CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 195355|Reply: 80

Petua Untuk Buang Angin Dalam Badan (bukan main kentut je)

[Copy link]
Post time 15-7-2013 01:13 PM | Show all posts |Read mode



Kentut/buang angin buat bodo


Apakah sebenarnya gas atau angin dalam badan?

Gas yang terdapat dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal selalunya mengandungi gas yang tidak berbau seperti oksigen, nitrogen, karbon dioksida, hidrogen dan metana. Ia mengandungi 99% gas buangan dalam usus. Komponen kecil "flatus" atau gas yang keluar melalui dubur, boleh dikaitkan dengan bau yang tidak menyenangkan mungkin disebabkan gas yang mengandungi sulfur. Ia biasanya dilepaskan oleh bakteria yang sememangnya ada dalam usus besar.

Gas atau angin di dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) datangnya dari 2 sumber iaitu, udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat di hadam dengan baik dalam badan kita.

Apa yang boleh dilakukan jika badan banyak angin?

1. Ubahlah apa yang anda makan dan minum. Ini kerana ia boleh membantu mencegah atau membuang angin dalam badan. Jika anda merasakan dalam badan anda banyak angin di dalam badan, anda mungkin mahu melakukan perkara berikut sebelum mengambil keputusan untuk berjumpa doktor. Kurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan angin. Jumlah gas yang disebabkan oleh sesetengah makanan berbeza setiap orang. Cara yang terbaik untuk mengetahui batasan anda ialah melaui ujian yang boleh dilakukan sendiri.

Berikut adalah makanan yang
menyebabkan angin dalam badan:

a. Kacang
b. Sayuran seperti brokoli
c. Kobis
d. Taugeh
e. Bawang
f. Asparagus
g. Buah-buahan seperti pear, epel dan peach
h. Bijirin seperti roti gandum
i. Minuman ringan dan jus buah
j. Susu dan produk daripada susu dan keju

1. Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.
2. Banyakkan minum air kosong.
3. Kurangkan udara yang anda sedut.
4. Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.
5. Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah.

Petua Tradisional Untuk Buang Angin Dalam Badan

1. Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.
2. Hiris bawang putih nipis-nipis.
3. Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.
4. Minum ramuan ini sebulan sekali

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2013 09:31 AM | Show all posts
x suke bawang putih... hohohoh.. cam no nk minum...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 09:46 AM | Show all posts
tu la aku pon tak suak bawang putih
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 10:05 AM | Show all posts
ada petua lain tak selain bawang putih?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2013 11:07 AM | Show all posts
manganini posted on 17-7-2013 10:05 AM
ada petua lain tak selain bawang putih?

halia.. la kut
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 11:16 AM | Show all posts
WIFEY_KETIAK posted on 17-7-2013 11:07 AM
halia.. la kut

oo ye ke.. tq.. halia okey sikit.. bawang putih tu, tak busuk ke mulut...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2013 11:16 AM | Show all posts
nak cuba la nanti..  betul mujarab ke eh..  
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 12:01 PM | Show all posts
Ha'a la... sejak berhenti mkn 'garlic' ni perut mcm2 problem... lebih2 bulan puasa ni... bnyk angin...
Nak start mkn semula... U all klo nak mkn.. kan ada yg kapsul punya... x de la derita nak telan...
Murah je... Kat guardian ada...

Balik kije nak beli arr... tq TT remind sy semula about it...
Nak share artikel pasal garlic...


