CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14758|Reply: 80

Bunuh Suami, Polis Sahkan Tahan Penyanyi Nouri

[Copy link]
Post time 6-3-2013 09:25 PM | Show all posts |Read mode
            Published: Rabu Mac 6, 2013 MYT 12:17:00 PM
Updated: Rabu Mac 6, 2013 MYT 1:09:16 PM         
                      Bunuh Suami, Polis Sahkan Tahan Penyanyi Nouri         
                      Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI
        
Nouri pernah merangkul anugerah Artis Baru Wanita Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) 1999.

PETALING JAYA: Seorang suspek iaitu penyanyi tahun 1990-an Nouri Ramli telah ditahan polis berhubung kematian suaminya yang dipercayai mati selepas bergelut dalam kejadian di kondominium Ampang Utama, dekat sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang mengesahkan perkara itu berkata, Nouri bersama dua anak saudaranya telah ditahan pada pagi Rabu dan di reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan.

"Kami menahan wanita itu di rumahnya pagi tadi (Rabu) dan tidak dapat dipastikan berapa lama dia akan di reman.

"Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Akhbar pada Rabu melaporkan seorang penyanyi wanita telah memukul suaminya   sehingga mati kerana tidak mahu suaminya itu bertemu dengan anak perempuan mereka yang berusia setahun.

        
Gambar kenangan Nouri bersama suaminya.

Mangsa, Khairul Azmi Jaafar, 39,  mati dipercayai selepas dibelasah dalam keadaan kaki dan tangan terikat.


Kejadian ini dipercayai terjadi sekitar pukul 5 petang Selasa apabila berlaku pertengkaran melibatkan mangsa dan isterinya berhubung perebutan anak.

Dalam kejadian, Nouri, 39, dipercayai sengaja mengikat tangan dan kaki suaminya dengan bantuan dua anak saudaranya sebelum mangsa pengsan dalam sebuah bilik dan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung kerana pergelutan dan kekasaran.

Penyanyi wanita itu juga dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung dengan mangsa sejak setahun lalu dan mereka juga dalam proses perceraian.

Nouri pernah popular dengan lagu Hadirmu Yang Terakhir dan turut memenangi anugerah Artis Baru Wanita Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1999.
         

Last edited by ifanonline on 6-3-2013 09:27 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2013 09:30 PM | Show all posts
tu dia... lanun suluk pilak dah menyepam kat cari ...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 09:30 PM | Show all posts
dah mcm kat hollywoodland dah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2013 09:32 PM | Show all posts
MissNigga posted on 6-3-2013 09:30 PM
tu dia... lanun suluk pilak dah menyepam kat cari ...

bangsa sulu spammer...ayuh kita tembak kepala dier...

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 09:32 PM | Show all posts
Artis sendu nie..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 09:34 PM | Show all posts
aduh...awat sampai berbunuhan kak nouri.................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2013 09:34 PM | Show all posts
ifanonline posted on 6-3-2013 09:32 PM
bangsa sulu spammer...ayuh kita tembak kepala dier...

cari kat utube.. kut kut ada bidio lagu ni ....
tak dok pun...


susah..antar jer spammer ni kat akak nouri tue
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 09:37 PM | Show all posts
Semua ni salah lelaki. Lepas cucuk, takmo lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2013 10:01 PM | Show all posts
Ganas jugak si Nouri ni ye..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 10:04 PM | Show all posts
gogo2 posted on 6-3-2013 09:37 PM
Semua ni salah lelaki. Lepas cucuk, takmo lagi

penyanyi itu yg bermasalah sbenarnya, sbelum dia kawin ngan laki yg kena bunuh ni, dia bergelar janda, penyanyi ni jugak ex-gro, dah dibincangkan dah di bod gossip.... nouri ni jenis yg bermasalah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2013 10:06 PM | Show all posts
oni313 posted on 6-3-2013 10:04 PM
penyanyi itu yg bermasalah sbenarnya, sbelum dia kawin ngan laki yg kena bunuh ni, dia bergelar ja ...

gro melayu selalunya di kelab2 karaoke...

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 10:14 PM | Show all posts
MissNigga posted on 6-3-2013 09:30 PM
tu dia... lanun suluk pilak dah menyepam kat cari ...

kuang ajar kan..tak abis2..mundu pelahuk
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 10:21 PM | Show all posts
apa nak jadilah manusia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 10:24 PM | Show all posts
ikanmasin posted on 6-3-2013 10:14 PM
kuang ajar kan..tak abis2..mundu pelahuk

kekurangan kasih kekdahnya
soh di pi jumpa ayahanda kiram mundu....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 10:24 PM | Show all posts
oni313 posted on 6-3-2013 10:04 PM
penyanyi itu yg bermasalah sbenarnya, sbelum dia kawin ngan laki yg kena bunuh ni, dia bergelar ja ...

Ooo ganas...sib baik betina gua tarak camtu
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Nouri ni melayu jati la.. tp saiko..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2013 11:51 PM | Show all posts
wuuiiii....
otot dalaman kuat giler nih sampai buleh balun laki dia....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 12:15 AM | Show all posts
pengaruh filem omputih la ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 12:25 AM | Show all posts
camna laki dia boleh kena ikat kaki tangan, adakah dia menyerah diri begitu saja? ikutnya bukan senang nak ikat laki perkasa ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 12:38 AM | Show all posts
retis suam kuku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 48982 Replies : 26
Saya dengan ini isytiharkan undang-undang tentera darurat," kata Encik Yoon dalam ucapan langsung di tv,Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera darurat
YgBenarSaya dengan ini isytiharkan undang-undan
Views : 4077 Replies : 3
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 257005 Replies : 7116
Jarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
YgBenarJarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran
Views : 50388 Replies : 28
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 1986 Replies : 11
Isu keganasan Rumah Tangga zahnita
PenjaraPetaiIsu keganasan Rumah Tangga zahnita
Views : 11042 Replies : 276
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 92566 Replies : 933
Tragedi Disember, malu apa masuk la sini jap!
maklukpenggodaTragedi Disember, malu apa masuk la sini
Views : 47102 Replies : 21
Tular dakwaan orang ramai barangan sumbangan Khairul Aming telah diasingkan dan mangsa banjir dipercayai hanya menerima sebungkus biskut serta mi segera sahaja.
YgBenarTular dakwaan orang ramai barangan sumba
Views : 4892 Replies : 1
Banjir reda, 8 kematian dicatatkan
maklukpenggodaBanjir reda, 8 kematian dicatatkan
Views : 18896 Replies : 113

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.337321 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list