CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3265|Reply: 13

IDEA DAN TIPS BUAT IBU BAPA

[Copy link]
Post time 26-2-2013 01:49 PM | Show all posts |Read mode
IDEA  DAN TIPS BUAT IBU BAPA


Bismillah….
Hari ini  15 RabiulAkhir 1434…….syukur kepada Allah kerana aku masih hidup.Kehidupan ininikmat,syukurilah.
Menjadi ibu bapa adalah ANUGERAH.Jika sudah berkahwin danbelum  bergelar ibu bapa,berusahalahmendapatkan zuriat.Jika masih bujang atau dara,berkahwinlah..kerana kahwin itusatu nikmat.Ramai kawan2 aku meninggal dunia ketika usia muda dan x sempatberkahwin…mereka x menikmati nikmat suami isteri,apa lagi menjadi ibu bapa…
IDEA SATU :


BUKU CATITAN


Ramai ibu bapa tidak mempunyai buku catitan sedangkan iaamat penting kepada ibu bapa.Buku catitan adalah menjadi diari anak-anakkita.Kita menulis  kisah dan cerita anakkita sejak mereka lahir hari pertama……
Kerana aku rajin menulis,aku tahu bila anak aku mulamerangkak,mula memanggil ayah,ibu dan sebagainya.Itulah kisah hidup anak-anakkita.Bukan semua perkara kita boleh ingat,catatan akan menjadi diarikehidupan..
Sayangnya aku x memiliki ibu bapa yang mempunyai  catitan,jadi banyak perkara aku x tahu ketikaaku masih bayi dan kecil.Alangkah bagusnya jika ada,aku boleh bacakan pulakepada anak-anak…
Walaupun zaman sekarang canggih ada telefon kamera dan  internet,namun catitan adalah satu perkaraberharga.
Ramai x tahu apa itu sejarah,lalu mereka tidak kenal saudaramara kerana mereka tiada catitan.Lama kelamaan persaudaraan terputus keranasikap ibu bapa sendiri.
Apabila anak kita sudah pandai menulis kisah merekasendiri,mereka pasti berterima kasih kepada kita kerana tahu apa sahaja yangberlaku kepada mereka sejak bayi.Mereka tahu bilakah mereka demam dansakit.Mereka tahu bilakah mereka mula makan nasi dan sebagainya.
Dalam kehidupan ini,menjadi ibu bapa adalah pengalaman indahdan bererti.Alangkah rugi jika ibu bapa mengabaikan catatan kehidupan anak-anak………
Gambar dan video adalah kenangan,namun catatan ibu bapaadalah khazanah berharga  kepadaanak-anak….
IDEA DUA


SIMPANAN ANAK-ANAK.
      Menjadi ibu bapaperlu bijak merancang.Apabila mendapat cahaya mata pertama dan sudah mendapatsijil kelahiran,teruslah ke bank untuk membuka akaun anak.Bukalah pelbagaiakaun pelaburan seperti Tabung Haji,ASB,ASD,ASW dan sebagainya.
              Buka jugaakaun TAKAFUL   sama ada takafulkesihatan atau pendidikan untuk masa depan anak-anak kita.Simpanlah dalamtabung mereka sedikit demi sedikit.Walaupun RM10 sebulan,setahun sudah RM120.
          Ramai ibu bapa mengabaikan simpanananak-anak sedangkan simpanan amat penting kepada mereka.Apabila anak sudah kesekolah,ajarlah mereka menabung.Beri wang saku RM1,dan ajar mereka agar janganhabiskan.Walaupun mereka membawa baki 50 sen sehari,dalam sebulan sudah banyak.
    Anak-anak akanbelajar menabung jika sentiasa dididik ibu bapa.Mereka belajar berjimat  dan belanja berhemah.Mereka tahu dan sedarwang amat penting dalam kehidupan.
IDEA TIGA


DIDIKAN AGAMA.


