CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4577|Reply: 4

Masalah ketuat?

[Copy link]
Post time 2-9-2013 03:32 PM | Show all posts |Read mode



KETUAT atau `warts' merupakan sejenis penyakit kulit yang kerap terjadi menyebabkan kita memandang remeh kesan penyakit tersebut terhadap kehidupan seharian kita.

Sedangkan ketuat sekiranya dibiarkan berlarutan boleh merebak ke lain-lain bahagian badan serta menjangkiti orang yang dekat dengan kita.

Menurut pakar Perubatan dan Penyakit Kulit, Klinik Perubatan dan Kulit Cheras, Dr. Saadiah Sulaiman, ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV).

Mana-mana bahagian kulit boleh dijangkiti terutama di tangan, jari dan kaki. Bahagian yang dijangkiti akan mula menimbul, keras manakala permukaannya menjadi kasar.

``Jangkitan boleh merebak ke lain-lain anggota badan atau individu yang lain melalui sentuhan.`' katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Dr. Saadiah menambah, mereka yang mempunyai masalah kurang daya tahan diri seperti menghidap HIV atau sistem pertahanan kulit yang lemah seperti golongan yang mengalami masalah ekzema lebih mudah dijangkiti ketuat.

Begitu juga mereka yang sering terdedah kepada kotoran.

JENIS-JENIS KETUAT

Menurut Dr. Saadiah, terdapat lebih 150 jenis ketuat dan ia bergantung kepada kawasan di mana ketuat itu wujud.

KETUAT BIASA (COMMON WARTS)

Ketuat jenis ini kebiasaannya terjadi di bahagian tangan. Bahagian yang dijangkiti akan membonjol keluar, bulat dan mempunyai permukaan yang kasar dan keras. Ia berwarna seperti kulit atau gelap sedikit.

KETUAT KAKI (PLANTAR WARTS)

Ketuat jenis ini akan menimbulkan kesakitan kepada individu apabila berat badan menekan kawasan yang dijangkiti terutama apabila berjalan atau berlari.

Lazimnya terdapat bintik hitam disebabkan oleh pendarahan kecil di permukaannya. Penggunaan alas berbentuk bulat seperti donut pada bahagian tersebut akan membantu mengurangkan kesakitan.

KETUAT FILIFORM (FILIFORM WARTS)

Ketuat jenis ini berbentuk unjuran panjang seperti jari dan boleh berlaku di sekeliling kelopak mata, muka dan leher.

KETUAT PLANAR

Ketuat jenis ini kelihatan seperti biji-biji leper di permukaan kulit dan warnanya seperti warna kulit dan ia terjadi pada permukaan kulit yang lembut.

KETUAT KELAMIN (GENITAL WARTS)

Ketuat jenis ini adalah lembut, lembap, tidak sakit. Ia berwarna merah jambu atau keperangan dan boleh tumbuh di atas kemaluan, bibir faraj, kawasan dubur (anal warts) dan kadangkala ia muncul di faraj wanita

``Bagi wanita, ketuat kelamin berpotensi menyebabkan kanser, terutamanya barah pangkal rahim,'' tambah Dr. Saadiah.

Oleh kerana lazimnya penyakit ini tidak ada gejala, kaum maka wanita dinasihatkan menjalankan ujian `pap smear' secara berkala terutama mereka yang menjangkau umur 40-an.

Bagi wanita mengandung, rawatan perlu dijalankan dengan segera kerana risiko virus HPV menjangkiti bayi adalah tinggi semasa melahirkan anak terutamanya apabila bayi tersebut dilahirkan secara normal. Ini kerana bayi dilahirkan akan melalui kawasan yang

dijangkiti dan mendedahkannya kepada jangkitan.

KAEDAH RAWATAN

Salap asid SALISILIK

Ubat ini perlu disapukan di bahagian yang dijangkiti. Setelah ketuat tersebut kering, ia akan dikikis. Keruping perlu dibuang secara berhati-hati kerana sekiranya terkena mana-mana bahagian kulit yang sihat, virus boleh tersebar.

TERAPI CRYO

Nitrogen cecair akan dikenakan pada ketuat dan apabila kering ketuat tersebut akan jatuh ataupun mengecut. Namun begitu, rawatan ini selalunya perlu dijalankan berulang-kali.

PODOPHYLLIN

Merupakan satu teknik rawatan yang menggunakan sejenis tumbuhan. Ubat ini disapu di bahagian yang dijangkiti bagi memusnahkan tisu di tempat yang dijangkiti di permukaan kulit.

INTERFERON & ASID TRICHLORACETIC (TCA)

Ubat Interferon akan disuntik secara langsung kepada kawasan yang dijangkiti manakala TCA akan disapu di permukaan ketuat.

PEMBEDAHAN

Kaedah ini akan diambil bergantung kepada kesesuaian tempat dan jenis bentuk penyakit. Ketuat akan dibuang terus termasuk akar dan lain-lain tisu yang dijangkiti oleh virus tersebut.

PENCEGAHAN

Bagi sesetengah orang, ketuat boleh hilang dengan sendirinya dalam masa 6 hingga 2 tahun. Namun begitu ini tidak bermakna ketuat tidak akan terjadi semula.

Kebersihan diri memainkan peranan dan memastikan kulit sentiasa sihat.

``Jangan sesekali cuba membuang ketuat dengan memotongnya sendiri

kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kuman yang lain dan kadangkala menyebabkan ketuat terjadi dengan lebih teruk,'' ujar Dr. Saadiah.

Bagi mereka yang mengidapi penyakit ini, adalah dinasihatkan supaya jangan tunggu terlalu lama untuk mendapatkan rawatan.

``Kes yang paling teruk saya lihat ialah ketuat di kawasan dubur. Ketuat pesakit ini telah menjadi besar, sebesar sebiji bola tenis,'' tambahnya lagi.

Bagi pesakit ini, Dr. Saadiah mengatakan satu pembedahan telah dibuat bagi membuat ketuat tersebut di samping rawatan susulan dengan rawatan cryo.


Errrkkk ketuat ni memang tidak menyenangkan mata...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2013 10:09 AM | Show all posts
good info!
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2013 12:09 PM | Show all posts
good info. thanks for sharing..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2013 12:48 PM | Show all posts
sharing is caring.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2015 04:22 PM | Show all posts
hai..good info.. saya ingat dulu time blaja pernah kena ketuat ni dekat bawah ibu jari kaki belah kanan. Mulanya ingatkan benjolan biasa sebab pakai kasut tapi lama -kelamaan tu dia jadi sakit.. tanya orang dia cakap ketuat..susah nak hilangkan ketuat ni.. mula-mula kopek kulit atas dia tu then nampak bulu-bulu halus warna hitam tu..lepastu buang bulu-bulu halus tu..sampai berdarah masa tu..then bila dia tumbuh je buang..sakit memang sakit sebab geram..then satu hari tu ketuat tu jadi kering lepas tu sampai sekarang dah tak ada kesan pon dah hilang..maybe dia punya akar tunjang dibuang..

tak pon kalo korang rasa takut nak buat camtu kita suggest buat rawatan dekat sini
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html#.VYz7ByKUcbU
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.178671 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list