BANGKITNYA SEORANG PEREMPUAN
Menggantikan drama ‘Surat Dari Langit Biru’ yang TELAH melabuhkan tirai ‘Bangkitnya Seorang Perempuan’, sebuah lagi drama rantaian 12 episod karya sutradara Emi Suffian Sabhe dan penulis skrip Mufidsuhaimi Bahaudin menerusi Orangetree Production Sdn. Bhd.
Menampilkan barisan pelakon popular, antaranya, Anzalna Nasir, Afiq Muiz, Ryzal Jaafar, Faradhiya, Eina Azman, Dynas Mokhtar, Riezman Khuzaimi, Haleeda Mazlin dan Amar Baharin.
SINOPSIS
Kisah Bangkitnya Seorang Perempuan bermula dari percintaan Balqish (Anzalna Nasir) dan Radzi (Ryzal Jaafar) yang tidak kesampaian setelah Radzi dikahwinkan dengan anak ketua kampung iaitu Zila (Faradhiya). Balqish yang cuba menerima kenyataan tersebut mula menjauhkan diri dari Radzi tetapi Radzi tidak rela melihat lelaki lain mendampingi bekas kekasihnya itu. Balqish, seorang gadis berusia pertengahan 20an cukup disenangi penduduk kampung kerana sikap ramah, riang dan mempunyai kebolehan menjahit.
Suatu hari, Radzi berpura-pura mahu menempah baju di rumah Balqish sebelum memperdaya merogol gadis ini di kawasan semak berhampiran. Sejak itu, Balqish berubah menjadi seorang yang sering termenung dan mengurungkan diri dari orang lain serta kadangkala menjerit selepas diganggu mimpi ngeri. Pernah ditanya oleh ibunya, Mak Shidah (Haleeda), siapakah yang sanggup melakukan perbuatan keji ini. Apabila Balqish menjawab Radzi, sukar untuk Mak Shidah percaya
JANGAN LUPA SAKSIKAN SLOT SAMRINDA BANGKITNYA SEORANG PEREMPUAN HANYA DI TV3 SETIAP HARI SELASA-HINGGA KHAMIS DI TV3
SELAMAT MENONTON
sumber: EDTv, Admya,buahmulut.com
Last edited by mrsrezza on 14-3-2013 01:48 AM
|