CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12310|Reply: 36

Kanta lekap elemen penting

[Copy link]
Post time 4-4-2013 08:31 AM | Show all posts |Read mode
Pemakaian kanta lekap kini semakin diperluaskan lagi penggunaannya. Ia bukan saja dipakai pada hari biasa sebaliknya semakin digemari bakal pengantin sebagai pelengkap solekan. Namun apa yang perlu diberi perhatian adalah keserasian antara teknik solekan dengan warna kanta lekap supaya penampilan tidak terlalu ketara dan nampak segar pada hari persandingan.

Bagi mempelai, tidak semua sesuai memakai kanta lekap kerana ia turut bergantung pada jenis warna anak mata serta tujuannya. Sekiranya warna anak mata terlalu gelap atau cerah, mereka boleh memilih kanta lekap bersesuaian untuk menyeimbangkan penampilan.

Menurut jurusolek profesional Iwan daripada Iwan Fancy, pemilihan alat solek bersesuaian mampu menaikkan seri wajah pengantin lebih-lebih lagi bagi mereka yang memakai kanta lekap berwarna. Ini kerana bagi sesetengah individu, kanta lekap menjadi penyelamat iaitu sebagai penambah gaya.

“Untuk mempelai dinasihatkan memilih warna semula jadi seperti hazel, coklat atau kelabu supaya wajah tidak terlalu berbeza dan nampak garang. Selain itu, ia memudahkan jurusolek mencari warna pembayang mata sesuai,” ujarnya.

TAMPIL berseri di hari bahagia.

Untuk menaikkan seri pengantin, sebaiknya pilih pembayang mata warna berbeza dengan kanta lekap. Sebagai contoh, kanta lekap hazel tampil lebih menawan dengan solekan smokey manakala coklat boleh digandingkan dengan pembayang mata cerah seperti biru, merah jambu atau ungu.

“Dengan menggandingkan warna pembayang mata bersesuaian dengan kanta lekap, solekan menjadi lebih menyerlah dan lebih penting penampilan anggun pada hari bahagia. Namun anda seharusnya mendapatkan pandangan jurusolek terlebih dulu sebelum memakainya. Ini bagi mengelak anda memakai warna yang tidak sesuai dengan personaliti anda,” jelasnya.

Tambah Iwan, untuk tampil menawan pemakaian celak dan maskara seharusnya tidak diabaikan kerana ia membantu menaikkan seri wajah selain gincu merah jambu dan pengilat bibir untuk bibir yang seksi.

Untuk mempelai yang inginkan kelainan, dandanan rambut sangat penting kerana ia akan membuatkan wajah tambah jelita. Jika terbiasa dengan rambut yang dilepaskan apa kata pilih sanggul tinggi bersesuaian dengan busana dipakai. Pilih perhiasan seperti anting-anting untuk kekal anggun pada hari bahagia.

Panduan memilih kanta lekap

Pemilihan kanta lekap bergantung kepada warna asal mata, warna kulit, personaliti, warna pakaian dan solekan.

Pilih jenis kanta lekap yang ideal.

Di pasaran terdapat tiga jenis kanta lekap iaitu satu, dua dan tiga lapisan. Kanta lekap satu lapisan hanya terdiri daripada satu lapisan warna dan kelihatan kurang semula jadi. Kanta lekap dua lapis pula terdiri daripada warna asas dan warna di sekeliling anak mata manakala kanta lekap tiga lapisan terdiri daripada warna asas, warna pupil dan warna lingkaran luaran kanta (paling gelap).

Pilih yang selesa dipakai.

Keselesaan kanta lekap berkait rapat dengan kandungan air. Lebih tinggi kandungan air, lebih nipis kanta lekap itu dan ini membuat pemakai terlupa yang dia sebenarnya sedang memakai kanta lekap

WAJAH sebelum disolek. Tanpa pemakaian kanta lekap wajah tidak bermaya dan kurang berseri.

PEMAKAIAN bedak asas mampu menutup cela dan menjadikan rona kulit lebih sekata.

SAPUAN pembayang mata warna gelap menyeimbangi pemakaian kanta lekap.

PELENGKAP solekan dengan sapuan pemerah pipi.

GINCU menjadikan bibir lebih seksi menawan.

