CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6488|Reply: 9

DUA KALIMAH [SHAHEIZY SAM, NORA DANISH, YANA SHAMSUDIN]

[Copy link]
Post time 5-4-2013 07:51 PM | Show all posts |Read mode
2 Kalimah mengisahkan sepasang kekasih, Aiman (Sam) dan Selena (Nora), gadis kacukan Melayu-Inggeris pulang ke kampung halaman Aiman. Sepanjang perjalanan, mereka berdua menghadapi tiga kematian daripada orang berlainan dan melihat azab diberi Tuhan secara tunai kepada si mati yang mana ketika hayat, si mati pernah mengamalkan ilmu sihir, berzina dan tidak menghormati orang tua.



Selena yang melihat kejadian berkenaan berasa takut dan tahu itu adalah petanda Allah yang menyuruh mereka bertaubat. Malah, Selena berharap Aiman yang dipandang tinggi ilmu agamanya oleh semua orang akan membawanya kembali ke jalan Allah. Nmun mereka semakin terpesong akidahnya.

Aiman yang masih cintakan Humaira (Yana) tidak mahu mengahwini Selena namun disebabkan kandungan Selena semakin membesar, dia terpaksa menipu Haji Idrus (Ustaz Dini) bahawa mereka sudah berkahwin.

Tibanya di kampung Aiman, semua orang menyambut gembira kepulangan mereka berdua kerana Aiman anak kesayangan orang kampung disebabkan akhlaknya yang baik.

Hari demi hari, Selena semakin dihimpit rasa bersalah dan nekad menceritakan hal sebenar kepada keluarga Aiman. Malangnya, Aiman mengugut Selena. Satu hari, ditakdirkan Aiman jatuh sakit dan setiap pergerakannya terbatas, malah dia juga sukar mengucapkan dua kalimah syahadah.

Apakah nasib Aiman seterusnya? Masih sempatkah Aiman bertaubat atas segala dosanya? Adakah Selena masih setia menanti Aiman menunaikan janjinya?

2 Kalimah merupakan filem Islamik arahan Eyra Rahman terbitan Metrowealth Pictures (MIG)

Pelakon 2 Kalimah: Shaheizy Sam ,Nora Danish,Wan Hanafi Su,Yana Samsudin,Siti Aziz, Adibah Yunus, Shima Anuar dan Mikael Andre.

Credit to: http://anizyn.blogspot.com





Akak dah tgk citer ni semalam... not bad la.... akak jangkakan citer ni ada gud moment bila kuar panggung but akak kuar panggung still mcm tertanya2 sbb byk scene xdihurai dgn betol... mmg islamik tu ada la..... but xtau loa nk ckp mcm mana.... mybe director ni xdpt olah citer ni dgn baik... lakonan seme bagus,,, cuma jalan cerita byk tergantung n meleret2.... part2 mayat tu seram gak la......
Last edited by eddlisa_uyuk on 5-4-2013 10:32 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-4-2013 07:52 PM | Show all posts
sori  momod.. akak lupe nk search kot2 thread ni da ade... kalo ade tlg merge je la....
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2013 01:16 AM | Show all posts
aku dah serik. pengarah filem ni sama dgn aku terima nikahnya kan?
i expect the worst. tgk youtube free pun aku tak hingin.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 04:54 PM | Show all posts
iols sedang menontonnya ni
tgk free bole ler
wayang or estro pes?
tidak ler kot
hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 05:30 PM | Show all posts
dh tgk kat wayang..em xbes sgt hehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 07:48 PM | Show all posts
sepa yg tgk cerita ni, taktau la, tgk trailer pun mcm apa jek.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2013 09:43 PM | Show all posts
x sangka lak si aiman(sam) ni jahat.manusia munafik.bukan men beriya lg bersongkok,anak pak haji bagai,berakhlak mulia giteww..rhupe2nyeerrr..nan hado..

watak selena(ND) mmg lain mcm jer dr awal2 cite.aku agak2 die ni buat sumthing yg x betol pd aiman.kasi nasi kangkang ke,minyak dagu ke..

watak humaira (yana) nmpk realistik gak la.org alim.baju besar.tudung lepas.(mmg x mekap langsung kot yana dlm ni.nude face) time ngaji pon yana ngaji senirik..

tang kematian n azab2 yg dipaparkan mmg cukup menginsapkan dlm cite ni

tp adegan yg menunjukkan sorang anak derhaka pd maknya tu mcm melampau sgt ah
cast nye ialah adik pierre andre (watak pian)
die tgh main gitar kt dpn tb
mak die ngaji dlm bilik,tak memasal die mengamok2 suh jgn bising,pukul,meludah maknya (ermm,sememangnya ade eh manusia jahil mcm tu?takotnya.mintak jauhlah ye. amin)
pastu ada scene pian menunggu maknya kt luar umah
si pian dah bising2 sbb maknya siap lambat,dia kate dah lambat sgt nak pegi merisik
maknya pun dah ready2 nak keluar
tp dia marah cuz mak dia pakai tudung
sempat tarik mak dia sampai ke dlm umah n paksa suh bukak tudung. sampai tercekik maknya (hai,kate dah lmbt no?sibuk plak nk suh mak ko bkk tudung.huhu)

klimaks cite ni bile sam cube2 buat x senonoh n nk memperkosakata humaira.
pastu tetiba dia kena strok
selena terpaksa bercerita perkara sbnr
baru la tau yg si aiman ni pengamal ilmu hitam n penzina konsepnya
selena bukan isterinya.selena tgh ngandung anak haram hasil benih aiman
(cuma pengarah tak tunjuk lbh details apa sbb aiman bleh jd sesat barat mcm tu)

keseluruhan cite ni pada aku ok jahh..buat isi masa lapang
ada pengajaran berguna
pd yg rase nk tgk,silakan
ala tgk free je ponnnn
hihihih

Last edited by ZaraPalarae on 26-4-2013 09:46 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2013 09:06 AM | Show all posts
hijau88 posted on 26-4-2013 07:48 PM
sepa yg tgk cerita ni, taktau la, tgk trailer pun mcm apa jek.

sejuk beku jahh benang ni
mungkin hanya aku ngn TT saje yg tgk filem ni dr kalangan porumer cari ni?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2013 12:25 PM | Show all posts
tak teringin langsung nak tengok
filem melayu tahun ni sendu la
baru 2 movie yg buat aku tgk di wayang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2013 01:30 AM | Show all posts
hahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.046180 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list