|
Hiasan
Memang derita dan seksa dilema anak luar nikah. Tekanan yang dihadapi terpaksa ditanggung oleh mereka. Jika bayi-bayi yang comel lahir ke dunia disambut dengan gembira, dia pula di sambut dengan simpati tak kurang juga yang mencemuh.
Bagaimana dengan kehidupan mereka untuk membesar menjadi orang dewasa. Dari sekecil bayi hingga besar panjang, siapa yang akan bersama mereka. Adakah mereka bersalah? Apakah masyarakat dapat menerima kehadiran mereka ini. Apakah cemuhan dan cacian bertebaran ketelinga mereka sepanjang hayat.
Istilah Anak Tidak Sah TarafMerujuk kepada persidangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 5 Safar 1425 bersamaan 26 Mac 2004, anak yang didaftarkan sebagai anak tidak sah taraf boleh diklasifikasikan di bawah tiga keadaan.
1. Pertama, anak itu ialah anak yang dilahirkan di luar nikah iaitu sama ada hasil daripada zina atau rogol.
2. Kedua, anak yang dilahirkan kurang enam bulan dua lahzah Qamariah (bulan Hijriah) dari waktu akad nikah dan dia bukan hasil daripada persetubuhan syubhah.
3. Ketiga, anak yang dilahirkan lebih dari enam bulan dua lahzah Qamariah dari waktu akad nikah dan ada bukti dari segi syarak bahawa anak tersebut ialah anak luar nikah melalui ikrar ( pengakuan ) mereka yang berkenaan ( suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya dan tidak diingkari oleh pihak yang satu lagi ), atau adanya 4 orang saksi yang melihat berlakunya zina dan kesaksiannya pula memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syarak.
Kita Tetap Hamba-Nya JuaBerpeganglah pada firman Allah, "Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah SWT ialah yang paling bertakwa." (al-Hujurat: 13). Biar di mata manusia engkau bagaikan sampah kerana membawa dosa ibu dan ayah, asalkan di pandangan Allah, engkau umpama permata yang semakin bersinar tiap kali dikeji dan diuji!
Sunat Rahsiakan Status Anak Luar NikahDalam Islam, tiada istilah anak lahir di luar nikah itu dengan anak haram. Jika ada yang mengatakan istilah itu ada, sila cari dalam kitab suci al-Quran atau hadis Rasulullah SAW yang menyebutnya demikian.
Sebenarnya, kedudukan anak ini sama saja dengan anak yang lain. Kemuliaan seseorang di sisi Allah SWT berdasarkan ketakwaannya. Ia juga bukan kerana soal keturunan atau asal usulnya.
Perlu diingat, anak ini tidak berdosa kerana yang berdosa adalah ibunya. Seharusnya, anak ini tidak turut berdosa hanya disebabkan dosa ibunya. Seperti firman Allah SWT dalam surah al-An'am ayat 164:
"Dan tidaklah menanggung dosa oleh seseorang akan dosa orang lain."
Ibunya pula, jika ia sudah taubat dengan taubat nasuha, maka sucilah si ibu terbabit daripada dosanya dengan maghfirah (keampunan) daripada Allah SWT. Kita tidak boleh mencacinya, baik terhadap anak itu atau ibunya akibat kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini.
Diriwayatkan daripada Abi Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila sudah berzina seorang hamba perempuan, maka nyatalah zinanya, maka hendaklah dideranya sebagai hukuman dan janganlah dicacinya. Kemudian jika ia berzina pula kali kedua, hendaklah dideranya sebagai hukuman dan janganlah dicacinya. Kemudian jika ia berzina kali ketiga, hendaklah dijualnya walaupun dengan (harga) tali dari bulu."
|
|
|
|
|
|
|
|
jadi apa yg mahu dibincangkn? xkn ade ank luar nikah yg nk mgaku. |
|
|
|
|
|
|
|
Alaaa...
masnona posted on 7-6-2013 08:34 PM
jadi apa yg mahu dibincangkn? xkn ade ank luar nikah yg nk mgaku.
'Pengutip kredit' tegar memang camtu... Lepas copy paste mana 'ada singgah' lagi dah... Heh! Heh! Heh!
Jizzz... Klong! Klong!
|
|
|
|
|
|
|
|
So?
Ada aku kesah ko anak luar nikah ke apa?
Mmg ada org mental pprt..... asal anak luar nikah je cop keturunan x baik la, x bersih la....
Keturunan yg bkn anak.luar nikah pun byk je yg x baik....
Zaman dh millenium dah...
Tp akal mcm pprt zaman jepun..
Payah la...
Budaya salahkan org, yg x salah diri sendiri
Kampungan betul....
Ntah apa aku merepek...
Collect kredit je la..... |
|
|
|
|
|
|
|
bidacool posted on 9-6-2013 01:47 PM
So?
Ada aku kesah ko anak luar nikah ke apa?
Mmg ada org mental pprt..... asal anak luar nikah je ...
setuju sangat ngan bidacool....ape la dok korek salah org....nak cari aib org....jaga diri sendiri dah le...x perlu ada status 'anak x sah taraf @ luar nikah' sbb yg dilahirkan sah tarafnya pun berlambak yg serupa iblis....what are you trying to say man!!!! adoi....cari la mende lain yg bleh org discuss....
|
|
|
|
|
|
|
|
djaman jupun mana ada pprt lagi |
|
|
|
|
|
|
|
didikan tu yg penting...ada jer aku tengok kawan2 aku ada ambik anak angkat yg tak sah taraf nie...elok jer di beri pendidikan agama n dunia...siap dah hafaz separuh al quran dah...kawan aku yg mengutuk kawan aku yg sorang lagi ambik anak angkat tak sah taraf kata anak nie tak bgs nanti jadi jahat ler per la...tengok2 anak dia ponteng sekolah...selalu lar kawan aku n isteri dia kene panggil gan cikgu2 sekolah...anak dia buat perangai...al-quran pun tak khatam lagi...jadi kesimpulannye...anak2 tak salah...ibu bapa atau penjaga yg bertanggung jawab mendidik anak2 tersebut...di corakkan putih jadi lar putih...di corakkan hitam jadi ler hitam... |
|
|
|
|
|
|
|
tak perlu kecoh, kalau kita jaga dgn elok, elok la jadinya, tak kira la apa taraf dia...
bukan salah dia pun, kita sbg parents yg kena buat strategic thinking sikit.
tak perlu nak ungkit-ungkit asal-usul dia, sama je asal -usul dia dgn kita, makhluk Tuhan juga.
on the same note, aku nak tanya, boleh dak kita nak amik anak yatim kat rumah anak-anak yatim
untuk kita jaga ek? maksud aku, amik terus...bukan baby le, yg dah besar...
kalau ada sesapa yg tahu, please let me know...tq |
|
|
|
|
|
|
|
yayaji posted on 26-6-2013 06:16 PM
tak perlu kecoh, kalau kita jaga dgn elok, elok la jadinya, tak kira la apa taraf dia...
bukan sala ...
boleh kot...kene bincang gan pihak rumah anak2 yatim lar...tah ler cuba tipon tanye...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|