View: 13096|Reply: 78
|
Geng Kembara Seksyen 9
[Copy link]
|
|
nak wat citer baru ea?? x sabar nak tunggu....
|
|
|
|
|
|
|
|
#1
Alarm dari handphone Suri berbunyi kuat. Aku tegakkan telinga. Rutin Suri, kalau hari dia berkerja, dia memang suka set alarm 15 minit sebelum pukul enam. Tapi, Suri pun tidaklah bangun ngam-ngam pukul 5.45. Dia snooze kan alarm tu sampai terlajak lima sepuluh minit. Pernah sekali, Suri salah tekan butang. Terus alarm tu tak berbunyi. Apalagi, macam lipas kudung Suri bersiap pergi kerja. Sejak hari tu, aku yang jadi tukang kejut Suri bangun tidur.
Aku nampak tangan Suri capai handphone yang kat sebelah katil. Haa..kan betul! Suri snooze kan alarm tu. Jadi, aku dengan segala hormatnya menjalankan tugas.
Suri…bangun!
Pipi Suri aku tepuk dengan kaki kanan.
Bangunlah. Dah pukul enam…
Aku nampak Suri buka mata dia.
“Ala Kat…ngantuk lagilah” Suri menguap. Mata dia terpejam balik.
Bangun. Nanti lambat pergi kerja.
Kali ni, aku sondol pipi Suri dengan kepala…sampai dia bangun.
“Okay..okay…akak dah bangun…” Suri memang bahasakan diri dia akak dengan aku. Suri duduk atas katil, menggeliat sikit. Mata dia kuyu lagi.
“Akak malaslah nak pergi kerja hari ni”
Walaupun Suri kata dia malas nak pergi kerja hari ni, dia bangun juga pergi bilik air. Aku sengih. Bila kelibat Suri dah tak ada, aku pulak yang ganti tempat Suri atas katil. Aku pejam mata perlahan-lahan.
Bestnya tidur….
20 minit lepas tu, aku terjaga lagi. Tapi, cuma mata yang terbuka. Nak bangkit dari katil, aku malas. Jadi, aku perhatikan aje Suri bersiap nak pergi kerja. Gosok baju kurung, gosok tudung, pakai baju, pakai tudung, letak bedak atas pipi, letak gincu, entah apa-apa lagi yang dia calit atas muka.
Urrghhh…tak leceh ke Suri oi?
“Okay tak?” Suri tanya aku.
Okay je.
Suri senyum kat aku, tapi aku buat tak tahu. Mata ni macam makin kuyu pulak.
“Kat...jom” Aku dengar Suri panggil. Dia dah buka pintu bilik.
Yeay! Boleh keluar!
Aku bangkit dari katil.
One, two three…stretch! |
|
|
|
|
|
|
|
Dah puas menggeliat sambil menguap, aku terjun dari katil. Aku lalu tepi Suri sambil meleset kat kaki dia.
“Manjanya…” Tegur Suri sambil senyum.
Mestilah!
Suri usap-usap kepala aku. Sayang betul dia kat aku. Suri keluar bilik, aku pun ikut keluar bilik.
“Morning Su!” Aku dengar suara orang tegur.
“Morning…” Suri balas.
Ha…yang itu Kim. Kawan serumah Suri. Kim memang cantik. Pakaian dia sangat ‘up to date’ dan ranggi. Cakap pun ada slang Oh My English! Memang vogue habis. Daripada baju, beg tangan, spek hitam, semua branded. Tapi aku tahu, walaupun barang-barang Kim branded, kebanyakannya tiruan.
Aku tak buat fitnah tau. Macam mana aku tahu itu adalah tiruan? Kadang-kadang, kalau aku bosan, aku masuk bilik Kim..usha-usha barang dia. Beg LV dia tu ada tulis ‘Made in China’.
Orang cakap, rupa Kim ada iras-iras Kim Kardashian. Aku selalu tengok Kim, nak cari tang mana yang ‘Kardashian’nya tapi sampai sekarang tak jumpa-jumpa.
Dalam rumah ni, ada tiga bilik. Maknanya ada tiga penyewa. Err…termasuk aku, empatlah. Tapi aku tak bayar sewa jadi aku bukanlah kategori penyewa rumah ni. Lagipun, aku selalu tidur dalam bilik Suri.
“Isk…jauh sikit”
Cis! Tak ada sivik!
Kim tolak aku pakai kaki. Kuat pulak tu. Kim memang tak berapa suka dengan aku. Allergic konon! Tapi, dia punya tak berapa suka tu, dah macam tahap benci sangat-sangat. Kalau Suri tak ada, dia suka marah-marah aku. Kadang-kadang, halau aku pakai penyapu. Aku bukan buat apa pun, masuk bilik dia je. Yang dia tak tutup pintu bilik rapat-rapat, siapa suruh?
Oh..lupa nak bagitau. Nama betul Kim, Kemisah Binti Desa. |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe..kemisah binti desa..desa cm nm atok i |
|
|
|
|
|
|
|
Check-in....watak utama ni tucen ke?....meowwww...zasss....
|
|
|
|
|
|
|
|
“Assalamualaikum” Aku toleh pada yang beri salam.
Waalaikumussalam.
“Waalaikummusalam” Aku dengar Suri dengan Kim jawab.
Yang ni pulak.. nama dia Mel.
Tak..nama betul dia bukan Jamilah. Nama betul Mel, Melati Zaharah. Aku rasa, emak si Mel ni mesti peminat artis-artis zaman 60-an dulu macam Rose Yatimah, Siti Tanjung Perak tak pun Siput Sarawak. Sebab itu nama Mel ala-ala klasik.
