View: 3985|Reply: 10
|
Selangor juara Sukma XVI, sekat dominasi Terengganu
[Copy link]
|
|
Kontinjen Selangor bersorak selepas diumumkan juara Sukma XVI Kuala Lumpur pada majlis penutup temasya itu di Stadium MSN, Bukit Jalil, malam tadi.
KUALA LUMPUR - Selangor berjaya menyekat dominasi Terengganu apabila muncul juara Sukan Malaysia XVI yang melabuhkan tirainya semalam dengan kejayaan meraih sebanyak 23 emas, 17 perak dan 30 gangsa.
Terengganu yang menjuarai edisi 2008, 2010, 2011 serta 2012 berada di tempat kedua dengan perbezaan empat emas.
Wilayah Persekutuan pula di tempat ketiga dengan 15 emas 20 perak dan 27 gangsa.
Lebih menarik, gimnas Selangor. Daniel Iskandar Richard dari acara gimnastik artistik dinobat Atlet Lelaki Terbaik selepas meraih tiga emas dalam disiplin keseluruhan individu, keseluruhan berpasukan dan kekuda berpelana.
Dia juga telah meraih dua perak dalam acara melombol dan palang tunggal.
Sementara Esmelda Arecia Menti Alfred Geling dari Sarawak pula dirai sebagai Atlet Wanita Terbaik dan kedua-dua atlet tersebut telah menerima trofi dan RM1,000 yang disampaikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Esmelda yang telah pun pulang ke negeri kelahirannya, Sarawak terpaksa diterbangkan semula ke Kuala Lumpur, semalam.
Dia meraih dua emas dalam aparatus melombol dan batan titian.
Gimnas berusia 13 tahun itu telah meraih tiga perak bagi disiplin berpasukan keseluruhan, palang bertingkat dan senaman lantai.
Dia juga telah memenangi satu pingat gangsa bagi disiplin keseluruhan individu.
Bendera temasya yang telah diturunkan kemudian diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sukan Malaysia XVI, Datuk Seri Zolkples Embong sebelum diberikan kepada Khairy yang kemudiannya memberikan kepada Menteri Besar Perlis, Azlan Man sebagai wakil tuan rumah Sukan Malaysia XVII di Perlis tahun depan.
Sementara itu, timbalan Ketua Kontinjen Selangor, Amiruddin Shari berkata, hasil kejayaan kontinjen itu adalah usaha berterusan Majlis Sukan Negeri dan persatuan sukan negeri Selangor.
"Kita berjaya merampas kembali kejuaraan dengan membuktikan pembangunan sukan di Selangor masih bagus," katanya.
Last edited by gagakbiru on 8-7-2013 02:29 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
terengganu balik kampung tangkap ikang leeeeeeeee!!!!!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Sukma kat KL bosan banyak sukan tak glamer je main takde raja pecut nak cari sehebat Watson Nyambek |
|
|
|
|
|
|
|
tiap2 tahun buat sukma...dah jadi bosan la sukan tu...kena buat 2 thn skali....baru nampak meriah... |
|
|
|
|
|
|
|
dah hbis ke sukma nya? alahai sendunya...tak sempat nak tgk dah habis..hahahaah |
|
|
|
|
|
|
|
eco_internet posted on 8-7-2013 02:16 PM
tiap2 tahun buat sukma...dah jadi bosan la sukan tu...kena buat 2 thn skali....baru nampak meriah...
tula kalo 2 thn sekali baru meriah..ermm senduu la kalo acara pecut pon xde..aku tertengok acara silambam pon hada hadoii kelakar
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu lah, 2 tahun sekali ok la, ini tiap2 tahun... n sukma kecik ni mesti buat kat selangor..apekehell... |
|
|
|
|
|
|
|
silambam tu aku tak paham langsung...sukan ape ekk??? Sukan zaman budak2 ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
eco_internet posted on 8-7-2013 02:45 PM
Itu la...tgk kat tv hari tu, acara silambam pun ada..kaum tu je....kekeke...
pestime tgk acara simbam gitu ke mainnya..setiap org ada kayu panjang mcm dayung sampan pastu lawan touch2 ke cane xtahu la
|
|
|
|
|
|
|
| |
|