     Kita lihatmasyarakat moden hari ini sudah rosak.Usia 13 tahun dan masih bersekolah,namuntelah mengandung anak haram hasil zina.
      Kita sebagai ibubapa perlu berusaha mencorakkan anak-anak menjadi  manusia beriman dan berakhlak sejak merekakecil.
               Anak bongsu aku bila melihat oranggila ,dia berkata “Kasihan orang tu ayah…nanti ayah belikan roti bagi dia”.Walaupunbaru berusia 4 tahun,namun sudah mempunyai perasaan simpati kepada mereka ygkurang bernasib baik.
                           Namun ibu bapa hari ini  pabilamelihat orang gila di jalanan,mereka mengajar anak-anak menjauhi orang gilakerana busuk dan kotor.
           Ramai ibubapa x mengambil berat didikan agama,disebabkan mereka sendiri tidak beragama.Ramaiibu bapa x solat 5 waktu dan menyuruh anak mereka menunaikan solat.Bak ketammengajar anak berjalan…
     Aku lihat ramaiibu bapa suka berbohong dengan anak-anak namun amat marah jika anak merekaberbohong sedangkan mereka telah menjadi contoh buruk kepada anak-anak.
        Kadangkala akumembawa anak kecil ke masjid dan dia diam mendengar kuliah agama yang akusampaikan.Aku didik sejak kecil sebab aku mahu anak-anak berakhlak sejakkecil,bak kata pepatah,lentur  darirebong,jangan tunggu jadi buluh.
      Namun aku sedihdengan sikap anak-anak zaman kini.Usia sudah 12 tahun namun di masjidberkata-kata dan berguling2 di masjid ketika khatib membaca khutbah Jumaat.Adakahusia 12 tahun masih bayi?
Sepatutnya si ayah atau datok yang membawa kanak-kanak kemasjid,ajar mereka agar diam dan tekun mendengar khutbah.Dampingkan mereka kesisi agar mereka x bercampur dengan kawan2 hingga mereka leka dengan berbualdan bercerita ketika khatib khusyuk membaca khutbah…
   Ribuan masjid akusinggah,namun perkara ini masih berlaku hingga mengganggu  .Aku tidak dapat hayati isi khutbah keranasuara anak-anak yang bising dan bingit.Memang menyedihkan.Zaman sudahberubah,negara kita dulu miskin  kinikaya,namun mentaliti manusia tetap sama.

           Ibu bapa perlu ubah sikap dan hayati Islam sebaiknya.Usah menjadi ketam.Jangan biar nasi jadi bubur....


IDEA EMPAT


nanti lain kali aku sambung…………………

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-2-2013 01:50 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2013 02:01 PM | Show all posts
   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2013 02:02 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2013 02:03 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2013 02:04 PM | Show all posts
    BUATLAH SIMPANAN BUAT ANAK-ANAK KITA.....



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-3-2013 02:59 PM | Show all posts
http://www.1malaysiaiptv.com.my

Insya-Allah  pagi (ahad )  17 Mac 2013 antara jam 8 pagi-10 pagi suara aku akan keluar TV Hijrah...

selamat menonton Last edited by GuaAnakMelaka on 12-3-2013 05:42 PM

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 04:23 PM | Show all posts
terima kasih kerana berkongsi.aku dulu suka gak nak buat rakaman sdiri tentang anak aku,aktiviti dia.aku ada tgk gak org putih yg melukis aktiviti anak dia tiap hari.tp yg mampu aku buat..tulis catatan je.tali pusat dia aku simpan dlm bekas,stokin dia.baju dia.kesedihan aku.kepayahan aku memikirkan tentang dia.aku catatkan dlm diari.supaya anak aku kelak dpt tahuuntuk jd ibu bapa bukan sesuatu yg mudah.

bab simpanan mmg aku buat.simpanan pembelajaran.dll.skrg aku dlm rangka nak cari pendidikan dan perkara yg betol2 sesuai untuk anak aku jadi manusia yg beguna..dunia akhirat.dan aku rasa antara tips untuk jadi ibu bapa yg baik juga.jgn 100% menyerahkan soal didikan anak kpd guru,kpd org lain.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-3-2013 05:44 PM | Show all posts
fire_place posted on 12-3-2013 04:23 PM
terima kasih kerana berkongsi.aku dulu suka gak nak buat rakaman sdiri tentang anak aku,aktiviti dia ...

sama2...........
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 05:57 PM | Show all posts
ekceli ko ni..mksud aku motivator keibu bapaan ke apa erk??
coz aku ada gak persoalan yg nak ditujukan.hehe..aku ibu yg beranak seorgyg rasanya masih belum bnyak pengalaman.so suka  je bertanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2013 09:54 PM | Show all posts
fire_place posted on 12-3-2013 05:57 PM
ekceli ko ni..mksud aku motivator keibu bapaan ke apa erk??
coz aku ada gak persoalan yg nak dituju ...

we just share our experients..............

hope we'll be a good parents................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2013 03:10 PM | Show all posts
JOM JOIN..

kita boleh berkongsi ilmu parenting sesama kita...

