CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11165|Reply: 24

EDISI BELACAN : Pelbagai teknik membuat sambal belacan

[Copy link]
Post time 30-7-2013 11:36 AM | Show all posts |Read mode
Sambal Belacan Pujuk Mertua
(resepi istimewa dari keluarga Ai.. )

250 gram cili api, cili padi, cili rawit, cabai burung, lada jarum atau lada tunggeng (jangan dibuang biji & tangkai)
250 gram cili merah Cameron Highland
250 gram belacan Melaka, Belacan Penang, Belacan Bintulu atau Belacan Sabah (terpilih kerana kualiti udang geragaunya)
Satu cawan air Asam Jawa segar dari negara Thailand (Bakham Somkham)
Dua sudu teh gula
Dua sudu minyak masak
Dua labu bawang putih
Sedikit garam


1. Panaskan kuali dengan dua sudu minyak minyak
2. Goreng belacan sehingga hancur lebih kurang (3-5 minit)
3. Goreng dua labu bawang putih yang dilecet
4. Gaul belacan yang digoreng dengan  satu cawan air asam jawa dan gula ... biarkan mendidih 10 minit.
5. Kisar cili api + cili merah sehingga 80% hancur
6. Masukkan air asam jawa yang dicampur belacan ke dalam pengisar
7. Kisar 2-3 minit sehingga hancur.
8. Garamkan secukup rasa dan hidang bersama keropok goreng atau timun / sengkuang / ulam / etc.


Jangan makan berseorangan, ajak mak mertua makan sekali ye...

... cubelah.



Last edited by AILIOMLELE on 30-7-2013 11:41 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2013 11:45 AM | Show all posts
pujuk mertua???? dalam maksodnya tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 11:47 AM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 30-7-2013 11:45 AM
pujuk mertua???? dalam maksodnya tu

Tu kena suruh Farid Kamil ajak mak mertua makan sekali......sambil dicabai cabainya muut si Farid tu.....baru la sedap
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 12:02 PM | Show all posts
Bukan main spesifik lagi kau. Mesti kene ambik kat thailand kap kun kap ke? Mesti cameron highland punya ke? Kalau dari Mexico City buleh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2013 01:35 PM | Show all posts
PostBanhammer posted on 30-7-2013 12:02 PM
Bukan main spesifik lagi kau. Mesti kene ambik kat thailand kap kun kap ke? Mesti cameron highland p ...

Sedikit fakta tentang cili ....
kredit -> http://pertubuhanpeladang.com.my/sgketereh/index.php?option=com_content&view=article&id=106&Itemid=144


Tahukah anda cili yang paling pedas di dunia?

Jawapannya ialah cili Bhut Jolokia yang berasal dari Assam, India. Ia juga dikenali dengan nama “Ghost Chile”. Mungkin kerana cilinya yang pedas membuatkan anda naik hantu.. Cili ini juga telah diisytiharkan di dalam Guiness World Records. Cili ini mempunyai kadar kepedasan lebih daripada 1,000,000 capsaicin.


Tahukah anda, bagaimana kadar pedas diukur? Biarlah saya beri jawapan. Kadar pedas diukur menggunakan skala Scoville Heat Unit (SHU) dengan nilai antara 0 - 2,000,000. Skala Scoville merupakan ukuran jumlah capsaicin yang terdapat dalam cili. Dalam erti kata lain, Capsaicin merupakan bahan kimia yang mampu memberi rangsangan pedas pada manusia. Ukuran ini telah diperkenalkan oleh ahli kimia Amerika yang Wilbur Scoville.


Last edited by AILIOMLELE on 30-7-2013 01:40 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2013 01:36 PM | Show all posts
SANKURIANG posted on 30-7-2013 11:47 AM
Tu kena suruh Farid Kamil ajak mak mertua makan sekali......sambil dicabai cabainya muut si Farid  ...

Pakai Bhut Jolokia ... made in India, sure menanah mulut si Farid...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2013 02:21 PM | Show all posts
AILIOMLELE posted on 30-7-2013 01:36 PM
Pakai Bhut Jolokia ... made in India, sure menanah mulut si Farid...

Dengar citer kalau kat malaysia yang tercinta dan aman damai bebas dari kes tembak-menembak, cili hantu ni boleh didapati kat sabah. Ada betui ka?

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2013 11:48 AM | Show all posts
perahkan air limau nipis pon sedap...
tmbh hirisan pelam muda lagi laa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-7-2013 01:46 PM | Show all posts
adawiyah_hakim posted on 31-7-2013 11:48 AM
perahkan air limau nipis pon sedap...
tmbh hirisan pelam muda lagi laa...

