CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4991|Reply: 1

Jenama Minuman Sendiri. Proses A to Z ?

[Copy link]
Post time 20-5-2013 05:37 AM | Show all posts |Read mode
Salam,

Baru-baru ini aku dapat satu idea. saja nak kongsi sikit. aku nak keluarkan jenama baru minuman. Minuman berasaskan teh, dan ia bergas didalam botol kaca. ini antara sebab musabab.

1) aku sangat meminati Steve Jobs walaupun xada langsung produk Apple. aku sangat meminati cara dia berucap. semasa pelancaran Ipad, dia ada membuat satu perumpamaan. bunyinya lebih kurang begini, Ipad berada ditengah diantara Imac dan Iphone. secara ringkasnya, Imac > Ipad > Iphone.

lalu aku perasan satu persamaan perumpamaan ini dengan burger. ya, Mcdonalds > Burger Bakar > gerai burger tepi jalan.

jadi, diantara Coke/Pepsi etc dan Teh O/teh tarik, apa yang ada ditengah-tengah produk ini?

2) kawan aku ramai yang menjadi penulis. penulis survival kata mereka. penulis survival atau mandiri ini bernaung dibawah publisher seperti Lejen Press, Fixi, Dubook Press. mereka ialah publisher inde. antara marketing strategi mereka (yang aku perasan) banyak membuat tour ke universiti dalam Malaysia kerana gaya mereka yang cool, hip, dan masuk dengan citarasa muda-mudi kini. semacam trend. selain buku mereka keluarkan juga streetwear/fesyen jalanan. dalam booth mereka, rata-rata barang yang dijual ialah RM 10 keatas. Siswa siswi kadang-kadang bukan xnak support, kalau ada stiker yang murah-murah, yang itulah akan habis dulu. Dengan booth tengah panas, kan bagus minum air? hahaha.

3) Produk teh berkabonat sememangnya ada di Malaysia. IceTea Sparkling salah satunya. tak salah aku Starbuck juga mengeluarkan sparkling tea dan ia berharga RM 6. pada aku, IceTea Sparkling sangat tak sedap. dan niche IceTea Sparkling cenderung kearah healthy lifestyle dan mensasarkan golongan muda. kalau kena dengan marketing strategy, rasa sedap, memang boleh pergi jauh. tak sia-sia juga ada pengalaman jadi bartender dulu ni.

4) aku pernah berdebat dengan bapa aku berkenaan teh soda ni. dia tanya aku,
"ada ke orang nak minum? elok-elok orang minum dengan cawan, nak minum dalam botol pula"
aku jawap, "dekat Indonesia, ada teh botol Sosro, dan teh Sosro menguasai pasaran minuman ringan disana hatta Pepsi dan Coke tak dapat compete, budaya minum teh ni global, terutamanya Nusantara."

"Indonesia lain, sini lain." bapa aku balas.
"lain macam mana?" aku tanya.
"Malaysia lebih advance dari Indonesia, itu fakta. Mereka yang miskin ini mungkin teringin untuk berasa mewah tapi Coke dan Pepsi diluar kemampuan mereka. Lihat Teh Sosro, botolnya cantik dan lain dari lain."
"kalau Malaysia lebih advance dari Indonesia, bukankah Teh botol bekarbonat itu lebih advance dari teh botol saja?" aku balas lagi.

dia diam.

itu antara sebab-sebab kenapa aku rasa idea ini sangat aku gemari berbanding idea-idea perniagaan aku yang lain.

soalan yang terpenting ialah, bagaimana mahu merealisasikan idea ini? aku harap dengan adanya tread ini, kalian yang mana berpengetahuan, berpengalaman dalam industri pemprosesan, dan tak kisahlah siapa-siapa pun, harap boleh menambah senarai yang ada dibawah ini.

1) semua tahu yang soda dispenser yang ada di fastfood bukan dari botol. dia guna concentrated saja. persoalan saya, dekat mana boleh saya produce concentrated itu? adakah dikilang pemprosesan syrup?

2) dalam google, cara paling senang untuk buat own drinking label ialah mengunakan contract manufacturing. apa yang aku tahu, aku perlu sediakan sendiri bahan2 (seperti Teh dan sebagainya) mereka hanya isikan air gas, sealing dan packaging. dan aku cukup zero dalam benda sebegini.

3) aku sudah banyak kali bereksperimen membancuh air teh bekarbonat. mula-mula buat, kaler cantik tp manis sangat. bila kurangkan manis, kaler cantik, rasa Seltzer water tu kuat sangat jadi tak sedap. akhirnya selepas yang keberapa kali pun aku tak tahu, akhirnya aku berjaya menemui titik keseimbangan. tak manis sangat, kaler cantik dan paling penting, rasa seltzer water or soda tawar tu hilang. hanya mengurangkan gula kepada separuh dan menambah 2 bahan rahsia ini, mmm aku terfikir, tak lah susah sangat.
soalannya, siapa yang boleh selesaikan masalah ini? food tech?

mmmm... buat masa ni, tu je la kot. malu plak kalau tulis panjang2 xde respon. hhehehe.

kalau ada idea nak tambah2 tu, share le..

thnks cari.my and all admin..

-jnozkmeyr-








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2013 01:16 AM | Show all posts
idea yang sangat menarik dan fresh. boleh diusahakan ni TT. cuma aku tak dapatlah nak tolong masalah TT ni. cuma boleh bagi support jelah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.049617 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list