CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9620|Reply: 27

Mengapakah Lelaki Suka Mendiamkan Diri Apabila Menghadapi Masalah?

[Copy link]
Post time 8-3-2013 01:36 PM | Show all posts |Read mode
Pernahkah pasangan anda tiba-tiba mendiamkan diri dan tidak mahu bercakap dengan anda?


Apabila anda tanya adakah si dia sedang mempunyai masalah, si dia akan cepat mengatakan tidak dan terus mendiamkan diri. Dan yang membuatkan anda risau, si dia langsung tidak mahu angkat call atau membalas SMS anda.


Saya percaya ramai wanita di luar sana tidak faham kenapa lelaki bersikap sedemikian. Tiba-tiba si dia boleh berubah dan mendiamkan diri tidak mahu bercakap dengan anda. Pelik bukan?






Kerana itu sikap seorang lelaki

Tetapi, itulah sikap seorang lelaki. Apabila mereka menghadapi masalah, mereka akan menjauhkan diri supaya tidak diganggu. Mereka akan mengambil masa untuk memikirkan bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mereka akan selidik cara-cara yang terbaik supaya masalah tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna.


Apabila mereka menyendiri, mereka tidak suka diganggu. Jadi apabila anda keep on asking the same question, mereka akan rasa rimas dan tertekan. Ini membuatkan mereka semakin menjauhkan diri daripada anda.


Anda perlu ingat, cara yang diambil oleh lelaki untuk menyelesaikan masalah adalah berbeza dengan cara yang diambil oleh wanita. Lelaki akan lebih mendiamkan diri ketika menghadapi masalah.


Tetapi wanita pula akan lebih suka berkongsikan masalah dengan bercerita masalah tersebut kepada orang lain. Jadi apabila mereka melihat si dia sedang menghadapi masalah, mereka akan cuba memaksa pasangan mereka untuk berkongsikan masalah tersebut (seperti wanita). Ini adalah berbeza sama sekali dengan sikap seorang lelaki kerana lelaki tidak menyelesaikan masalah dengan cara sebegitu.


Apa yang perlu anda lakukan?

Sekiranya anda merasakan si dia sedang kusut, menyendiri, dan menghadapi masalah, tanyalah adakah si dia memerlukan masa untuk menyendiri buat seketika. Jika si dia mengatakan ya, maka berikanlah si dia masa seperti yang diminta. Tetapi jika si dia menggelengkan kepala, anda berikan juga masa tersebut kepadanya buat sementara (kerana lelaki mempunyai ego yang tinggi).
Berikan si dia masa untuk sendirian. Jangan ganggu hidupnya sehingga si dia dapat menyelesaikan masalah tersebut. Lagi kurang anda mengganggunya, lagi cepat masalah tersebut dapat diselesaikan. Dan lagi cepat juga anda dapat kembali bersama dengannya semula.


Dulu Mrs Teddy pun tidak faham kenapa saya mendiamkan diri apabila menghadapi masalah. Tetapi selepas saya terangkan kepada beliau kenapa saya jadi sebegini, kenapa saya jadi sebegitu, barulah beliau faham sebabnya. Dan kini beliau akan memberikan saya ruang dan masa untuk bersendirian ketika saya memerlukannya. (thanks dear~)


Mudah-mudahan dengan artikel ini dapatlah anda memahami kenapa lelaki akan suka mendiamkan diri apabila mereka menghadapi masalah. Janganlah salahkan mereka kerana itu memang sikap seorang lelaki. Ingatlah, salah satu tips dalam berpasangan adalah saling memahami. Fahamilah sikap pasangan anda agar sama-sama dapat membina percintaan yang bahagia selamanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2013 02:14 PM | Show all posts
ego lelaki menyebab kan lelaki sanggup diam kan diri bila ada problems...

tats wat i can say...sorry jejans yg hensem ekkk
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 04:10 PM | Show all posts
Aku kalau ada masalah, memang tak akan cerita dengan member-member perempuan. Aku lebih senang ajak kawan-kawan lelaki aku lepak dan cerita masalah aku. Aku sendiri tak tahu kenapa.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 04:32 PM | Show all posts
sbb.. majoriti pompuan bukanlah penyelesai masalah yg logikal.. especially jika maasalah itu betul2 ujud.
berbanding dgn masalah yg x ujud direka cukup rencah sesedap rasa semata mata utk mengikis duit pompuan yg kesepian.

