CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6927|Reply: 5

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) : Pengertian dan implikasinya

[Copy link]
Post time 20-8-2013 11:10 PM | Show all posts |Read mode
Isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) menjadi hangat dibual dan dibincangkan bahkan dalam forum-forum tertentu juga membicarakan topik yang sama dari perspektif yang berlainan. Apakah pengertian TPPA dan implikasinya terhadap perdagangan serantau dan antarabangsa yang melibatkan Malaysia?

Sebenarnya TPPA bukanlah berbentuk FTA yang baru walaupun mungkin sebahagian besar klausnya adalah kesinambungan daripada FTA sediada. Cuma ia lebih merangkumi negara-negara yang lebih luas di kedua-dua belah lautan Pasifik.


TPPA yang dirancang untuk ditandatangani pada bulan Oktober tahun ini di Brunei Darussalam adalah satu kelangsungan daripada rundingan TPP yang bermula dari tahun 2005 lagi,  walaupun ketika itu, mungkin atas nama yang lain tetapi mempunyai visi yang jelas bagi kerjasama negara-negara Asia Pasifik. Penghormatan untuk menandatangani perjanjian ini di Brunei Darussalam juga dibuat sebagai penghormatan terhadap Brunei yang menjadi salah sebuah negara pengasas kumpulan ini.

Ianya diasaskan oleh 4 buah negara-negara yang jauh terpencil antara satu sama lain kecuali Singapura dan Brunei. Dua negara anggota asal lain ialah Chile dan New Zealand.


Kecuali Chile yang mempunyai penduduk yang ramai di Amerika Selatan, tiga negara lain iaitu Singapura, Brunei dan New Zealand adalah negara berpendudukan kecil. Bagaimana negara-negara kecil kependudukan ini tetapi berjiwa besar dapat terfikir bahawa gagasan mereka ini boleh mendatangkan manfaat kepada negara mereka melalui satu perkongsian perdagangan global. Sudah tentunya mereka mempunyai visi yang jauh untuk menyemarakkan potensi rakyat, sumber kekayaan dan perkhidmatan serta kepakaran intelek untuk dikongsikan bersama.

Ikutilah seterusnya di sini

http://hisemudinkasim.blogspot.c ... -trans-pasifik.html




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2013 12:29 AM | Show all posts
Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) : Pengertian dan Implikasi Perdagangan Malaysia

Isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) menjadi hangat dibual dan dibincangkan bahkan dalam forum-forum tertentu juga membicarakan topik yang sama dari perspektif yang berlainan. Apakah pengertian TPPA dan implikasinya terhadap perdagangan serantau dan antarabangsa yang melibatkan Malaysia?

Sebelum kita membicarakan TPPA dengan lebih lanjut, eloklah kita melihat isu perjanjian perdagangan global WTO dan serantau seperti APEC, AFTA yang sediada yang boleh dikaitan dengan TPPA.  Jika tanpa mengetahui organisasi dan perjanjian-perjanjian tersebut, dikhuatiri anda akan tersasar fokus dan tidak dapat memahami mengapa perjanjian TTPA itu amat diperlukan.

Di samping hubungkait antara beberapa klaus dalam perjanjian FTA misalnya yang dijadikan kesinambungan kepada perjanjian TPPA.  Maka penekanan juga diberikan kepada isu-isu FTA terutamanya hubungan Perjanjian FTA Malaysia-Amerika Syarikat.

Disenaraikan beberapa organisasi dan perjanjian perdagangan yang penting :

WTO – World Trade Organization atau Pertubuhan Perdagangan Sedunia.


Ia adalah sebuah organisasi perdagangan dunia yang berfungsi untuk mengatur dan mengawalselia perdagangan antarabangsa.  Diditubuhkan pada 1 Jan. 1995  bagi menggantikan General Agrement on Tariffs and Trade (GATT) yang ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua. Kini WTO dianggotai oleh 143 buah negara termasuk Malaysia. Setiap perbincangan yang melibatkan perdagangan dunia akan dilakukan serta dirujuk melalui WTO yang beribupejabat di Genewa, Switzerland.


APEC – Asia Pacific Economic


Ditubuhkan pada tahun 1989 dengan dianggotai oleh 12 buah negara pengasas di Asia Pasifik termasuk Malaysia yang bertujuan untuk menyemarakkan pertumbuhan ekonomi di negara-negara Asia Pasifik. Selepas tahun 1993, APEC menerima banyak keanggotaan baru sehinggalah kini berjumlah 21 buah negara termasuk Hong Kong sebagai entiti yang berasingan dari China.

