View: 2312|Reply: 0
|
Teater Bangsawan Pak Pandir
[Copy link]
|
|
Kisah Pak Pandir antara cerita hikayat yang paling popular pada zaman dulu. Mereka yang dibesarkan oleh nenek terutamanya, pasti biasa mendengar cerita Pak Pandir yang lurus bendul sehingga anaknya yang mati dikatakan sedang tidur nyenyak. Dek kerana kelurusan Pak Pandir juga kampung mereka tergadai.
Persatuan Kesenian D’anjung Ibai dari Kuala Terengganu akan me­ngembalikan kenangan masyarakat terhadap cerita Pak Pandir menerusi pementasan Bangsawan Pak Pandir yang diper­sembahkan di panggung Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bermula semalam dan akan berakhir esok. Waktu pementasan pada jam 8.30 malam.
Cerita mengisahkan Sultan bermimpi mengenai negaranya yang aman damai akan ditimpa musibah. Pembesar istana dipanggil dan Datuk Nujum Negara meramalkan betullah apa yang akan berlaku di mana ayah akan membunuh anak­nya sendiri.
Lalu Sultan menitah­kan Bendahara pergi menyiasat keadaan hamba rakyatnya.
Saksikan apa kesudahan nasib Pak Pandir, Mak Andeh, Lebai Malang dan Pak Kaduk dalam Bangsawan Pak Pandir.
Pementasan itu diadakan sempena program Semarak Bangsawan 2013 yang menjadi acara tahunan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama DBKL.
Penonton dikenakan tiket pada harga RM 5 manakala tiket premier (tempat duduk eksklusif terhad termasuk makan malam) berharga RM50.
Penganjuran program ini bertujuan memartabatkan seni persembahan bangsawan di samping menarik minat dan memperkenalkan masyarakat terhadap teater bercorak bangsawan masa kini.
Ia dilaksanakan sejak 2007 dan pada tahun ini sebanyak sembilan kumpulan mementaskan teater bangsawan. Persembahan ini akan diadakan pada minggu kedua setiap bulan sehinggalah hujung tahun ini.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|