Cantik Dan Sehat Dengan
10 Manfaat Bawang Putih
1.    Mengeluarkan Racun Tubuh
Sehari-hari tubuh ternyata dapat terkena racun baik dalam jumlah kecil seperti saat anda keluar rumah dan terkena asap dan radiasi matahari yang berlebihan. Dengan jus bawang ini, racun dalam tubuh anda akan segera keluar.
2.    Menjaga Kesehatan Jantung
Menjaga Jantung dapat rutin mengkomsumsi bawang ini. Dengan kandungan Sulfida yang dapat membuat LDL atau yang lebih dikenal dengan kolesterol jahat turun dan menjauhkan diri dari penyakit kardiovaskular.
3.    Baik Untuk Penderita Diabetes
Dengan memakan bawang ini beberapa suing dapat menambah tingkat insulin di darah anda.
4.    Meningkatkan Kekebalan Tubuh
Dengan senyawa anti jamur atau Allicin yang terdapat dalam bawang ini membantu dalam imun tubuh dan menjaga dari infeksi.
5.    Untuk Kesehatan Telinga
Jika anda menderita radang dan infeksi telinga dapat mencoba beberapa tetes minyak bawang ini.
6.    Menjaga Kesehatan kulit
Dengan keluarnya racun dalam tubuh menjadikan kulit lebih cerah dan bersinar.
7.    Menghindari Sembelit.
Jika anda suka makan makanan yang berlemak dan daging, anda dapat mengkomsumsi bawang ini dengan dipotong kecil-kecil dan langsung ditelan untuk mencegah sembelit.
8.    Mengatasi Flu Dan Mengeluarkan Dahak
Sup yang dimasak bersama bawang ini dapat mengencerkan dahak dan menyembuhkan flu, pernapasan anda akan lebih baik.
9.    Membantu Proses Penyembuhan Patah Tulang
Dengan minyak bawang dapat dioleskan pada tangan atau bagian tulang yang retak.
10.    Mengobati Jerawat

Last edited by nist02 on 17-7-2013 11:40 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2013 12:43 PM | Show all posts
Khasiat Bawang Putih

KHASIAT BAWANG PUTIH SECARA SAINTIFIK PENCERNAAN

Bawang putih membantu pencernaan dan menambahkan nafsu makan.Apabila dimakan mentah, bawang putih meransang perembesan air liur. Ia meluaskan tindakan pepsin (satu enzim yang membantu mencerna protein) dan menaikkan tahap asid hidroklorik di dalam perut. Ia juga meningkatkan perembesan cecair usus dan meluaskan tindakan enzim yang mencerna karbohidrat. Selain itu, bawang putih mengandungi banyak serat diet, vitamin B1, vitamin C dan baunya yang istimewa meransang nafsu makan kebanyakan individu.

Mengurangkan risiko angin ahmar
Bawang putih mampu penghasilan oksida nitrik pada dinding saluran darah  yang membantu untuk mengembang dan mengawal tekanan darah dengan baik  bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan angin ahmar.


Bertindak sebagai anti bakteria dan antivirus
Sejenis bahan iaitu allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini  bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa  mikrobakteria. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan  influenza dan sebagainya.


Mengandungi banyak iodin
Bawang putih mempunyai kandungan iodin yang tinggi yang baik untuk pesakit hypertiroid.

Dapat tingkatkan sistem imunisasi
Kajian mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak dua hingga  tiga ulas sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah  putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

PENYAKIT KARDIOVASKULAR
Bawang putih merendahkan tahap lipoprotein yang 'jahat' contohnya LDL, VDL di dalam darah. Ia juga meningkatkan tahap lipoprotein yang baik contohnya HDL di dalam darah dan menyekat pengumpulan darah. Ini bermakna penggunaan bawang putih yang berterusan boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular atau penyakit jantung.

BARAH
Bawang putih menyekat pembahagian dan pertumbuhan sel darah di bahagian seperti kolon, hati, buah pinggang, kulit, esofagus, perut, pundi, buah dada dan serviks. Pati bawang putih boleh mengurangkan ketoksikan siklofosfamida, sejenis ubat yang digunakan dalam rawatan barah.

FUNGSI ORGAN
Apabila bawang putih dimakan mentah, dialil sulfida membentuk hidrogen sulfida di dalam badan. Ini dikumuh melalui paru-paru iaitu tempat antibiotik dan tindakan ransangan berlaku. Melalui saraf spina dan vagus, hidrogen sulfida meransang pelbagai organ, menggalakkan peredaran darah dan memperbaiki metabolisme.

TAHAP GULA DALAM DARAH
Bawang putih mengawal tahap gula dalam darah dengan berkesan. Ini amat penting bagi memastikan tiada gula berlebihan dalam badan. Apabila tahap gula berlebihan dalam tubuh , individu tersebut mudah dijangkiti pelbagai penyakit dan penyakit yang paling digeruni ialah kencing manis.