Forum ekonomi APEC mempunyai jurang perbezaan yang luas dalam sistem politik, sosial, institusi kebudayaan dan tingkat pembangunan ekonomi yang berbeza.

Negara-negara yang menganggotai APEC ialah : Australia, Brunei, Kanada, Chile, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Mexico, New Zeealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Russia, Singapura, Taiwan, Thailand, Amerika Syarikat dan Vietnam.


AFTA – ASEAN Free Trade Area atau Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN


Ketika perjanjian AFTA ditandatangani pada tahun 1995, ia hanya dianggotai oleh enam buah negara pengasas ASEAN iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Kini AFTA mempunyai 10 keanggotaan negara-negara ASEAN yang kemudian penerimaannya dibuat antara tahun 1995 hingga 1997.

Antara tujuan perjanjian AFTA dibuat adalah untuk meningkat daya saing ASEAN sebagai pengkalan pengeluaran dalam pasaran dunia melalui penghapusan halangan tariff dan bukan tariff dalam ASEAN. Selain itu, dengan wujudnya AFTA, ia mampu menarik pelaburan asing langsung ke ASEAN. Pada masa yang sama, pengguna dapat memperoleh barang dagangan dari pengeluar yang lebih cekap di ASEAN serta mewujudkan perdagangan intra-ASEAN. Seiring dengan peningkatan persaingan harga dalam industri-industri pembuatan dan saiz pasaran yang lebih besar, pelabur-pelabur dapat menikmati pengeluran secara besar-besaran.


FTA – Free Trade Agreement atau Perjanjian Perdagangan Bebas

Ia adalah sejenis perjanjian ekonomi dua hala antara negara-negara yang terlibat. Tujuannya bagi merendahkan harga keperluan yang dikehendaki oleh pengguna. Barang-barang yang kompetatif di pasaran boleh beredar dan di pasarkan tanpa sekatan cukai bertindih iaitu percukaian satu hala dari negara asalnya.  Kebiasaan isu-isu percukaian, halangan birokrasi, perjanjian-perjanjian sediada, masalah teknikal dalam urusan kastam dan imigresen menjadi halangan.

Pada asalnya perjanjian FTA lebih menjurus kepada penjualan dan pembelian barangan antara negara-negara yang terlibat. Tetapi akhir-akhir ini versi FTA lebih melibatkan isu-isu lain seperti import dan eksport perkhidmatan, harta intelek, pergerakan tenaga mahir dan teknokrat, pengurusan kanan dan lembaga pengarah.  Dan yang terbaru ialah hubung kait di antara perdagangan barangan dengan perkhidmatan serta pelaburan.


Antara kelebihan FTA ialah apa jua barangan boleh dimport dan dieksport ke seluruh dunia. Dalam dunia globalisasi dan ledakan internet, permintaan dan penawaran barangan dan perkhidmatan yang berasaskan internet boleh dipasarkan ke seluruh dunia dengan pantas.

Ia membuka peluang e-commerce  dan e-pembayaran yang tiada batasannya. Dengan teknoloji kejuruteraan dan bioteknoloji membolehkan pengeluaran produk ke tahap yang lebih tinggi. Di samping pengedaran produk yang meluas bagi meminimakan lambakan barang-barangan. Seterusnya pengguna akhir amat beruntung dengan mendapat produk dengan harga yang murah.

Malaysia telah menandatangani perjanjian FTA dengan Jepun, Pakistan, India,  Chile, New Zealand dan Australia secara dua hala. Manakala melalui ASEAN pula telah menandatangani dengan Australia, New Zealand, Korea Selatan, China, India dan Jepun. Malaysia sedang merundingkan FTA dengan Kesatuan Eropah dan Turki.

