baru nonton MALAVITA...sebagai sebuah filem ,Malavita punya tarikan yg luar biasa dgn nama besar di belakang tabir seperti Martin Scorsese sebagai eksuketif produser dan Lucc Besson( produser/penulis siri Transporter, Taken dll)di kerusi pengarah. Malavita juga membariskan nama2 besar hollywood seperti Robert De Niro, Michelle Pfeiffer mahupun Tommy lee jones dan bintang muda siri Glee, Dianna Agron.
pada awal filem lagi,pengarah telah memaparkan sebuah keluarga telah dibunuh dgn kejam oleh seorang lelaki misteri..dan seterusnya penonton diperkenalkan dgn sebuah keluarga dr Amerika yg sedang mencari2 kediaman baru mereka di sebuah pekan kecil di Perancis.Sedikit-demi sedikit kita mula mengetahui bahawa keluarga ini adalah keluarga bekas mafia bernama Giovani yg diburu oleh geng mafianya kerana telah membelot dan kini mereka sekeluarga diletak di dalam program perlindungan saksi .Perpindahan terbaru mereka ke pekan kecil ini kerana mereka selalu menimbulkan masalah di setiap tempat mereka dipindahkan. Bagaimana mereka cuba utk menyesuaikan diri di pekan kecil ini menjadi latar belakang filem ini.
Secara peribadi, lakonan para pelakon utama adalah kekuatan filem ini. Mereka yg membesar dgn filem2 gangster Robert De Niro pasti tersenyum melihat telatah dia yg seakan-akan menyindir watak-wataknya sebelum ini. Michelle Pfeiffer sebagai isteri kelihatan serasi dgn Robert dan menarik sekali melihat wajah dia yg tidak dicucuk botox...lakonannya masih mantap....Diana Agron ,bintang Glee ini menyerlah dlm wataknya sebagai anak remaja yg sedang mencari cinta...begitu jg adik bongsunya lakonan John dleo yg tanpa membuang masa merancang pelbagai perkara utk menguasai sekolah barunya....
sebagai sebuah komedi gelap,filem ini mengunakan latar keganasan sebagai penyelesaian masalah.Keluarga mafia ini ,baik si ayah,ibu sehingga kedua-dua anak mereka menggunakan kekerasan sebagai jalan penyelesaian.Walaupun begitu, pengarah cuba mengambarkan mereka hanya menggunakan kekerasan ke atas org- org yg memprovokasi mereka terlebih dahulu.
Mereka juga kelihatan bersatu walaupun sifat azali mereka tidak pernah berubah . Mereka cuba utk berubah bila si ibu digambarkan pergi ke gereja utk mendekatkan diri pd tuhan tapi akhirnya dia telah dihalau oleh paderi setelah paderi mengetahui kebenaran , malah si anak juga mengharapkan cinta mampu membawa dia keluar dr corak hidupnya tapi akhirnya org yg dicintainya telah mengkhianati dirinya.
Bosan gak.. Pelakon gempak tapi punch line tak berapa menarik banyak sangat bercakap.. aksi last tu sangat sekejap.. Sorry klu tak sependapat tapi rasanya We're the miller lagi lawak...