luar negara menarik2. ada masa kita jum ...

boleh jer..best jumpa tauke2 restoran ni..mcm2 kita boleh share...

restoran bekas footbal Zainal Abidin pun aku belum jengah....baca dlm blog Mazidul je....

stakat ni restoran kt PNB Park tu mmg sedap..tp harganya mmg kena sabau!
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 10:50 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 25-2-2013 10:10 PM
aku jmpa tauke restoran Melayu Melaka....lokasi cantik kt sungai Melaka...

mcm2 masalah dia sto ...

ada satu restaurant kt tepi sungai. tp xpasti sungai melaka ke apa?? restaurant tu lokasi tak silap sy seingat saya kt melaka tengah. kt ipd melaka tengah. dari kota a famosa tu terus jalan ke ipd melaka tengah terus jalan sampai hujung. kalau tak silap saya kt situ ada satu restaurant yg mmg happening gila.. ada karoke.. yg pasti ramai melayu makan kt sana. masa sy lalu ada trak tentera kt situ.. kiranye geng2 tentera makan kat situ sambil berhibur.. huhu.. sy percaya restaurant tu milik melayu... sy suka konsep restaurant tu.. mmg happening
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 10:53 PM | Show all posts
ada tauke catering, function. dia ex chef sultan brunei.. saya kenal dia masa komen di youth punya group.. status duda anak 4 kalau tak silap saya. dah lama loss contact sebab fb buat baru.. kalau dia masih di malaysia nnti sy kenalkan dia pada bro. orgnye botak berkulit gelap. muka dia ala2 zaidi ismail tauke hartanah.. geng2 tuan bri hartanah.. kut2 kenal ke?huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2013 11:04 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 25-2-2013 10:50 PM
ada satu restaurant kt tepi sungai. tp xpasti sungai melaka ke apa?? restaurant tu lokasi tak sila ...

x pernah lak....nanti one day nak cuba.................cuma situ malam mmg susah cari park.....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2013 11:06 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 25-2-2013 10:53 PM
ada tauke catering, function. dia ex chef sultan brunei.. saya kenal dia masa komen di youth punya g ...

x kenal.................bagus kita kenal ramai org,ilmu bertambah....

kawan aku bawa pi makan charkutiaw kat penang...kedai  papan mcm nak roboh tp org punya la ramai.....

kwn aku ckp org KL sanggup dtg situ semata2 nak makan charkuetiaw!

wlupun sepinggan RM6...mmg berselera...............
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 11:12 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 25-2-2013 11:06 PM
x kenal.................bagus kita kenal ramai org,ilmu bertambah....

kawan aku bawa pi makan c ...

erk. ada lg sedap ke? setakat ni tekak aku layan kt pekan rabu? kat bawah kedai jamu tu aku beli tapau.  risau tahi burung jatuh nnti walaupun betul2 bawah bangunan dan tak de tahi burung blh je. asal lidah masih berasa blh je kita makan nanti bro...insya Allah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2013 03:57 PM | Show all posts
teruskan perbincangan...saya suka dengar..banyak informasi sangat berguna....
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 05:05 PM | Show all posts
Bagi saya, perkara penting yang perlu ditekankan di kedai makan ialah "SENARAI HARGA" yang jelas.  Juga "timbang & sukat" peniaga kira tidak wujud selalunya.. iaitu kiraan bagi 1 portion makanan tertentu dan harganya.

Kebanyakan peniaga Melayu, tak de tanda harga.. Pas tu bagi customer ambik sendiri.. abis la customer kena ketuk.. kalau customer ambik sikit rasa mcm tak sampai 1 portion pula, ambik lebih sikit peniaga caj lebih (silap2 peniaga tu caj kira utk 2 portion).. kalau di tanya akan di jawab peniaga "ayam tu besar sikit".. tu pasal banyak peniaga makanan melayu masih kekal menjual di tepi longkang, sebab tak berkat kut wang yg mereka terima..  saya bagi contoh kedai mamak di Penang yang wujud lebih 100 tahun dengan ayam terjual setiap hari sebanyak 150 ekor minimum... mereka jual dengan tanda harga jelas dan tak pernah ketuk pelanggan.. ayam, mereka jual RM5.50 bagi apa jenis masakan pun.. dan ayam yg mereka beli selalunya saiz yang sama drp pembekal..