Bagi Malaysia, Perjanjian FTA dengan Amerika Syarikat yang ditandatangani dalam tahun 2010 lebih menonjol berbanding dengan blok negara-negara lain. Ini kerana Malaysia mengeksport banyak barangan perkilangan, perabot, komoditi dan sebagainya. Mengikut perangkaan tahun 2012, Malaysia menduduki tangga ke 18 sebagai negara sumber import bagi Amerika Syarikat dan negara ke 10 terbesar dalam dagangan dua hala Amerika Syarikat-Malaysia.  Malaysia adalah pengeksport terbesar dari kalangan negara-negara Asean dengan nilai RM12.6 billion, diekori oleh Thailand dan Vietnam.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdagangan AS, eksport Malaysia ke Amerika Syarikat dalam dua bulan pertama 2012 bernilai AS$4.062 bilion (RM12.6 bilion), meningkat 2.63 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Syarikat Malaysia perlu meneroka bidang perniagaan yang menjanjikan pertumbuhan yang akhirnya akan membolehkan Malaysia, bergerak daripada pembekal komoditi kepada pengeksport produk berteknologi tinggi.



Dengan Perjanjian FTA Malaysia-Amerika Syarikat, ia menjadi landasan kepada syarikat-syarikat Malaysia untuk lebih mudah memasuki pasaran Amerika Syarikat berbanding negara-negara yang tidak berbuat demikian.

Walaupun FTA Malaysia-Amerika Syarikat dikatakan banyak menguntungkan Malaysia, namun terdapat beberapa kesan negatif yang secara langsung dan tidak langsung memberi impak terhadap kos beberapa sektor seperti :


Perubatan
Harga ubat akan naik melambung tinggi kerana lebih banyak ubat akan dipatenkan oleh syarikat AS yang akan menentukan harga ubat bagi mengaut keuntungan. Namun sehingga kini, kita masih tidak nampak kesan yang ketara atas peraturan ini.

Pertanian
Pada masa ini petani Malaysia diberikan subsidi untuk menghasilkan tanaman dan menjualnya dengan harga berpatutan. Hasil tanaman dari luar negara dikenakan tarif import untuk melindungi petani daripada kerugian.
Selepas FTA, petani akan kerugian apabila tarif tanaman luar negara akan dikurangkan. Malaysia akan dibanjiri oleh hasil tanaman AS yang amat murah berbanding dengan harga tanaman Malaysia. Namun demikian ia hanya memberi kesan yang sedikit lantaran pergantungan terutama beras yang diimport dari negara-negara ASEAN menjadi pilihan.  Walaupun Amerika Syarikat mengeksport beras dengan harga yang murah. Untuk pengetahuan, bahawa AS adalah pengeksport ketiga terbesar dunia bagi komuditi beras yang menyamai Vietnam.
Produk pertanian keluaran Amerika Syarikat yang lain lebih kepada pertanian empat musim yg tidak terdapat di Malaysia.  Jadi ia tidak membimbangkan malah memberi kebaikan kepada kita lantaran penawaran harga yang lebih murah. Ini disebabkan AS menggunakan teknologi tinggi dan memberi subsidi tinggi kepada pertanian mereka.

Perkhidmatan
AS mahukan Malaysia meliberalisasikan perkhidmatannya yang bermakna membuka sektor perkhidmatan kepada persaingan asing. AS menyasarkan syarikat telekomunikasi Malaysia, perkhidmatan kewangan, tenaga, penjagaan kesihatan, perkhidmatan pengedaran, perkhidmatan profesional seperti guaman, akauntan, jurutera dan doktor serta perkhidmatan penyiaran.

Pekerja
Kerajaan AS mahu semua tarif Malaysia ke atas produk perkilangannya dikurangkan  yang menyebabkan barangan yang dikeluarkan oleh AS akan menjadi lebih murah dan memberi saingan sengit kepada barangan keluaran tempatan. Namun demikian, kita harus memahami, kita hanya mengurangkan tarif tetapi di pihak AS terpaksa membayar kos yang tinggi untuk pekerja-pekerja yang menghasilkan barang yang sama.

Dan jika kita dapat membuat peningkatan efisiensi terhadap kualiti dan kuantiti dengan disebabkan saingan yang hebat,  sudah tentu kita masih berada di pihak yang beruntung.  Secara tidak langsung, para pekerja Malaysia akan lebih cemerlang dengan iltizam untuk memasuki pasaran global daripada hanya memikirkan pasaran tempatan sahaja.

TPPA – Trans Pacific Partnership Agreeement atau Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik


Sebenarnya TPPA bukanlah berbentuk FTA yang baru walaupun mungkin sebahagian besar klausnya adalah kesinambungan daripada FTA sediada. Cuma ia lebih merangkumi negara-negara yang lebih luas di kedua-dua belah lautan Pasifik.

