Drama Teduhan Kasih telah lama melabuhkan tirainya. Namun kehangatan cinta Ehsan dan Iffa masih terasa. Ramai yang masih terkesn dengan lakonan mantap Adiputra dan Sherry (walauun ramai juga yang berpendapat lakonan Sherry agak kaku...).
Iffa sedang membancuh Milo. Ehsan hanya berseluar panjang longgar tanpa berbaju datang menuju ke meja makan di dapur.
Ehsan : Selamat Pagi....
Iffa : Selamat Pagi. Ingatkan abang tak bangun lagi. Adam dah bangun?
Ehsan : Malam tadi pukul 4 baru dia tidur
Iffa : Amboi Adam..Tak pernahnya buat perangai macam tu. maaflah abang terpaksa jaga dia pulak. Iffa betul-betul tak sedar malam tadi.
Iffa tersipu2 malu melihat Ehsan tanpa baju. Seksii!! Ehsan mengambil tempat duduk di meja makan.
Ehsan : Tak apa. abang kenalah biasakan keadaan macam tu. Kan abang sudah jadi ayah Adam yang sah?
Ehsan tersenyum memandang Iffa yang masih tersipu2 malu. Iffa terus menuangkan milo untuk Ehsan dan duduk mengadap Ehsan. Iffa masih menundukkan muka...
Ehsan : Emmm....ke mana kita nak berbulan madu? (sambil menghirup air milo)
Iffa : Entahlah. Iffa tak fikir pun nak berbulan madu.
Ehsan : Dulu Iffa berbulan madu di mana?
Ehsan memandang permukaan cawan. Bunyi soalannya bagaikan merajuk. Dengan Ryzal, Iffa boleh pergi; dengan Ehsan kenapa tak terfikir.....
Iffa : Pulau Langkawi
Ehsan : Emmm.....
Ehsan menjamah telur setengah masak yanf Iffah siapkan tanpa sepatah kata. Suasana jadi hening.
Ehsan : Kita pergi berbulan madu. Iffa ada cadangan?
Iffa serbasalah. Macamana nak pergi berbulan madu dengan kehadiran Adam? Takut kehadiran Adam menggangu bulan madu mereka.
Ehsan : Hmmm....Iffa ada cadangan?
Iffa : Iffa ikut aja, tapi takut Adam menyusahkan pula...
Ehsan : Hmmm ...apa yang nak menyusahkan. Adam tak pernah menyusahkan abang, sebaliknya sangat menyenangkan abang. Tapi memandangkan Adam masih kecil lagi, apa kata kita berbulan madu dalam negeri saja? Bila dia dah besar sikit, kita pergi luar negara pula....
Iffa senyum serbasalah. Mana sesuai bayi sekecil Adam dibawa berjalan. Tapi itu kehendak Ehsan. Iffa akur.
Ehsan : Okey, abang dah fikirkan satu tempat yg sesuai untuk kita berbulan madu..
Ehsan meneruskan menjamah sarapannya. Suasana jadi hening. Mereka terdiam tanpa kata. Tiba-tiba Iffa terasa kedua-dua belah kakinya dipijak. Iffa angkat muka dan pandang Ehsan. Ehsan buat muka selamba seperti tiada apa-apa yang berlaku. Lama mereka berdiam begitu. Masing2 melayan perasaan sehinggalah kedengaran Adam merengek. Cepat2 Ehsan angkat kakinya dan mahu bangun.
Iffa : Tak apa abang, biar Iffa tengok dia
Ehsan : Tak apa. Iffa sambung sarapan
Ehsan lebih pantas mengatur langkah menuju ke bilik tidur. Iffa terkebil-kebil sendirian. Dia terasa hanya Adam yang Ehsan mahukan.