Peniaga Melayu selalu jual mahal, terutama nasik campur.. dulu2 kawan2 cina saya pernah cakap dia kata, tak mau pi kedai melayu makan tengahari sebab mahal... kat kedai cina simple jer RM2.50 (zaman tu la) dapat 2 sayur, nasik + ayam.. air teh cina percuma.. kedai melayu silap2 air suam pun kena caj..oops melayu suka buka warung tepi longkang .. kdg2 sebab faktor tak dak tempat.. tapi kdg2 faktor sebab nak free je semua..

Org Melayu meniaga, kena ikut Islam la.. jgn tipu orang..  disebabkan takdak tanda harga, ada peniaga yg letak "floor price" dlm otak dia dan u ambik kurang mcm mana pun kena harga yg sama juga.. mcm saya kena kat kota bharu.. kdg2 pasar siti khadijah ni peniaga dia hampeh juga.. lain kali tulis terang2 "Harga Minima RM6".. nasik separuh + takdak ayam, tak campur sayur ke, sama je dgn nasik yg ada sayur dan ayam... Beli laksa pagi, tanya, kalau nak separuh saja boleh tak, dia cakap "boleh, tapi harga sama (iaitu  harga  1 portion)".. mcm tu baik dia jawab "tak boleh" kan senang (kalau tak habis makan aku buang jer, drp peniaga tu guna barang sikit je, caj customer harga serupa guna barang utk 1 portion)...

Oleh kerana takdak tanda harga, ada juga peniaga melayu yg "pau" pelanggan.. tengok mcm smart sikit, mcm berduit jer, harga naik sikit hari ni, walaupun baru semalam pelanggan tu makan benda yg sama di kedai tu..  Yg paling meluat ialah bila "makan dulu", pastu pekedai dtg tulis harga.. spm matematik pun tak pas tapi bab kira makanan, sekali tengok boleh tulis total dalam 2 saat jer...

Org cina berniaga makan, depa bukak foodcourt ataupun kedai minum / kopi jadi foodcourt dan ada banyak "warung" di dalamnya dan setiap stall meniaga makanan tertentu sahaja.. iaitu menumpukan kpd speciality tertentu peniaga itu.. kalau org kita.. tak boleh punya.. semua mau jual .. ala-minang, ala-siam, ala-western, semua boleh buat konon...

Contoh terbaik kedai yg letak tanda harga ialah kedai mamak "Hussein" (kut) kat Carrefour di sebelah utara (Seberang Prai, Penang la).. dia tulis terang terang kat cermin lauk tu kat semua pinggan lauk dia tulis berapa harga utk 1 portion..  Dan dia siap bagitau portion ayam saiz apa dan berapa harganya..  Lagi satu bagus, dia ada microwave boleh panaskan makanan.. kalau kedai melayu, pergi jam 2pm dah dpt lauk sejuk gedi.. nasik pun sejuk.. tapi harga tetap sama... org melayu tak reti nak kira kos & caj yg berpatutan kut.. atau memang suka tamak..

Berniaga dgn elok akan dpt pahala.. luahan perasaan kekeke


Last edited by k_a_a on 27-2-2013 05:18 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2013 08:53 PM | Show all posts
k_a_a posted on 27-2-2013 05:05 PM
Bagi saya, perkara penting yang perlu ditekankan di kedai makan ialah "SENARAI HARGA" yang jelas.  J ...

terima kasih ........

aku pi Kemaman 9 Mei lepas.....mmg sedap Yong Tau Fu...


Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2013 06:10 PM | Show all posts
salam... sy ade sorang pelabur sanggu beri modal utk saya buka restoran, tapi saya takde pengetahuan langsung dlm bidang ni...

kalau bole mane2 forumer share ape masalah yg dihadapi dlm perniagaan restoran, thanks
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.254973 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list