TPPA yang dirancang untuk ditandatangani pada bulan Oktober tahun ini di Brunei Darussalam adalah satu kelangsungan daripada rundingan TPP yang bermula dari tahun 2005 lagi,  walaupun ketika itu, mungkin atas nama yang lain tetapi mempunyai visi yang jelas bagi kerjasama negara-negara Asia Pasifik. Penghormatan untuk menandatangani perjanjian ini di Brunei Darussalam juga dibuat sebagai penghormatan terhadap Brunei yang menjadi salah sebuah negara pengasas kumpulan ini.

Ianya diasaskan oleh 4 buah negara-negara yang jauh terpencil antara satu sama lain kecuali Singapura dan Brunei. Dua negara anggota asal lain ialah Chile dan New Zealand.

Kecuali Chile yang mempunyai penduduk yang ramai di Amerika Selatan, tiga negara lain iaitu Singapura, Brunei dan New Zealand adalah negara berpendudukan kecil. Bagaimana negara-negara kecil kependudukan ini tetapi berjiwa besar dapat terfikir bahawa gagasan mereka ini boleh mendatangkan manfaat kepada negara mereka melalui satu perkongsian perdagangan global. Sudah tentunya mereka mempunyai visi yang jauh untuk menyemarakkan potensi rakyat, sumber kekayaan dan perkhidmatan serta kepakaran intelek untuk dikongsikan bersama.



Perlu diingat, akhirnya gagasan penubuhan TPPA ini telah menerima rakan-rakan baru seperti Malaysia, Australia, Peru, Vietnam, Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada yang berjumlah 11 buah negara.

Sebenarnya masih banyak negara yang berminat untuk menyertai rundingan TPP tersebut, malah Jepun telah mengadakan satu pungutan suara khas bagi mendapatkan mandat untuk menyertainya. Dengan kemasukan Jepun dalam forum TPPA ini yang baru saja diterima, maka jumlah keanggotaannya kini ialah 12 buah negara.

Adalah tidak benar bahawa penggubalan TPPA adalah sebuah penjajahan bentuk baru oleh Amerika Syarikat dengan kelangsungan FTA yang sedia ada, seperti yang diuar-uarkan oleh ramai pihak. Mereka sesungguhnya tidak memahami keseluruhan dimensi spectrum dan perjalanan organisasi perdagangan dunia. Janganlah melihat bahawa negara yang paling besar dan berpengaruh ialah Amerika Syarikat maka menidakkan kesebelasan negara-negara lain pula.



Apakah rakyat Malaysia masih lagi di takuk lama, masih mengimpikan beberapa kes dalam FTA dan NAFTA yang dianggotai oleh Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada dahulu yang pernah mencetuskan fenomena negatif lalu menolak TPPA ? Malah dalam pemikiran kita masih beranggapan TPPA sama seperti FTA Malaysia-Amerika Syarikat, sedangkan yang kita rundingkan sekarang ialah perkongsian antara 12 buah negara.

Memang tidak dinafikan bahawa kempat-empat negara pengasas TPP iaitu Singapura, Brunei, New Zealand dan Chile tidak mampu untuk menggerakan momentum bagi melaksanakan gagasan yang sebesar itu, maka peranan negara-negara yang lebih besar seperti Amerika Syarikat adalah diperlukan. Untuk pengetahuan, nama asal forum ekonomi ini dinamakan sebagai Trans-Pasific Strategic Economic Partnership Agreement atau TPSEP yang bertujuan untuk meliberalisasikan ekonomi rantau Asia Pasifik.

Maka pentadbiran Barrack Obama telah memulakan inisiatif untuk mengembangkan gagasan tersebut dalam satu persidangan APEC dalam tahun 2009.  Ianya disusuli dengan mensyuarat kali pertama TPP yang diadakan pada bulan Mac 2010 di Melbourne, Australia.
   
Sehingga kini mesyuarat dan rundingan TPP telahpun dijalankan sebanyak 18 kali, manakala yang ke 19 akan diadakan di Brunei Darussalam pada 23-30 Ogos nanti. Disenaraikan tarikh dan tempat mesyuarat dan rundingan yang lepas-lepas untuk rujukan.

