CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4039|Reply: 14

anak angkat

[Copy link]
Post time 10-3-2013 01:54 AM | Show all posts |Read mode
Salam semua,
Minta tolong semua orang yang terbaca, harap war-warkan. Bukan kami maksudkan anak2 kecil saja. Yang sudah besar pun
kami sudi juga ambil dia sebagai anak angkat.  Jika mana mana jemaah yang terdengar akan adanya sesiapa yang patut atau memerlukan keluarga angkat, sudi sudilah kiranya memanjangkan berita itu pada kami di <[email protected]> agar
dapat  kami  pergi jumpa dan berkenalan dengan anak itu.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2013 02:35 AM | Show all posts
adam dh besar. blh jd anak angkat tak buat masa ni adam perlukan isteri angkat awek angkat je

nasihat adam pergi rumah anak yatim. kalau nk boleh pm adam. nnti adam bg no.hp penyelia rumah anak yatim. syarat utk ambil anak angkat secara tak formal? perlu jumpa penjaga rasmi anak2 yatim dan penyelia rumah anak yatim. kalau secara rasmi adam tak tahu plak. sebab adam tak pernah ambil anak angkat lg. adk angkat akak angkat adalah..


adam ada dua rumah anak yatim yg mmg rapat dengan company adam .iaitu payasum di sungai udang  melaka, dan lg satu rumah anak yatim ( adam lupa nama rumah anak yatim perempuan ni terletak kt perak ).. kalau berminat boleh google atau pm adam..

kt payasum ni... sebahagian nye dtg dari keluarga miskin dan anak yatim dari selangor KL, perak dan selatan tanah air.. rata2 mereka umur dari 4 tahun  hingga sampai sekolah menengah.. adk angkat adam yg rapat ada anak 3 beradik yang kematian ibu nya . ayah nye kerja wiring kt KL..jd kerana terbeban kos hidup. dia letak anak2 dia kt situ..

kalau tak mampu ambl anak angkat.. dpt jenguk dia org 2 bulan sekali pun dia org happy. tanya khabar.. adam tak berminat dengan anak2 yatim tanggungan kerajaan sebab kebajikan mereka lebih terjaga.. adam minat rumah anak2 yatim yang lebih kepada agama.. sebab bagi adam mereka ni bersih. ada didikan agama.. jd adam cuba bantu corakkan mereka dalam pelajaran, dalam pemikiran, tanamkan budaya sihat dalam diri mereka..

niat adam satu je.. adam nak mereka berjaya. bila dh berjaya ada kesinambungan utk bantu next generation adik2 yang menginap di rumah anak yatim..itu je niat adam..staf2 adam semua terlibat dalam program ni. alhamdulillah


yang kt perak tu,  rumah anak yatim ni   di usahakan oleh warga kampung. harap belas ihsan org kampung dalam menderma .. org yg usahakan ni setahu adam ustaz di sekolah agama.. yang uniknye ustaz ni terima kemasukan puteri2 berbanding anak2 lelaki.. sebab asrama puteri lg besar berbanding asrama lelaki.. asrama adk lelaki menempatkan 3 org adk2 sekolah rendah.. minta maaf adam lupa nama rumah anak yatim ni.. kalau ingat adam akan bg tahu k..

kalau ada duit beli jajan? alat tulis sekolah ke? atau buat jamuan ringan? tak pun sedekah beras dan barang2 keperluan pun dia org terima.. aslong benda tu berguna pada mereka.. adk2 yang adam jumpa ni serius lebih hebat dari adam dan org yang pernah adam kenal.. mereka sentiasa happy je.. bila ajak gotong royong adk puteri2 sibuk mengemas dalam rumah ada beberapa org sibuk menyediakan air minuman.. lepas dah gotong royong waktu petang tu.. we all ramai2 minum. sambil main bola sepak dengan adk lelaki tu..