https://www.facebook.com/groups/124470084403467/
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 10:20 AM | Show all posts
idea pertama tu mmg dah lama aku nk buat..tp tak terbuat2 kebusyan dengan urusan dunia buatkan aku tak sempat nk catit apa anak aku buat
no 2 dah buat sikit...takaful n tabung haji...hujung bulan ni anak cukup 6 bulan, dah boleh bukak asb..ke asd..tak sure lagik...sspn anak 2 tahun kan? satu lg aku baca dlm satu buku investment ni..die ckp ajar anak kepentingan duit dari kecik..serta bagi anak faham...you have to earn money..mcm seminggu kita bagi la allocation bape ringgit utk duit sekolah..tp kalau anak nk earn lebih duit utk beli barang...boleh tetapkan kat die, kalau buang sampah dapat bape ringgit..tlg basuh kete bape ringgit...anak boleh simpan sendiri duit dlm tabung or suruh mak simpan..bila dah dpt certain amount yang cukup, baru boleh beli barang die nak..pastuh bila die cecah umur sekolah rendah..tunjukkan die figure kalau die menyimpan let say rm100 setahun, duit tu mak masukkan dlm asb, asb "pinjam" duit kita tu buat bisnes dan dpt untung, asb akan pulangkan semula duit yang "dihutang" berserta untung sikit sebagai sagu hati sbb bg pinjam duit...kalau kita accumulate duit tu tanpa guna dlm berapa tahun..berapa pulangan kita dapat...utk budak2 boleh guna figure kecik2 dulu..makin die besar tambah figure tu..

gituh lah dari pembacaan i...

nombor 3.. insyaAllah...tp sebelum nk didik anak..seriously aku rasa aku laki bini kene betulkan diri dlu...mcm solat tu...laki aku selalu ckp nk g masjid..tp balik keje penat la ape..last2 semayang kat rumah je..camne nk ajarin anak gini...sepatut kami laki bini dah boleh start join qariah masjid ke... ntah lah..urusan dunia ni byk sangat..lupa bekalan utk ke alam sana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2013 04:07 PM | Show all posts
MELANCONG
Aku teringat zaman sekolah dulu..aku berasal dari keluargamiskin,kais pagi makan pagi…bila sekolah buat rombongan ke KL dengan bayaranRM10 sahaja,aku tidak mampu bayar…bagi ibu bapaku,RM10 amat besar…dan bagikeluarga miskin,RM10 amat bernilai..
Zaman sudah berubah,namun masih ramai manusia miskin danterus miskin.Mereka hidup dalam kemiskinan dan setelah bergelar ibu bapa,merekamasih miskin dan apa yang mereka rasa dahulu ,dirasai anak-anak mereka kini..Tontonsahaja BERSAMAMU,masih ada yang guna air perigi…
Alhamdulillah,walaupun aku bukan jutawan,bukan bilionair,akusering membawa anak-anak menikmati alam ini…Mereka sudah merasai hotel 3,4bintang,mereka sudah jumpa Cameron Highland,sudah melihat jambatan Pulau Pinang,malah sudah  meneroka kota Singapura dll.
Membawa anak-anak ke destinasi menarik dalam dan luar negaramemang memerlukan wang banyak dan kos.Namun sebagai ibu bapa,kita perlu membawamereka menerokai alam ini.Justeru ibu bapa perlu bijak dalam mencari wang danmembuat bajet untuk membawa anak-anak melancong dalam dan luar negara.
Ramai ibu bapa menunggu anak mereka besar,namun belum sempatanak meningkat remaja,ada ibu bapa meninggal dunia.Amat rugi sekali,mereka  kehilangan ‘kenangan’ yang perlu diciptabersama anak-anak.
Buatlah bajet sebaiknya.Bawa anak-anak melancongsekurang-kurangnya dua kali setahun ke destinasi menarik.Anak-anak zaman inibukan boleh berhibur dengan bermain lastik atau getah kahwin spt zaman kitadulu…zaman kita,itulah hiburan..masuk ke ladang getah dan  mencari getah kahwin..
Anak bongsu aku berusia 4 tahun ,bila aku tanya kenapa adiksayang ayah?
katanya ayah best!ayah suka bawa adik jalan-jalan..
aku merembes,sebab aku tidak merasai apa yang mereka rasa…
aku berdoa,agar Allah luaskan lagi rezeki agar lebih banyakdestinasi dalam dan luar negara  ..biaranak2 meneroka keindahan alam ini…jika aku mati nanti,anak-anak tidak akanmelupakan aku dan sedekahkan al-Fatihah buatku…
ALBUM
Kita perlu ada album anak-anak iaitu gambar anak kita sejakmereka lahir,pandai meniarap,pandai berjalan dan sebagainya.
Walaupun sudah ada kecanggihan  komputer dan internet,album adalahkoleksi  untuk menjadi satu sejarahkehidupan anak-anak kita.
Sebaiknya album mempunyai catitan,contohnya sebelah kanangambar anak kita baru lahir,sebelah kiri bil bayaran hospital,salinan  sijil lahir ,jadi anak kita tahu akan sejarah mereka.
Album adalah koleksi berharga buat anak-anak….
BUKUSUSUR JALUR KETURUNAN.