“Kau tak kerja, Mel?” Aku dengar Suri tanya.
“Aku cuti hari ni” Mel jawab. Lepas tu, aku dengar dia orang berbual-bual sesama dia orang. Aku malas nak join. Lagipun aku tahu, sekejap lagi Suri dengan Kim keluar pergi kerja. Jadi, aku pun pergi ruang tamu, panjat sofa dan baring lagi.
Bestnya tidur…
Mata aku terpejam lagi.
Kletak!
Mata aku terbukak balik. Si Mel rupanya. Dia baru je letak laptop atas meja depan sofa. Sebelah tangan dia ada piring. Dalam piring tu ada enam keping biskut chipsmore mini. Aku usha je biskut chipsmore mini tu…coklat chip...coklat chip...coklat chip...
“Nah…” Mel letak sekeping chipsmore kat hujung piring. Macam faham je…
Sayang Mel!
Mel usap-usap kepala aku masa makan chipsmore. Mel pun baik, tak macam si Kim. Huh!
Lepas tu, aku tengok Mel sibuk dengan lap top dia. Dia bukak Facebook, update status ‘Hari ni cuti..yeay! Nak buat apa ya?’ Tak sampai lima saat lepas tu, aku tengok ada 15 ‘Like’.
Aik..Update status hari ni cuti pun dapat ‘Like’ sampai 15?
Aku tengok aje Mel dengan Laptop. Sekarang ni, dia bukak Forum Cari pulak..bahagian gossip. Mel ni suka betul baca gossip. Artis kegemaran dia, Redza Shah Azmeer. Eh…kejap… Redza tu artis ke?
Aku teman Mel baca forum sampai aku tertidur balik. Tapi aku rasa, tak sampai setengah jam aku tidur, aku terdengar bunyi lagi. Aku bukak mata, pandang tingkap depan. Aku nampak ada kaki warna oren kusam tergapai-gapai kat situ. Hhmmm… sampai dah. |
|
|
|
|
|
|
|
“Kat…Kat!” Aku malas nak menyahut. Aku tau, dia mesti masuk juga.
“Kat” Aku angkat kepala. Bobo dah pun masuk ikut tingkap. Aku pandang Mel kat sebelah tapi dia macam tak perasan Bobo dah masuk.
“Kat…mangkuk kau penuh tak?” Tanya Bobo. Wajahnya penuh dengan pengharapan. Aku angguk je. Bobo sengih, terus jalan ke dapur. Makan Friskies aku lah tu.
Sementara tunggu Bobo makan, aku pergi bilik air, nak buang hajat. Aku dah lama tinggal dengan Suri, sejak umur aku empat bulan. Awal-awal lagi, Suri dah bagi training aku untuk buang hajat dalam bilik air. Masa mula-mula tu, seksa juga. Manalah aku tau macam mana nak buang air dalam jamban?! Tapi Suri rajin, dia tak pernah putus asa dengan aku. Akhirnya, aku berjaya jadi kucing yang pembersih – kalau nak buang air mesti dalam jamban. Siap flush lagik!
Masa keluar dari bilik air, aku bertembung dengan Bobo.
“Thanks Kat” Bobo keluar dapur sambil jilat mulut. Kenyang sangat le kot. Aku angguk je.
“Tuan kau tak kasi makan lagi?”
“Tak” Senang je Bobo jawab. Aku pun pelik dengan Bobo ni. Kata ada tuan, tapi macam tak ada. Dia selalu habiskan Friskies aku. Kadang-kadang, Suri merungut. Dia kata aku kuat makan. Suri tak tahu yang Bobo selalu tumpang makan kat sini.
“Jom keluar!’ Ajak Bobo. Aku angguk. Aku bangun, pandang Mel kat sebelah. Tapi Mel macam tak perasan pun apa yang aku buat. Tak apalah. Dia sibuk berforum.
Aku lompat, panjat tingkap, terus keluar. Bobo ikut dari belakang.
“Apa agenda kita hari ni?” Aku tanya Bobo.
“Macam biasalah…” Bobo jawab.
Aku jalan saing dengan Bobo, keluar dari sini.
Eh…jangan nak gossip aku dengan Bobo. Betul…kami cuma berkawan baik!
Inilah kawasan tempat tinggal kami – Seksyen 9. Dalam Seksyen 9, ada dua buah taman perumahan dan satu kawasan pangsapuri. Aku tinggal di taman nombor dua - Taman Pelangi. Bobo pulak tinggal kat pangsapuri - Apartment Sri Bulan.
“Kita pergi Sri Bulan” Ajak Bobo.
“Buat apa?”
“Kita jengah Maman nak?”
“Maman?”
“Haah. Kesian aku tengok dia. Semalam dia kena lagi…”
“Kena apa?’
Bobo diam. Tapi, aku rasa, aku dapat agak…
Kesian Maman! |
|
|
|
|
|
|
|
comel la plak..kucen urban..tau plak Fb ,porem bagai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya suka saya suka!
Kalau DreamWorks tak minat, harap2 Walt Disney buka mata. Paling koman pun Animonsta Studios sila usha2
gurau jekkkk... |
|
|
|
|
|
|
|
saya abang baru tumpang membaca |
|
|
|
|
|
|
|
bobo dan kat
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_conan posted on 25-7-2013 01:53 PM
bobo dan kat
bobo , kat..posa2 ni jgn nk mgedik sangat... |
|
|
|
|
|
|
|
Bgus nicki...lain dr yg lain |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|