Ini bagi menunjukkan bahawa mesyuarat dan rundingan-rundingan telah diadakan secara sama rata di kalangan negara-negara anggota, bukanlah ianya diadakan di Amerika Syarikat sahaja. Ini bagi menempelak cakap-cakap serta perkhabaran yang tidak betul bahawa forum ekonomi ini menjadi telunjuk imperialis Amerika Syarikat.


credit to adam billionaire
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 12:29 AM | Show all posts

Kali pertama  : Melbourne, Australia Mac 15-19, 2010
Kali kedua :  San Francisco, California, Jun 14-18, 2010
Kali ketiga : Brunei, Oktober 4-9, 2010
Kali keempat : Auckland, New Zealand, Disember 6-10, 2010
Kali kelima : Santiago, Chile, Februari 14-18, 2011
Kali keenam : Singapore, Mac 24-April 1, 2011
Kali ketujuh : Ho Chi Minh City, Vietnam, Jun 15-24, 2011
Kali kelapan : Chicago, Illinois, September 6-15, 2011
Kali kesembilan : Lima, Peru, Oktober 22-29, 2011
Kali kesepuluh : Kuala Lumpur, Malaysia, Disember 5-9, 2011
Kali kesebelas : Melbourne, Australia, Mac 2-9, 2012
Kali keduabelas : Dallas, Texas, Mei 8 - 18, 2012
Kali ketigabelas : San Diego, California, Julai 2-10, 2012
Kali keempatbelas : Leesburg, Virginia, September 6-15, 2012
Kali kelimabelas : Auckland, New Zealand, Disember 3-12, 2012
Kali keenambelas : Singapore, Mac 4-13, 2013
Kali ketujuhbelas : Lima, Peru, Mei15-24, 2013
Kali kelapasbelas :  Kota Kinabalu, Malaysia, Julai 15-24, 2013
Kali kesembilanbelas : Brunei, 23-30, Ogos, 2013

Australia :  2 kali
Amerika Syarikat : 5 kali
Brunei : 2 kali ( +1 kali lagi semasa menandatangan perjanjian TPP pada Oktober nanti)
New Zealand : 2 kali
Chile : 1 kali
Vietnam : 1 kali
Singapura : 2 kali
Peru : 2 kali
Malaysia : 2 kali

Dalam 5 kali perundingan terakhir dijalankan di luar Amerika syarikat iaitu di New Zealand, Singapura, Peru, Malaysia dan Brunei. Ini memperlihatkan bahawa negara-negara kecil sekalipun memainkan peranan yang besar dalam merundingkan TPP.

Ianya tidak sama dengan perundingan FTA Amerika Syarikat-Malaysia yang samada di jalankan di Malaysia atau Amerika Syarikat sahaja. Di mana dalam perundingan seperti ini, kita tidak mempunyai suara lain untuk menyokong permintaan kita. Namun dalam perundingan TPP, suara-suara dari 12 negara lain telah disatukan. Apakah ini tidak cukup untuk mengatakan ia sesungguhnya satu perkongsian idea bagi kemakmuran ekonomi serta perdagangan di rantau Asia Pasifik ?  

Tidak dinafikan, seperti perjanjian FTA yang lain, kita juga mempunyai alasan untuk menzahirkan keperihatinan terhadap masa depan rakyat dan negara. Namun sudah tentu pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang mewakili Malaysia dalam rundingan ini telah mengambilkira pelbagai faktor yang membabitkan hak-hak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan negeri-negeri serta keperluan untuk melindungi kelompok-kelompok tertentu.

Begitu juga kita masih mengamalkan sikap dasar perlindungan terhadap beberapa skop industri, sesetengah perkhidmatan dan keperluan untuk melindungan GLC sebagai satu entiti kerajaan dalam pemerolehan negara dan mensejahterakan rakyat.  Di samping itu memberi penekanan bahawa kerajaan akan sentiasa memberi perlindungan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terutamanya dari kalangan Bumiputra.

Difahamkan pihak MITI  kini sedang bertungkus-lumus untuk mencari formula dan penyesuaian yang bukan sahaja diterima oleh rakyat tempatan tetapi juga di peringkat antarabangsa. Namun kita harus memahami dalam perundingan antarabangsa yang mana setiap negara juga mempunyai kepentingan yang tidak sama, maka satu penyelesaian dan tolak-ansur serta kompromi harus diterima. Kita tidak seharusnya terus-menerus menegakkan pendirian masing-masing yang akhirnya tiada sebarang persetujuan.  