KEMUDARATAN BAWANG PUTIH
Seperti juga dengan benda-benda yang lain, bawang putih mempunyai kesan sampingan sekiranya diambil secara berlebihan. Ini termasuklah:
1) Meransang mukosa pencernaan
2) Muntah, 'dysentery', anoreksia nervosa
3) Hilang berat badan, merencatkan pertumbuhan
4) Anemia
5) Dermatitis

**Oleh itu sajian bawang putih yang dicadangkan dan dos yang dicadangkan:

  Tidak kurang dari 5g bawang putih mentah setiap hari, atau
  Tidak kurang dari 0.5ml jus bawang putih setiap hari setiap kg berat, atau
  Tidak kurang dari 300mg serbuk bawang putih setiap hari.
Dalam zaman yang serba canggih kini, khasiat bawang putih boleh diperolehi dalam bentuk tablet. Terdapat pelbagai syarikat pengeluar makanan tambahan mengeluarkan tablet bawang putih ini. Ia mudah didapati di pasaran dengan harga yang berpatutan. Antara pengeluar kapsul bawang putih yang terkenal ialah Nutrilite, Cosmos, 21st Century dan banyak lagi.

Last edited by nist02 on 17-7-2013 11:48 AM

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 01:23 PM | Show all posts
nist02 posted on 17-7-2013 06:01 AM
Ha'a la... sejak berhenti mkn 'garlic' ni perut mcm2 problem... lebih2 bulan puasa ni... bnyk angin. ...

nk try la jgk produk ni..brapa sbotol ni?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 01:25 PM | Show all posts
sy pn byk angin dlm bdn.g berurut pon tukang urut tu yg berlahak kuar angin.hehe.lps minum air halia kurang skit rs.. nk try kapsul bwg putih plak laa.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 03:07 PM | Show all posts
manganini posted on 17-7-2013 11:16 AM
oo ye ke.. tq.. halia okey sikit.. bawang putih tu, tak busuk ke mulut...

yup..halia...sbb ai mmg amalkan .selalu pening kepala sbb byk angin...tumbok halia seebesar ibu jari..tak perlu sampai lumat agak2 dah penyek masukan air panas then minum airnya...sure meletop2 kentut n sendawa pastu....
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 04:16 PM | Show all posts
lipan_bara posted on 17-7-2013 12:23 PM
nk try la jgk produk ni..brapa sbotol ni?

Tak silap Rm25 keatas kot... satu botol besar den dpt satu botol kecik sikit... try la... kat guardian ada...

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 08:24 AM | Show all posts
saya pun ade masalah angin..kepala slalu pening..perut sebu..pastu start ambik garlic pills (brand safwa)..sebijik sehari..rase bdn ok..try lah..kat farmasi ade je garlic pills nie..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 10:03 AM | Show all posts
Semlm sempat pergi beli.. sy pun masalah gastrik..lg ni puasa2... makanan yg dimakan pun ley sbb angin.. lg tambah perut problem... smlm mkn garlic... hari ni buang air pun lawas.. perut rasa sedap sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 10:28 AM | Show all posts
3. Kurangkan udara yang anda sedut.

macammane nak buat eh???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2013 10:20 AM | Show all posts
cammie1711 posted on 18-7-2013 10:28 AM
3. Kurangkan udara yang anda sedut.

macammane nak buat eh???

Aku pon rasa kelakar dengan suggestion yang satu nih.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2013 11:58 PM | Show all posts
selalu pompuan byk gak anginya
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2013 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat yoga... Ade basic step yg lepas buat sure bdn ringan atau terus buang angin.... ATAU  minum coke... ATAU makan panadol.... Ni cara kalo angin dah attack badan la.. Better cegah sebelum kena... :-)
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 07:59 AM | Show all posts
Jamu Herba Permaisuri juga bagus untuk membuangkan angin dalam badan...anda boleh lihat perang angin akan berlaku...beberapa hari pas consume...best je bila angin tu kuar

p/s : lagi banyak angin dalam badan, lagi banyak la yang kuar... ringan je badan pastu..











Last edited by ny_herbs on 25-3-2014 06:45 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.323271 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list