lelaki lebih gemar menyelesaikan masalah satu persatu, bersama org yg mempunyai capacity utk menyelesaikan masalah tersebut - drpd mengenang nasib sambil menitiskan air mata utk mengharap simpati - simpati vokal drpd 100 juta org juga tidak akan menyelesaikan masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 08:27 PM | Show all posts
perempuan bukan tempat menyelesaikan masalah, cuma tempat menambah masalah dan penyebaran cerita masalah sahaja........
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2013 03:47 AM | Show all posts
betul sekali, depa bukan penyelesai masalah, malah mecipta masalah remeh temeh di kalangan mereka, spt ofis ai pc minah ni tak boleh on kecoh satu ofis, sampai 5 org perempuan cuba tgk pc tersebut dan x boleh print, balik dari outstation kasi lempang itu pc serta merta on
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2013 07:49 PM | Show all posts
card_reader posted on 8-3-2013 08:27 PM
perempuan bukan tempat menyelesaikan masalah, cuma tempat menambah masalah dan penyebaran cerita mas ...

oooo.... cenggitu ekkk
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 08:32 PM | Show all posts
lily_kama posted on 11-3-2013 07:49 PM
oooo.... cenggitu ekkk

alamak.....ahkak long dah masok

lari dolu la.....................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2013 08:33 PM | Show all posts
card_reader posted on 11-3-2013 08:32 PM
alamak.....ahkak long dah masok

lari dolu la.....................

gebang je la lu.. konon tmpt menambah masalah.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 08:36 PM | Show all posts
lily_kama posted on 11-3-2013 08:33 PM
gebang je la lu.. konon tmpt menambah masalah.....

terasa ke..............
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 08:40 PM | Show all posts
card_reader posted on 11-3-2013 08:36 PM
terasa ke..............

x...........
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 08:41 PM | Show all posts
lily_kama posted on 11-3-2013 08:40 PM
x...........

jom detim tempat len............
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 08:53 PM | Show all posts
card_reader posted on 11-3-2013 08:41 PM
jom detim tempat len............

x menambah kan mslh ke nanti... ?
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 09:23 PM | Show all posts
lily_kama posted on 11-3-2013 08:53 PM
x menambah kan mslh ke nanti... ?

hampeh lu.........
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 09:35 PM | Show all posts
card_reader posted on 11-3-2013 09:23 PM
hampeh lu.........

@kinki



Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 09:37 PM | Show all posts
lily_kama posted on 11-3-2013 09:35 PM
@kinki

oit2....jangan off topic
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2013 09:39 PM | Show all posts
card_reader posted on 11-3-2013 09:37 PM
oit2....jangan off topic

ok2... back to topik... cer lu crite kt wa.. naper lu rasa mcm tu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 09:49 PM | Show all posts
lily_kama posted on 11-3-2013 09:39 PM
ok2... back to topik... cer lu crite kt wa.. naper lu rasa mcm tu?

camno ek nak cerita......


camnie la, sepanjang wa berkenalan ngan perempuan. ramai perempuan lebih suka meluah rasa pada wa, tapi bila wa plak nak meluah rasa. sume buat sardine je, pakat x kesah......so dari situ, wa start malas cerita apa2 pada mana2 perempuan. itu dalam dunia realiti...

tapi dalam sini, yg anehnya..orang perempuan macam lu, chit ana yg banyak dengar kesah wa........kira lu orang boleh dengar dan ada jalan penyelesaian yg membolehkan wa pikir balek tentang apa yg jadi
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 09:58 PM | Show all posts
card_reader posted on 11-3-2013 09:49 PM
camno ek nak cerita......

pengalaman wa pon.. kawan realiti dgn kawan dr cyber mmg x sama......
wa lebih byk share mslh wa dgn kwn cyber dr realiti...

realiti dgr mslh kita.. more to mengutuk or mengkondem or buat x tau
cyber.. lebih concern... lebih menasihati... lebih bg semangat...

pelikk kann

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 10:02 PM | Show all posts
lily_kama posted on 11-3-2013 09:58 PM
pengalaman wa pon.. kawan realiti dgn kawan dr cyber mmg x sama......
wa lebih byk share mslh wa  ...

yup.....menampakkan orang sekeliling kita nie hanya berharap kita bila dieorang susah je, time kita susah sume pakat menjauhkan diri.....

maybe dalam sini, kita x kenal sapa2....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.101858 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list