yang adk2 puteri ni sibuk je main baling2 bola basket ball buat group bulatan kalau ingat dia org mmg sayu je. sayu sebab mereka susah, mereka tiada penjaga, sayu sebab mereka mampu senyum kt adam dan staf adam walaupun mereka mcm tu.. kita yang dtg ni rasa sedih tau..

so, kalau sesiapa forumer nak derma. cm buku2 latihan ? buku rujuakn sekolah? kamus? pakaian masih elok? adam amat galakkan derma di rumah anak yatim yang betul2 swasta dan ke arah agama.. adam tak pernah pergi rumah anak yatim bantuan kerajaan. tp setahu adam melalui penyelia PAYASUM mereka dpt bantuan dari kerajaan. tp tak banyalah berbanding rumah anak yatim tanggungan kerajaan..

yang payasum ni kalau tak silap adam, setiap bulan mereka akan di bawa ke kfc makan beramai ramai melalui sumbangan J CORP atas inisiatif org politik kt kawasan tersebut.. org politik berpangkat dato tu rapat dengan penyelia rumah anak yatim.. tu ceritanye.. kfc tu tak kisah lah makanan utk gembirakan adik2 putera dan puteri. cuma adam kisahkan masa depan mereka dan nak happy kan mereka je..huhu. tu jeklah..  

jom kita sama2 gembirkan anak2 yatim dan org2 susah.. bersihkan hati kita..insya Allah hati akan rasa tenang bila tgk anak2 ni senyum? rapat dengan kita.. rasa gembira dpt gembirakan anak2 dan adik2 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2013 04:59 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 10-3-2013 02:35 AM
adam dh besar. blh jd anak angkat tak buat masa ni adam perlukan isteri angkat awek angkat je:s ...

baiknya hati abam adam menjaga kebajikan 2 umah anak yatim..terharu iols ngan kebaikan abam adam..tp iols tertarik ngan komen pertama abam adam pasal awek angkat tuh
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2013 07:46 AM | Show all posts
mrsrezza posted on 10-3-2013 04:59 AM
baiknya hati abam adam menjaga kebajikan 2 umah anak yatim..terharu iols ngan kebaikan abam adam.. ...

itu luahan hati abg adam je ada org lagi baik lah.. siap jd cikgu tak bergaji dtg asrama anak yatim mengajar setiap hujung minggu utk kelas tambahan adam kureng dalam bab mengajar pelajaran. bukan tak boleh? boleh. tp adam mengajar ikut standard adam.. jd dalam rumah anak yatim ada yang tercicir pelajaran? ada yang kurang pickup? ada yang sederhana. ada yang pick up mmg power. tp tak dpt fokus.. jd org2 cmni perlukan cikgu yang penyabar dan mampu ambil hati mereka.. adam tak layak adam tak sampai hati kalau termarah anak yatim. ngajar adk angkat adam cukuplah

adam buat program mentor mentee.. dia org ada mentor masing2.. mentor dia org terdiri daripada staf adam.. setiap perkembangan dia org adam akan update dari staf adam.. duit topup, duit jajan, duit shopping adam dh asingkan utk setiap mentor. program bebas asalkan sesuai dgn usia mereka..




ni gmbr dewan makan perempuan. sebelah belakang tu nampak cam garaj tu tempat dobi dan sebahagian dapur... so ada aktiviti rasmi asrama. we all gather dalam dewan ni lah utk makan dan wat aktiviti berkumpulan...


dlm aktiviti ni. paling adam suka, aktiviti  berkumpulan. sebelum tu ada aktiviti  motivasi main lagu kitaro sambil mengimbau kenangan keluarga masing2.. dlm sesi ni adam jemput staf adam utk uruskan. sebab adam tak confident utk buat adk2 keluarkan air mata. bila dh keluar air mata... sedih kutt... sambil2 tu adam bincang dengan staf setiap org pilih  dlm 8 - 12 org adk2 utk di jadikan mentee.. adam pilih dulu .hihi.. yg penting adk2 tu masih kecil dan adam cari abg atau kakak yg boleh bimbing dia org. tujuan adam supaya kalau adam tak de abg and kakak2 ni blh jaga adk2 dalam satu group...




