View: 2931|Reply: 5
|
Kejohanan ping pong Asia sebagai pemanas badan sebelum Sukan SEA
[Copy link]
|
|
SKUAD ping pong negara sekali lagi akan menggalas cabaran negara di Seoul, Korea Selatan dalam Kejohanan Ping Pong Asia pada 30 Jun hingga 7 Julai ini.
Setiausaha Kehormat Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM), Chan Foong Keong berkata kejohanan itu menjadi medan terakhir bagi para pemain sebelum menghadapi Sukan SEA di Myanmar pada Disember nanti.
Kejohanan itu akan diwakili oleh enam atlet negara yang akan mengambil bahagian dalam tujuh acara merangkumi acara berpasukan serta perseorangan.
"Para pemain sedang menjalani latihan intensif mereka selepas pulang dari Paris pada Kejohanan Ping Pong Dunia pada 21 Mei lepas, " katanya.
Menurut Chan, TTAM tidak meletakkan sebarang sasaran kepada para pemain pada kejohanan ini kerana fokus utama TTAM menghantar para pemain adalah untuk memberikan pendedahan kepada mereka sebelum Sukan SEA.
Walaupun pasukan negara gagal meraih sebarang pingat pada Kejohanan Ping Pong Dunia di Paris pada 13-20 Mei lepas, namun para pemain negara menunjukkan peningkatan dalam corak permainan.
"Apa yang lebih utama sekarang ialah pendedahan kepada mereka sebelum hadapi temasya Sukan SEA nanti dan kita mahu para pemain meraih pingat kemenangan untuk negara," katanya.
Skuad ping pong negara sebelum ini berjaya meraih tiga pingat gangsa di Sukan SEA 2009 di Laos menerusi acara perseorangan, beregu wanita dan acara berpasukan.
|
|
|
|
|
|
|
|
agak susah untuk pemain malaysia untuk dalam pingat emas dalam acara ping pong bagi sukan sea sebab kuasa untuk acara ini bagi asia tenggara ialah singapura dan singapura ada banyak pemain yang hebat dalam sukan ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Idelgo posted on 27-5-2013 01:45 PM
agak susah untuk pemain malaysia untuk dalam pingat emas dalam acara ping pong bagi sukan sea sebab ...
ping pong ni maianan yg remeh2 ke?? nmpk senang tp gila mncabar...
|
|
|
|
|
|
|
|
nampak senang nak main tapi memang mencabar lagi2 bila pemain lawan main smash je. berun main ping pong juga ke. |
|
|
|
|
|
|
|
berun posted on 27-5-2013 06:00 PM
dlu zaman sekolah mnengah main.. mmg gila la.. addicted gak.. smpai guna pintu di jadi kan meja p ...
sekarang awak main lagi ke ping pong.kalau masih aktif main jom main ping pong
|
|
|
|
|
|
|
| |
|