View: 8869|Reply: 13
|
Rawatan LVR Bantu Mengembalikan ‘Dara’
[Copy link]
|
|
Proses melahirkan anak serta penuaan semula jadi sememangnya akan memberi kesan kepada otot dan ligamen sekitar vagina atau faraj wanita.
Pengalaman yang begitu istimewa itu walaupun sentiasa dinanti-nantikan oleh pasangan suami isteri tetapi ia sedikit sebanyak memberi kesan kurang baik kepada mereka yang sentiasa mementingkan hubungan intim.
Vagina yang semakin lemah dan longgar dengan kekenduran otot serta ligamen di sekeliling lantai pelvik sememangnya boleh memberi kesan kepada kepuasan ketika menjalin hubungan seksual.
Keadaan ini dipanggil vagina relaxation dan menyebabkan wanita tidak lagi mendapat kepuasan seks seperti dulu.
Antara simptom lain yang turut dialami akibat masalah ini ialah stress urinary incontinence (SUI) iaitu keadaan di mana seseorang itu tidak dapat mengawal pengeluaran air kencing, hilang fungsi kawalan dan penurunan keinginan seksual.
Lazimnya, wanita pada usia muda memiliki struktur tubuh yang ketat dan kemas.
Namun, perubahan akan berlaku selepas melahirkan anak kerana otot dan ligamen sekitar vagina atau faraj akan mengendur.
Bagaimanapun, ia mungkin boleh kembali kepada keadaan normal tetapi memerlukan jangka masa yang lama.
Situasi ini yang menghantui segelintir wanita kerana takut tidak mendapatkan kepuasan seks terutamanya ketika usia semakin meningkat dan bakal menempuh alam menopaus.
Selain itu, ia juga menyebabkan hilangnya kawalan pundi kencing terhadap air kencing setiap kali bersin atau ketawa.
Mungkin disebabkan itu, ramai wanita yang ingin berusaha mengembalikan ‘dara’ dengan pelbagai kaedah rawatan tradisional atau moden.
Rawatan Laser Vaginal Rejuvenation (LVR) misalnya dikatakan mampu memulih keadaan otot serta kekuatan faraj wanita yang telah bersalin.
Rawatan yang diasaskan oleh Pengasas Institut LVR, Dr. David Matlock dari Beverly Hills, Los Angeles, Amerika Syarikat merupakan rawatan moden menggunakan mesin yang canggih dengan kaedah laser.
Di Malaysia, Pakar Sakit Puan dan Kecantikan, Pusat Perubatan Roopi, Datuk Dr. Melagar Singh Roopi berkata, teknologi LVR boleh membantu wanita yang mengalami masalah kekenduran otot vagina terutama selepas bersalin atau akibat peningkatan usia.
“Rawatan ini boleh meningkatkan tahap kesihatan seksual di kalangan wanita. Ia dapat mengatasi dilema wanita dalam mendapatkan kepuasan seks,” katanya.
Dr. Melagar memberitahu, pembedahan ini menggunakan laser dan tidak melibatkan penggunaan jarum hingga mengakibatkan pendarahan. Ia mengambil masa satu hingga dua jam.
Katanya, umumnya, pesakit yang bekerja boleh kembali ke pejabat selepas dua hingga lima hari rawatan bergantung kepada keadaan pesakit.
“Secara tidak langsung rawatan ini mampu mengurangkan diameter luar dalam vagina, sekali gus meningkatkan dan menguatkan rangsangan vagina.
Kelebihan LVR
* Prosedur pembedahan ke atas pesakit luar yang hanya mengambil masa lebih kurang satu jam.
* Sebagai pelopor dalam teknik yang unggul ini, sesuatu yang paling mengujakan ialah ia mampu pulih dalam tempoh yang cepat dan wanita yang menjalani rawatan boleh kembali melakukan rutin harian selepas melakukan prosedur tersebut.
Fakta LVR
* Masa sembuh yang singkat dan selamat.
* Pembedahan laser.
* Rawatan untuk wanita melepasi usia melahirkan anak.
Dipetik dari:http://www.utusan.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk orang yang dah bersalin takpo atau hilang dara sebab aktiviti sukan.. cuma jangan yang lain2 tu udah ler... |
|
|
|
|
|
|
|
scary !!!  |
|
|
|
|
|
|
|
LVR untuk memulihkan keadaan otot, menguatkan faraj yakni mengetatkan vagina sahaja..
tak sama maksudnya dgn mengembalikan dara..
untuk mengembalikan dara, kena buat hymen reconstruction surgery, which means buat selaput dara palsu...
tak sama tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
tk yah nk rawatan dara2 sgtla..dh kawin, anak 3,4 org,,kompom la dh lain...
byk lg cara tradisional blh kita buat...manjakani, sireh..buat rawatan tu, ntah elok ntah tidak...kot la ada kesan sampingan..kan ke naya jek tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
pitam aku baca nie .. ..  |
|
|
|
|
|
|
|
nak operate ke...adeh la takutnye la...cancel baca |
|
|
|
|
|
|
|
minum air manjakani aje InshaAllah dah bleh |
|
|
|
|
|
|
|
longlai kepala lutut aku.......anyway, good info  |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah smpi sakit... tak perlu la... toleran la suami isteri |
|
|
|
|
|
|
|
kalau yg muslim cemana? ada ker doctor mahir wanita?
yg tak mampu...time beranak "tebal" muka mengangkang kat sepital gomen.
adeh...ada jugak yg gigih kalau bab sek |
|
|
|
|
|
|
|
my gynea ada buat nih.. utk ketatkan otot2 tu seperti sebelum bersalin... pulih dara tu kita panggil hymenoplasty |
|
|
|
|
|
|
|
mizkajura posted on 17-4-2013 03:10 PM 
kalau yg muslim cemana? ada ker doctor mahir wanita?
yg tak mampu...time beranak "tebal" muka menga ...
ada.. doktor perempuan lagi
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|