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 4-4-2013 09:44 AM | Show all posts
aku pakai sebab rabun, senang nk buat actvt bukan sebab nk melawa...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 09:58 AM | Show all posts
sbb slalu pki lens..mate jd rbun@klabu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 11:28 AM | Show all posts
aku pakai sbb rabun gak.. n x bapa selesa pakai spek..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 11:59 PM | Show all posts
Sedarlah diri sikit.  Kulit itam ala2 warne ciku masak ade ati nak pakai c/l kaler bagai.  Don't fool urself
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 12:59 AM | Show all posts
Me pun pakai cl....everyday...sbb me pakai spec....abis gatal2....tp pakai yg biasa x de color2....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2013 11:06 AM | Show all posts
terima kasih TT buka thread ni
aku sesak napas tgk gambar kawen kwn
die pkai contact lens yg buat anak mata jd besar tu
pastu senyum ala2 kpop
pengsan!
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 12:43 PM | Show all posts
Alhamdulillah mata aku tak rabun. bagi yang takrabun tu, jgn la pandai2 pakai contact lens.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 5-4-2013 12:49 PM | Show all posts
aku selalu pakai
bukan sebab nak melawa tapi sebab senang pergerakan
kalau nak pakai colour lens...tolongla jangan pakai warna cam gambar kat atas...
tak sesuai dengan kulit orang asia
pakai la yang bersesuaian
cam T. Brown ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 05:43 PM | Show all posts
aku pun pakai..sebab rabun... alang-alang dah pakai aku pilih yang color2..
hazel, brown, grey, pink.... biru dgn hijau lum try lg rasanya...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 08:38 PM | Show all posts
iklan kanta lekap berwarna ke ni....
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2013 12:16 PM | Show all posts
syue86 posted on 5-4-2013 11:06 AM
terima kasih TT buka thread ni
aku sesak napas tgk gambar kawen kwn
die pkai contact lens yg buat  ...

Senyum kpop tu camna
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 07:48 AM | Show all posts
takpe la...aku tak rabun, dan aku taknak aksesori kanta lekap ni. dulu pernah try, merah mata dibuatnya. mata asli pun okay apa!
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 09:15 AM | Show all posts
awinpj posted on 7-4-2013 12:16 PM
Senyum kpop tu camna

duck face
dan senyum nipiskan bibir tu
haih!
xreti nk tepek gambar..
klu x, bley tnjuk
haha
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 09:19 AM | Show all posts

mangenkyo sharingan...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 04:00 PM | Show all posts
Hakak pn pakai contact lens sbb rabun... 500/500. Bersesuaian dgn kerja Hakak... so Hakak prefer contact lens dr cermin mata. Warna pilihan Hakak adalah GREY n VIOLET... tp hanya yg satu colour n bukan yg 3 in 1...  

  Ni contoh je...
Masa Hakak beli ada offer 'BUY 2 FREE 1'... so Hakak beli colour Grey, Violet n Blue. Honestly, skrg ni Hakak pakai colour BLUE... but no worry... sbb bila dh pakai mmg tk begitu ketara sangat colour dia...
Last edited by BlueRose99 on 8-4-2013 04:10 PM

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 8-4-2013 09:36 PM | Show all posts
nk pkai contact lens tp x berani
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 10:00 PM | Show all posts
syue86 posted on 8-4-2013 09:15 AM
duck face
dan senyum nipiskan bibir tu
haih!

Owhh Duck face.....I got it....another one tu....menipiskan bibir  tu camna plak? Adakah mengetap bibir? Hehe tgh try ni..........
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 08:35 AM | Show all posts
awinpj posted on 8-4-2013 10:00 PM
Owhh Duck face.....I got it....another one tu....menipiskan bibir  tu camna plak? Adakah mengetap  ...

duck face muncungkan bibir
yg nipiskan tu
kena senyum dlm n buat2 mata besar
nk mudah g tgk retis2 korea n jepun amik gmbar
klu xtau lg, xdpt la den nk nolong
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 09:13 AM | Show all posts
crunchez posted on 5-4-2013 12:43 PM
Alhamdulillah mata aku tak rabun. bagi yang takrabun tu, jgn la pandai2 pakai contact lens.

tren skang la pakai even x rabun........
nak anak mata jadi hijo gitu.....hahaha
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.574591 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list