CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2558|Reply: 2

Ibu kurung anak sakit mental!

[Copy link]
Post time 24-6-2013 07:28 PM | Show all posts |Read mode
Ibu kurung anak sakit mental!
By Siti Manisah Ngalim
Seorang ibu dilaporkan telah mengurung anak lelakinya yang menghidap sakit mental selama lebih satu abad. Ikuti kisahnya serta perbincangan tentang penjagaan anak-anak yang menghidap sakit mental.

Seorang ibu dilaporkan telah mengurung anak lelakinya yang menghidap sakit mental selama lebih satu abad!


Pada 27 Mei yang lalu, saluran berita Sky News melaporkan seorang ibu berusia 74 tahun telah mengurung anak lelakinya yang dipercayai sakit mental dalam sebuah kurungan selama lebih satu abad di Kampung Lijiachong daerah Ruichang, China.
Keputusan itu diambil apabila Wu Yuanhong, kini 28 tahun, memukul seorang remaja berusia 13 tahun sehingga mati ketika beliau sendiri berusia 15 tahun dan disahkan mengidap schizophrenic.
“Untuk mengurung dia dalam kurungan dengan tangan sendiri adalah amat sukar, seperti ditikam dengan pisau. Setiap kali saya memberi makan, saya akan duduk dekat kurungannya dan menangis. Sekarang, air mata saya telahpun kering” luah siibu.
Ramai lagi pesakit mental di China tidak mendapat rawatan sepatutnya kerana kekurangan sumber dan ahli profesional bertauliah, terutama di luar bandar.
Menurut Kementerian Kesihatan China, dalam tahun 2010 hanya terdapat sekitar 20,000 ahli psikiatri bagi menampung keperluan 1.35 bilion penduduk. Dianggarkan dalam tahun 2009, sebanyak 170 juta orang menghidap sakit mental manakala 16 juta merana sakit mental yang teruk.
Kes serupa dan tidak
Di Malaysia, pada 3 September 2011, seorang ibu di Kampung Gong Manak daerah Cherang Ruku, Kelantan dilaporkan oleh Harian Metro telah mengurung anak lelakinya di sebuah bangsal kerana bimbang akan mengamuk dan bertindak ganas. Selepas kematian suaminya, beliau tidak mampu mengawal anaknya yang mengidap penyakit misteri sejak berusia 21 tahun.
Walaupun dimarahi dan dihina penduduk setempat, Puan Rokiah Majid yang ketika itu berusia 57 tahun memekakkan saja telinga kerana hanya dia lebih mengetahui penderitaan anaknya itu.
Lain pula kisahnya di Kansas City, USA. Pada 24 Jun 2012, seorang ibu telah dipenjarakan kerana mengurung anak perempuannya berusia 10 tahun dalam almari tanpa membenarkan dia keluar untuk makan, tidur atau ke bilik air.
Beliau hanya seberat kira-kira 14kg ketika ditemui dan terdapat beberapa kesan luka pada badan. Tiada siapa tahu tentang anak sulung Jacole Prince, 29 sejak mereka tinggal di situ.
Menurut kanak-kanak tersebut, almari itulah bilik tidurnya. Dia tidak dibenarkan makan bersama ibu dan kedua-dua adik perempuannya atau bermain bersama mereka. Beliau juga telah tidak dibenarkan keluar dari almari tersebut selama 2 hari dan sentiasa dipukul kerana terkencing dalam seluar.
Yang pahit ditelan
Masyarakat umum agak asing dengan pendidikan pesakit mental. Mencari maklumat berkaitan penjagaan pesakit di kalangan kanak-kanak juga agak mencabar. Kajian terdahulu hanya dilakukan terhadap pesakit dewasa kerana simptom yang ditunjukkan seringkali disalahanggap sebagai perangai buruk kanak-kanak.
Atas kesedaran bahawa pesakit dewasa ada yang mengidapnya sejak lahir, kajian mula dijalankan bagi memahami apa yang normal dan tidak pada kelakuan kanak-kanak. Namun, umum mungkin tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya melainkan mengurung dan mengasingkan mereka.
Panduan menjaga anak sakit mental
Bagi anak-anak pesakit mental, tiada penjagaan khas yang berbeza daripada anak-anak normal. Jika anda mengambil keputusan untuk menjaga sendiri, anda harus sentiasa sedar hakikat keadaan mereka agar dapat berinteraksi dan memberi reaksi yang betul dan rasional.
1. Halusinasi dan delusi tiada kaitan langsung dengan realiti. Tidak membantu jika anda berbincang dengan mereka untuk ‘mengeluarkan’ mereka daripada ‘kepercayaan’ itu.
2. Sakit biologikal ini tidak boleh ‘dibetulkan’ seperti penyakit kencing manis atau kemurungan. Namun menangani komplikasi sosial anak-anak dapat membantu.
3. Akui keberanian dan kekuatan anak-anak yang ditunjukkan apabila mereka berhadapan dengan gangguan mental.
4. Memahami fakta tentang gangguan mental dapat membina perasaan belas kasihan dan kasih sayang terhadap mereka. Mintalah maklumat lanjut yang tepat daripada pakar.
5. Simptom yang datang disebabkan gangguan akan berubah mengikut masa dan keadaan. Ini membuatkan jangkaan terhadap mereka satu cabaran – pastikan anda sentiasa fleksibel.
Heiddi Zalamar, seorang kaunselor kesihatan mental berkongsi 3 tip ketika menghadapimood pesakit mental yang kurang baik. Beliau juga ibu kepada seorang kanak-kanak pesakit mental.
1. Tarik diri daripada situasi tersebut, bukan secara fizikal tetapi emosi. Mereka kadangkala berkelakuan menjengkelkan dan akan membangkitkan kemarahan anda jika anda benarkan.
2. Mereka mungkin menggunakan perkataan yang kurang baik untuk menyakiti, tetapi anda tidak perlu lakukan perkara sama. Ia hanya akan memanjangkan perkara negatif dan menjadi tidak produktif.
3. Pilih perkataan dengan baik ketika memberikan reaksi. Anak-anak ini sangat sensitif walaupun terhadap kritikan yang membina. Perkataan yang betul dapat menghentikan sikap negatif dan membantu mereka mengambil sikap positif.
Sebagai penjaga, kesihatan anda amat penting. Dapatkan makanan bernutrisi dan rehat yang cukup serta sokongan spiritual dan keagamaan. Perkongsian dalam kumpulan sokongan juga terbukti membantu dan memberikan semangat kepada ramai penjaga, kerana ia dapat mengurangkan perasaan terasing dan tertekan.
Laporkan kes dera
Jika anda mengetahui tindakan mengurung anak sebagai satu deraan dan bukannya disebabkan sakit mental, segera laporkan kepada salah satu antara berikut:
• Talian teledera: 1 800 88 3040
• Talian Nur: 15999
• Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran
• Mana-mana ahli Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak / Pusat Aktiviti Kanak-Kanak di kawasan berlakunya penderaan
• Hospital berhampiran


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2013 05:50 PM | Show all posts
kalau kurung elok mandi bagi makan takpe..kalau dah mental tu takot ngacau orng..orng pun takot
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2013 02:18 PM | Show all posts
dkt kg MIL ade je mak pak kurung orang camnih sbb dia tak leh nampak org pompuan...kalu terlepas kuar,jmpa pompuan abih dia tanggal baju seluar semer...jadik dia kene kurung je arr ...MIL ckp orangnya bleh tahan hensem tapi tu lah! kehendak Allah!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.493545 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list