CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3357|Reply: 2

Pil Cegah Kehamilan Penyebab Kanser

[Copy link]
Post time 17-4-2013 10:48 AM | Show all posts |Read mode
Kini, pangkal rahim atau pintu rahim lebih dikenali sebagai serviks. Benar ada kaitan antara pil pencegah kehamilan dengan insiden kanser serviks.

Ini berdasarkan kajian dulu yang melihat pesakit kanser serviks dan didapati lebih ramai yang pernah mengambil pil pencegah kehamilan berbanding yang tidak mengambilnya.

Maka, andaian asal adalah pil pencegah kehamilan menyebabkan kanser serviks.

Namun apabila dikaji dengan lebih lanjut, ada pendapat bercanggah mengenai hasil kajian ini memandangkan pesakit kanser serviks terbabit turut mengamalkan aktiviti seks berbilang pasangan dan mengambil pil itu untuk mencegah kehamilan.

Sebaliknya, pendapat yang menyokong hasil kajian asal mendebatkan teori kemungkinan hormon dalam pil pencegah kehamilan mengubah keadaan permukaan serviks sehingga mencetuskan pembentukan kanser.

Pil pencegah kehamilan adalah antara kaedah yang berkesan dengan syarat anda perlu mengambilnya mengikut peraturan.

Keunikan kanser serviks berbanding kanser lain ialah ia boleh dicegah kerana ia mempunyai suatu peringkat penyakit yang mudah dikesan dan jika penyakit ini dirawat, ia dapat mengelakkan kanser serviks.

Sebaliknya jika penyakit ini tidak dirawat, ia boleh berubah kepada kanser.

Penyakit ini dinamakan CIN (Carcinoma Intra-epithelial Neoplasia) yang boleh disaring menggunakan ujian pap smear dan jika disyaki, ia kemudian boleh disahkan melalui ujian histopatologi ke atas biopsi serviks.

Malangnya, di negara kita, masih ramai yang tidak menjalani ujian saringan pap smear ini.


Dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my

Last edited by rosemary70 on 17-4-2013 06:32 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2013 03:48 PM | Show all posts
Pil Pencegah Kehamilan Kurangkan Risiko Kanser Ovari...

Wanita yang mengambil pil sebagai perancang keluarga mempunyai risiko yang kurang untuk mendapat kanser ovari dan lebih lama mereka mengambilnya lebih kurang risiko untuk mendapatkannya, menurut kajian terbaru.

Sebenarnya pil perancang sudah lama diketahui dapat mengurangkan kadar kanser ovari. Kajian Epidiomology dari Oxford University's Cancer Research UK Epidemiology Universiti menunjukkan pil sudahpun dapat mencegahkan 200,000 kes kanser ovari terbaru dan 100,000 kematian disebabkan oleh kanser diseluruh dunia.

Pakar penyelidik mendapati, wanita yang mengambil pil selama 10 tahun mengurangkan risiko untuk mendapat kanser dari 12/1000 kepada 8/1000 wanita dan kematian dari 7/1000 kepada 5/1000 wanita. Kesan pencegahan berterusan walaupun wanita sudahpun berhenti memakannya sejak bertahun tahun dahulu.

Walaubagaimanapun, menurut kajian itu lagi, terdapat sedikit risiko untuk mendapat kanser buah dada dan pangkal rahim dengan memakan pil perancang ini, tetapi, risiko tersebut hilang sebaik sahaja wanita berhenti memakan pil.

Namun, wanita tidak seharusnya memakan pil semata-mata dengan tujuan untuk mencegah kanser ovari. Pil masih merupakan alat pencegah kehamilan dan pengurangan kanser ovari dengan memakan pil haruslah dianggap sebagai satu bonus.
Kanser ovari merupakan punca kelima kematian dikalangan wanita dan kebanyakkannya menyerang mereka yang berusia 55 tahun keatas.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 01:52 PM | Show all posts
yes..baru baca ni dalam satu group kat FB...
dulu2 ingat nk amik implant..tp takut kacau breastfeeding...la ni tak breastfeed pun tak tergerak hati nk makan pil/inject...
lebih selesa merancang sendiri isu terbabas so far takde masalah..akan terus berhati2..hihi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.189909 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list