Oleh itu, kita harus memahami bahawa jika kita tidak menyertainya, maka kita telah terkebelakang dan apabila menyedari nanti, orang-orang lain sudahpun merebut peluang ini. Kita kena bye bye saja !

Secara keseluruhannya, TPP sebagai sebuah perjanjian yang mencakupi pelbagai isu seperti perdagangan barang, perdagangan perkhidmatan, alam sekitar serta kelastarian sejagat, harta intelek, pelaburan dan bantuan teknikal.

Negara-negara yang menyertai rundingan TPP diberi kebebasan untuk menyenaraikan peraturan dan polisi yang tidak boleh dipatuhi sebagai sebahagian daripada perjanjian. Ini adalah satu bentuk pengecualian yang mana setiap negara mempunyai hak-hak tertentu seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Ia adalah satu pengiktirafan yang memberi jaminan bahawa kelangsungan setiap polisi yang terkecuali itu dapat diteruskan dalam negara masing-masing.

Maka apakah kelebihannya jika kita turut menandatangai perjanjian ini yang bakal diadakan di Brunei Darussalam pada bulan Oktober nanti? Dikhabarkan bahawa Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama dijangka akan menghadiri majlis yang bersejarah ini.



Sejak beberapa bulan ini, banyak laporan dan persepsi negatif yang dilontarkan oleh segelintir blogger dan NGO yang keterlaluan, seolah-olah bahawa TPPA akan menjadi medan untuk menjual negara dan sebagai penghambaan kepada negara-negara maju.  

Namun demikian, mereka tidak nampak dari segi positif di mana kita akan meraih manfaat lebih-lebih lagi golongan usahawan Melayu dan Bumiputra untuk pergi jauh ke peringkat global dengan jumlah pasaran yang tidak terhad dalam pemasaran produk-produk berbentuk barangan ataupun perkhidmatan dari pelbagai bidang.

Kita harus memahami dalam kerangka perjanjian besar yang menyerupai WTO, negara-negara yang menyertai TPP adalah terdiri daripada negara-negara Selatan, yakni negara-negara sedang membangun, negara-negara yang hampir mencapai taraf negara maju dan juga blok negara-negara maju. Maka jurang antaranya juga adalah besar. Sebagai negara kecil yang dari blok negara-negara Selatan sekalipun tidak rela diperkotak-katikkan, dan begitu juga negara-negara maju juga tidak akan sewenang-wenangnya memperkecilkan negara-negara yang baru membangun.

Mereka akan memperluaskan konsep perkongsian menang-menang di mana pihak-pihak yang terlibat akan diajak berunding dalam suasana yang menguntungkan bersama. Sebab itulah ia juga dinamakan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik.  Ia juga menepati cara Malaysia melancarkan konsep perkongsian pintar Langkawi yang dipelopori oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad di kalangan negara-negara Selatan dahulu.

Seperti dalam perjanjian WTO malah AFTA sekalipun yang dilakukan dalam kalangan negara-negara ASEAN, banyak kelonggaran dan pelanjutan tempuh waktu matang bagi pelaksaan sesuatu ketetapan terutamanya dari segi tariff. Ianya bertujuan sehingga satu tahap sesebuah negara itu mampu untuk bersaing dan membuka pasaran dari negara-negara yang menyertainya.

Dalam masa yang sama, ia menjadi pemangkin kepada negara-negara ini untuk terus berusaha dengan cepat, dan jika dia gagal maka sudah tentu menggugat survivalnya. Jadi apakah ini kita jadikan alasan untuk tidak menerima TPPA ?

Antara isu-isu yang dirundingkan ialah mengenai hakcipta yang perlu diselesaikan. Malah ia juga menjadi isu bagi negara-negara lain. Jika negara-negara lain sanggup juga berkompromi, apakah kita ini terlalu banyak harta intelek yang boleh dieksport berbanding harta intelek yang akan masuk ke sini di mana akan dimanfaatkan oleh kita.

Jika dahulunya kita memikirkan dalam masa 50 tahun nilai harta intelek itu mencapai satu target yang diingini dalam pasaran konvensional, tetapi dengan pasaran yang begitu luas dalam TPP, mungkin ia hanya memerlukan 20-30 tahun atau kurang daripadanya untuk mencapai tahap itu. Maka apakah tempuh selebihnya itu tidak dianggap sebagai satu bonus ?  