ni asrama adik2 puteri. adam dan staf lelaki dh di warning awal2 supaya tak masuk kawasan asrama puteri  berhadapan blok  asrama ni adalah  blok sekolah agama sesi petang kalau tak silap adam..  tp sekolah agama sesi petang ni dh dpt bangunan baru. jd bangunan ni di jadikan surau dan kelas2 tuisyen utk adk2.. nampak pondok kt asrama puteri tu? adam dengan mentee suka duduk situ sebab berangin dan santai ala2 kampung gitu



Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2013 11:05 AM | Show all posts
How can we be so sure hang bukan wakil dari sindiket PELACURAN KANAK2?????


Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2013 11:08 AM | Show all posts
kat umah kebajikan ramai ja anak2 terbiar kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2013 11:14 AM | Show all posts
noor2 posted on 10-3-2013 11:08 AM
kat umah kebajikan ramai ja anak2 terbiar kan?

Anak2 hang......???? Tak terbiar ke???? Hang pi honeymoon tempoh hari...hang letakkan DERANG kat mana???? Pet nursery ka????



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2013 11:16 AM | Show all posts
deyy....jangan off topic....

ada kawan i pun teringin nak ambil anak angkat sebab lebih 10 tahun tak de anak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2013 11:24 AM | Show all posts
noor2 posted on 10-3-2013 11:16 AM
deyy....jangan off topic....

ada kawan i pun teringin nak ambil anak angkat sebab lebih 10 tahun  ...

This is not the board untuk carik atau jual beli anak angkat.......

Ini board masalah bila dah jadik MADU bagaimana nak sessuai kan diri hidup bergilir.....

Ada paham?????

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2013 11:26 AM | Show all posts
esok2 sendiri yang berpoligami...siap 4 lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2013 11:28 AM | Show all posts
TT i pindah pg bod parenting yek
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2013 12:35 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 10-3-2013 07:46 AM
itu luahan hati abg adam je ada org lagi baik lah.. siap jd cikgu tak bergaji dtg asrama anak y ...

eh banyak nyer aktiviti abam adam ngn umah ank yatim ni..cer tefek pic aktiviti2 tuh kat sini...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2013 07:23 PM | Show all posts
mrsrezza posted on 10-3-2013 12:35 PM
eh banyak nyer aktiviti abam adam ngn umah ank yatim ni..cer tefek pic aktiviti2 tuh kat sini...{: ...



gmbr atas sekali tu kt dapur yang relate dengan gmbr sebelum ni. gmbr  kedua dan ketiga tu gmbr adk2 puteri bersenam. asrama putera terletak jauh sikit dari asrama puteri. jd senaman pagi  buat di tempat masing2 dan adakan aktiviti gotong royong ikut asrama masing2. gmbr last ni adik 3 beradik.. ingat tak adam ada cerita ayah dia keja wiring man tu? yang muallaf kalau tak silap adam ialah arwah mak kepada adik ni berdarah cina.. comel kan adk ni... cute sgt2..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2013 08:05 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 10-3-2013 07:23 PM
gmbr atas sekali tu kt dapur yang relate dengan gmbr sebelum ni. gmbr  kedua dan ketiga tu gmb ...

comelnya adik yg pakai tudung pink tuh...
adik2 ni nmpak happy je tapai dalam hati x de sape yg tau apa yg dornag rasa kan...
baguslah ada org cam abam adam yg sudi menjaga kebajikan dorang..
at least dorang dapat menikmati sedikit keselesaan n kasih sayang...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2013 11:04 PM | Show all posts
Salam Adam,
Rumah anak yatim di Perak tu dekat mana?
Minta nombor konteknya, nanti sayacadang
nak kesana sendiri. Yang di PayaSum ni saya
sudah tau. Ini bukan ke di bawah jagaan Ust Zul?
e mail pada saya <[email protected]>
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.129488 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list