View: 2175|Reply: 0
|
APFT Anjur Karnival Udara 19-21 April Secara Percuma!
[Copy link]
|
|
![](http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQ9os9rlJlMGyINYUjFne7mUoId2rLYS0yV6tn7EKkoT2GQxauRbw)
Wartawan Sinar Harian
KOTA BHARU - Asia Pacific Flight Training (APFT) akan menganjurkan karnival udara sempena graduasi ke-10 akademik tersebut pada 19 hingga 21 April ini di Kompleks Hangat APFT di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini.
Pengetuanya, Kapten Mohd Shahrin Abu Hassan berkata, karnival yang dibuka secara percuma itu akan bermula dari jam 9 pagi hingga 6 petang.
“Antara aktiviti yang diaturkan sepanjang karnival tersebut ialah, pertunjukan aerobatik udara oleh pesawat solo aerobatik, terjunan payung terjun dari helikopter APFT oleh pesawat peserta karnival dan pengalaman menerbangkan simulator penerbangan Kota Bharu Flying Club.
“Bukan itu sahaja orang ramai juga berpeluang mencuba penerbangan ‘Joyride’ untuk menikmati pengalaman terbang di dalam pesawat ringan dan menikmati pemandangan Kota Bharu dari udara.
“Pihak Kota Bharu Flying Club menawarkan penerbangan sewaan khas dengan harga berpatutan iaitu dari RM250 hingga RM700,” katanya.
Menurutnya, turut disediakan pada hari tersebut ialah 32 gerai jualan serta pameran dan kepada yang berminat untuk menyertainya boleh menghubungi talian 09-7738722.
Mohd Shahrin berkata, paling menyeronokkan ialah apabila orang ramai dapat berseronok sambil melihat pergerakan pesawat komersil secara dekat yang beroperasi semasa karnival.
Beliau berkata, pada hari kedua akan diadakan majlis graduasi dan penyampaian sayap penerbangan pada jam 9.30 pagi yang akan dirasmikan oleh Angkawasan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor.
“Pada hari tersebut seramai 166 graduan akan menerima sayap dan skor Diploma in Aiviation setelah menamatkan pengajian mereka dua tahun di sini,” katanya.
Last edited by mastika on 18-4-2013 01:17 AM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|