Hmmmmm.... kalau dapat berkelah dengan adawiyah tepi air terjun pun best ... kalau dah pedas sangat boleh jer terjun mandi terus..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2013 02:16 PM | Show all posts
AILIOMLELE posted on 31-7-2013 01:46 PM
Hmmmmm.... kalau dapat berkelah dengan adawiyah tepi air terjun pun best ... kalau dah pedas sanga ...

hehehe.. mandi air terjun sejuk ooo

org ada resdung pantang mkn sambal blacan ni.. mau menggaru jek
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2013 02:20 PM | Show all posts
rumah berbau tak kalau goreng belacan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2013 04:26 PM | Show all posts
azre posted on 31-7-2013 02:20 PM
rumah berbau tak kalau goreng belacan?

Mestilah berbau satu pelusuk kampung.... Habis Kak Timah Misi Pencen, Abang Usin Lempoyang, Leman Tapai, Dolah Teksi dan yang lain hampir terstop depan rumah ambik bau .....
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 03:37 AM | Show all posts
nanti nak cubalah. selama ni buat sambal belacan cuma cili merah besar, cili api, sambal belacan, bawang thai, limau kasturi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 10:19 AM | Show all posts
sy biasa akan bakar dulu belacan, bwg putih, bwg mrh. pastu tumbuk ngan cili api, ngan bwg besar ( kuning ) masuk garam gula, pastu perah asam limau kasturi,, mkn ngan ikan bakar mmg sdp..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2013 10:55 AM | Show all posts
dellema posted on 1-8-2013 10:19 AM
sy biasa akan bakar dulu belacan, bwg putih, bwg mrh. pastu tumbuk ngan cili api, ngan bwg besar ( k ...

Macam buat sambal ikan bakr jer ...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 11:00 AM | Show all posts
AILIOMLELE posted on 1-8-2013 02:55 AM
Macam buat sambal ikan bakr jer ...

itulah, tp sy suka mkn ngan nasi dan ulam2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2013 11:22 AM | Show all posts
Sambal belacan favorite my family - jowo style, dpt resepi from my friend.

cili besar - 4 biji
cili api - 6 ulas
bawang merah - 2 ulas
bawang putih - 2 ulas
belacan - agak2

caranya panaskan minyak sket, goreng belacan sekejap pastu baru campak bahan2 lain. goreng sampai layu dan terus tumbuk hingga lumat.  Siap. Kalau suka boleh masukkan hirisan kulit tomato.

ni kalau makan dengan nasik berasap, ikan goreng + sayur kobis masak lemak...perggghhhh kalau gado ngan mak mertua pon boleh jadi baik la...hahahahaha

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2013 11:37 AM | Show all posts
azalia72 posted on 1-8-2013 11:22 AM
Sambal belacan favorite my family - jowo style, dpt resepi from my friend.

cili besar - 4 biji

Ha ha ha ha ... mak mertua you suke ke sambal "jowo style" ?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 11:09 PM | Show all posts
penah ternampak kat fb resepi sambal jantan. . maap TT resepi ni tak melibatkan velacan iollsss dah byk kali buat mmg sedap jg walaupun simple sgt

cili padi secukupnya + cuka. . blendkan. . siap!

versi iollss :
cili padi diblend dgn sedikit air masak dan cuka secukup rasa. . tak guna cuka 100%. . . klu sambal ni cair, blh panaskan dlm kuali dgn api perlahan hanya sekadar untuk mengeringkan sedikit airnya
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 10:32 AM | Show all posts
ni Resepi Sambal belacan mak Iolls

30 batang cili padi merah/thai
30 batang cili padi hijau
20 batang cili merah
20 batang cili hijau
7-10 biji limau kasturi (diambil jusnya)
4 inchi Belacan (nak sedap pakai belacan melaka yang bentuk bulat mcm bom atom)
sedikit perasa (msg(optional))
1 s/b minyak masak

panaskan minyak masak, masuk kan belacan. hancur2 kan belacan kemudian masuk semua cili yang dah dicuci bersih dan di buang tangkai. goreng smpai cili agak layu. tutup api

masuk jus limau kasturi dan msg kedalam blender, kemudian masukkan campuran cili dan belacan. kisar jgn halus sangat klau nk sedap. siap

boleh makan dgn nasi panas atau laksa johor.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.124665 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list