Breakfast tadi, isteri bertanya 'bang, betul ke dlm islam tak digalakkan jd kaya?'
'Mana mama tahu?'
'Ada dengar kat radio xxx seorang ustaz jemputan kata : tidak perlu kaya, sebab jika kaya luarbiasa pun, makan nasi paling kuat 2 pinggan je, minum air sebotol je'
Saya bilang 'Jgn percaya. Itu bukan dari ajaran agama. Itu dari kefahaman yg narrow dan SELFISH'.
SELFISH? Benar. Ia pendapat pentingkan diri sendiri. Ramai mencela kekayaan kerana berfikir 'diri sendiri centric'. Ingin kaya untuk enjoy sdn bhd. Beli rumah sendiri. Kereta sendiri hatta makan pun sorang-sorang. Padanlah dgn kata2 'makan pun paling kuat 2 pinggan sj'.
Dan selalunya, orang sebegini takkan kaya-raya sebab Allah tahu mereka akan enjoy sorang2 sj. Useless for islam.
Jadi, apa 'pemikiran kaya' ajaran islam?
Islam galakkan kita kaya jika ia dicari 'untuk orang lain'. Anda wajib kaya jika mindsetnya 'saya adalah terminal wang - ia datang, singgah sekejap then saya salurkannya kpd ramaaaai org susah sekeliling'.
Ini definisi kaya islam. Kaya utk lebih MUDAH MEMBERI. Kaya sebagai tiket masuk syurga.
Mungkin ada bertanya lagi 'klu kaya sangat ustaz, kan susah nak masuk syurga sbb banyak yg dihisab?'
Sekali lagi sy jelaskan 'jgn kaya dgn mentaliti Qarun. Memang letih anda dihisab. Tp klu kaya bermentaliti Abdul Rahman Auf, anda akan lebih mudah masuk syurga. Yelah, nak hisab apa lagi? Semua kekayaan anda dipass kpd org lain'.
MORAL : Banyak wang tidak salah. Yg salah ialah mindset kita. Niat kita. Ia menentukan tindakan selanjutnya. Ia juga menentukan anda diredhoi Tuhan atau dimurkai dgnnya.
Bagi mereka yg tiap2 hari berusaha & berdoa utk kaya, saya sarankan masukkan sekali dlm doa anda 'Ya Allah, ajar saya, control diri dan niat saya untuk jadikan kekayaan bukan untuk diri sendiri tapi sebagai alat utk lebih mudah bantu orang lain, Amin.'
Saya yakin, Allah pasti kayakan anda. Pasti.
P.S : elok anda share point ini as reminder, bantu rakan lain keep alignment niat kaya sentiasa betul atas sirotol mustaqim.
mmg kalau kaya pun mkn sepinggan tpai menjadi kaya ada lah satu keperluan ..kekayaan itu lebih zakat,sedekah dan juga kemungkinan lebih mudah beribadah. kekayaan itu bukan hanya material tetapi melebihi ruang litup itu.Islam itu indah dan luas..kenapa sempitkan.
Dalam islam tak bole kaya
Tp majority yg mengaku isle ni, kaya utang yg lebih
Itu dibolehkan plak..dan di galakkan huhuh
Bila kita suruh berusaha rajin supaya kaya, eh tak pe lah.."syukur lah dgn hutang yg ada"
jenglut posted on 24-8-2013 11:03 AM
Dalam islam tak bole kaya
Tp majority yg mengaku isle ni, kaya utang yg lebih
Itu dibolehkan plak. ...
ramainya lebih kpd dengki melayu lain kaya sbb tu keluar ayat2 dengki spt dalam 'islam tak bagus jd kaya bla bla....'.
manakala yg si melayu kaya pulak ada masalah lain, iaitu suka sgt menunjuk2kan kekayaan. cthnya klu nak cerita dlm fb pasal baru beli jam Breitling rega 30k tu tak payah la letak public, limitkan kpd anak bini jer or kwn yg sama minat jer. yg terbaik ialah golongan yg kaya raya tp senyap2 sedekah sampai anak isteri dia sendiri pun tak tau dia dah byk infakkan hartanya kpd jalan islam.
SEDEKAH YANG TERBAIK/ AFDHAL
Pemberian sedekah secara tersembunyi. Jika kamu menampakkan sedekah kamu, ia sangat baik, tetapi jika kamu merahsiakannya, dan memberikan orang-orang fakir, maka itulah lebih baik bagi kamu, dan akan melepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu; Allah menyedari apa yang kamu buat; (Surah Al-Baqarah :ayat 271). Abu Hurairah r.a ada memberitahu bahawa Rasulullah SAW ada menjelaskan : “ Salah satu kelompok hamba Allah S.W.T yang mendapat naungan Allah S.W.T pada hari kiamat kelak ialah mereka yang memberi sedekah dengan tangan kanan lalu disembunyikan seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanan”.
biasa jer ayat dengki, sbb x kaya "alah org kaya pun makan nasi sepinggan jer, ntah2 langsung x leh makan sbb byk penyakit" padahal sendiri kemaruk nak jadi kaya tp x jumpa jalan........
kaya bukan sekadar bleh makan nasi 15 pinggan sekali hadap tp bleh meluangkan masa jenjalan dgn keluarga, xperlu fikir bebanan hutang, bleh beribadah dgn tenang....
tp minta dijauhkan kekayaan yg bersifat Istidraj.......
kalau miskin, nanti hati selalu susah pikir camna nak pastikan anak bini cukup makan..
kena kerja pagi petang siang mlm..sampai teda masa utk beribadat...maka seeloknyalah keluar dr kancah kemiskinan sebegitu..
tapi bila kaya, semakin kaya semakin lupa utk bersyukur..semoga dijauhkan dr sifat sebegini..
A small but sufficient amount is better than what is plentiful but causes distraction
jenglut posted on 24-8-2013 11:03 AM
Dalam islam tak bole kaya
Tp majority yg mengaku isle ni, kaya utang yg lebih
Itu dibolehkan plak. ...
yup setuju, malas nk kaya tp hidup life style mengalahkan orang berduit... hurm. berbalik kepada ukur baju di badan sendiri dan keperluan / kehendak...
tobby posted on 24-8-2013 11:43 AM
ramainya lebih kpd dengki melayu lain kaya sbb tu keluar ayat2 dengki spt dalam 'islam tak bagus j ...
bg aku, kalau org lain nak kaya tu mereka punya pasal as long mereka tak guna harta rakyat dan usaha sendiri mmg aku admire lantak depa lah nk guna duit depa cmne?
tp kalau mereka baik mereka infakkan sebahagian harta utk saham akhirat.. yang terbaik kita belajar berguru daripada mereka how to be succesful person.. tiap2 org ada ilmu pengalaman berbeza