Dengan termeterainya TPPA nanti, kita juga dapat memperkembangan industri yang berasaskan pengetahuan pakar dan harta intelek. Inovasi dalam sains dan teknoloji seperti perisian komputer, penulisan buku-buku dan segala aktiviti-aktiviti berkaitan dapat disalurkan dengan lebih mudah dan pantas serta dalam kuantiti yang banyak. Akhirnya kita akan memperolehi keuntungan yang besar sementelah dunia disambungkan dengan kecanggihan teknologi internet.

Itu hanya sebahagian kecil daripada manfaat yang diperolehi daripada 29 bidang yang dibincangkan dalam TPPA. Selain daripada strategi ekonomi, ianya juga meliputi bidang kesihatan umum, alam sekitar dan sistem kehakiman. Kelima-lima bidang ini dilabelkan sebagai perjanjian perdagangan.  



Merujuk kepada sumber-sumber kerajaan, Perjanjian TPPA ini berkemungkinan besar akan ditandatangani oleh Malaysia tetapi tidak terburu-buru dengan  batas waktu tersebut lantaran masih banyak perkara yang perlu ditangani terlebih dahulu.  

Di sebaliknya juga, kerajaan  memandang pembukaan pasaran yang begitu luas untuk beberapa industri terutamanya sektor automotif yang dipelopori oleh negara seperti Proton dan Perodua. Dengan pasaran tersebut, jumlah kuantiti yang dapat dieksport boleh memberi impak bagi industri permotoran dalam skala yang lebih besar. Secara tidak langsung ia akan menurunkan harga unit pengeluaran kereta-kereta Proton dan Perodua disebabkan kos pengeluaran semakin rendah. Cara yang sama telah dilakukan oleh Jepun dan Korea Selatan.



credit to adam billionaire
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2013 01:10 PM | Show all posts
Kini terlalu banyak spekulasi dan cakap-cakap negatif yang dilemparkan oleh masyarakat tentang TPP. Namun ramai yang tidak diberitahu tentang perkara yang sebenarnya, ia ditambah dengan bantahan daripada parti-parti pembangkang yg dilihat sengaja ingin menjadi juara. Namun mereka sendiri belum memberikan fakta-fakta yg meyakinkan masyarakat tentang apa yg mereka bantah itu.

Jika ada bantahan sekalipun atau sesuatu demo yg diadakan, tetapi para peserta hanya diuar-uarkan dengan kata-kata dan slogan yang tidak tepat, namun para peserta yg menyertai bantahan sendiri bagai dicucuk hidung. Ini kerana ramai di antara kita yg tidak suka membuat research atau membaca sumber-sumber ilmiah, melainkan apa yg disumbatkan kepada telinga mereka  itu adalah yg benar.  

Bukanlah bermakna saya menidakkan keburukan atau apa-apa kesan daripada pelaksanaan TPP itu nanti, tetapi sekurang-kuirangnya jika kita menyokong atau membantah sekalipun, harusnya dengan fakta, kita berbuat demikian kerana kita ada pendirian, dan pendirian itu lahir kerana mengikut pertimbangan kita. Maka untuk mendapatkan pertimbangan yang wajar maka kita perlu ada ilmu, dan ilmu itu datangnya dari pelbagai sumber. Maka rajin-rajinlah mencari sumber.

Dalam blog saya banyak ditulis perkara-perkara ilmiah, tentang TPP di atas adalah salah satu daripadanya. Sudilah mengunjungi blog saya seperti di bawah

http://hisemudinkasim.blogspot.com



Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2013 01:54 AM | Show all posts
PPP kita kata rakyat marhaen dpt melaram lg la ni
Tanda, trade market kita sihat drpd parpu financial market.
Yg dh collapse tu klo nk control trade xkn le take risk ajak China
- kita dgn market kita mcm biasa, bkn kata free but not!

Better klo China join nego
let them play ball~!!!
#2 lbh kuat daya upayanya...

p/s: Biar menang sorak, dikongkong nnt lg parah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 06:04 PM | Show all posts
aku punya gut feeling kata, TTPA suppose to be ok sebab brunei salah satu negara pengasas. Sometimes, kita kena sangka baik jugak. Bukan semua benda tak elok. I like to see capital control yg tun M buat masa 1998 abolish and kita boleh tengok macam mana negara kita flourish with capital abundance
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.173481 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list