Kita sebagai ibu bapa sudah tentu mempunyai susur jalurketurunan dari adik beradik,ibu bapa,nenek,datok,moyang hingga seterusnya.
Mempunyai buku susur jalur keturunan akan memperkenalkanketurunan kita sebelah suami-isteri kepada anak-anak dan mereka akan kenalsiapa sepupu,dua pupu,tiga pupu dan seterusnya..
Lebih bagus jika ada gambar-gambar dan alamat kesemua mereka
Aku kalau bawa anak-anak menziarahi ahli keluarga danketurunan,aku akan beritahu siapa mereka agar anak-anak tahu saudara merekasejak mereka kecil.
Jangan lupakan sejarah keturunan kita…
HUTANG


Semuamanusia ada hutang,sama ada hutang pembelian rumah,kereta,hutang emas,hutangsaudara dan pelbagai jenis hutang.
Catatkansemua hutang agar memudahkan anak-anak membayar hutang jika ditakdirkan kitameninggal dunia,anak-anak tahu dengan siapa kita masih berhutang dan merekamembayarkannya dengan  mengambil hartapusaka yang ditinggalkan.
Ramai  anak-anak enjoy denga harta pusaka ibu bapatanpa melunaskan hutang ibu bapa kerana mereka tidak tahu hutang2 ibu bapamereka.
"DariAbi Hurairah Radiallahuanhu katanya: Telah bersabda Rasulullah saw:
Rohseseorang mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia)dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.'' (Riwayat Al-ImamAl-Tarmizi).
WASIAT


Kita tahu bila kita dilahirkan namun kita tidak tahu bilakita akan mati………..Wasiat amat penting namun ramai ibu bapa tidak mengambilberat dan mengambil mudah.
Walaupun harta kita bukan bilion2,namun wasiat adalahterbaik  agar kita sentiasa bersedia.
Aku sediakan 3 wasiat iaitu :
1.WASIAT HARTA BENDA-IKUT FARAIDH-AMANAH RAYA BERHAD.
Fi Perkhidmatan Penulisan dan Penyimpanan Wasiat  :  SeumurHidup RM350.
2.WASIAT  SEDEKAHJARIAH : AGAR ANAK-ANAK  TAHU  MEMANFAATKAN HARTA UNTUK SEDEKAH JARIAHSEBAGAI MANFAAT PAHALA IBU BAPA DI KUBUR.
3.WASIAT KEHIDUPAN : CORETAN PELBAGAI NASIHAT UNTUKANAK-ANAK..
Banyak perkara yang boleh dilakukan  sebagai ibu bapa.Kita mahu jadi ibu bapaterbaik dan cemerlang.Aku bukanlah pakar bijak pandai sebab aku tak pernahmasuk tv..hanya org yg biasa masuk tv adalah pakar bijak pandai…
aku hanya mahu berkongsi dengan manusia kerana  apa yangkita lakukan,mungkin tidak dilakukan orang lain.
banyakkan membaca.aku banyak baca buku parenting sama adadari Barat,mahupun dari ilmuwan Islam.
Buku Tarbiyyatul aulad fil Islam nukilan Dr Nasih Ulwan amatbaik dan sudah ada  dalam bahasa Melayu.
ingatilah  pesan  Saidina Omar al-Khattab r.a
“DIDIKLAH ANAK KALIAN MENGIKUT ZAMAN ANAK KALIANHIDUP..BUKAN ZAMAN KALIAN HIDUP…”
Bayak perkara dan tips mahu dituliskan lagi,namun masa yangterbatas menyebabkan aku berhenti di sini.Ada lagi porumers lain bolehberkongsi,agar kita sentiasa berusaha menjadi ibu bapa yg lebih baik dan baik………
Assalamualaikum………

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.058806 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list