View: 9231|Reply: 12
|
Tips Rahsia Gadis Kekal Ayu
[Copy link]
|
|
Tips Rahsia Gadis Kekal Ayu

Contoh gadis ayu
Assalamualaikum...
Entri tips kecantikan dan wanita.
Gadis atau perawan diibaratkan seperti sekuntum bunga yang sedang mekar di taman. Kecantikan dan keayuan wajah si gadis harus dipelihara sejak dari peringkat remaja lagi. Ikuti beberapa tips ringkas cara-cara untuk mengekalkan keayuan wajah gadis ayu.
Haha, skema tak ayat? Aku ambik dari majalah Mingguan Wanita bahagian Rahsia Wanita. Aku rasa amat sesuai untuk gadis kasar yang nampak je ayu macam aku ni.. aku nampak je macam ayu gile tapi aku ni kasar ni. No wonder la ada jer yang terasa dengan kata-kataku (orang yang tak kenal aku la). Kalau diorang sudah kenal, diorang tahu aku ni macam mana, tak ada apa yang perlu terasa..
Aku bukan gadis lembut yang mudah dibuli. Aku ni jenis berani dan agak kasar. Aku paling suka watak Jun (Fasha Sanda- Dewa Cinta). Aku suka cara dia cakap dan peribadi Jun. Aku suka cakap macam tu. Tapi lelaki pula tak suka aku cakap macam tu.. Jadi, daripada nak gaduh-gaduh, aku pun kena la belajar jadi minah ayu ni.
Tak rock la kena jadi minah ayu.. Hahaha~
Ok la, dah panjang aku bebel..
Jom kita cek apa yang patut kita buat untuk menjadi gadis ayu idaman lelaki ini..
1. Kejelitaan
Menjaga kejelitaan semula jadi dengan tidak memakai bahan-bahan luaran (mekap) yang bersifat palsu semata-mata tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental.
2. Masa
Gunakan masa untuk perkara-perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif. Jangan banyak berangan-angan.
3. Tidur
Tidur awal setiap malam dan bangun awal pagi untuk solat subuh. Elakkan tidur siang hari.
4. Suara
Gadis yang ayu juga memerlukan penjagaan suara. Latih diri bercakap dengan lembut, tidak sengau atau suara yang terlalu kuat.
5. Berbahasa
Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuruan budi seperti ‘tolong’ dan ‘minta maaf’, serta ‘terima kasih’.
Jangan menggunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti ‘bosan’, ‘very annoying’, ‘menyampah’, ‘benci’ dan sebagainya kerana keadaan ini akan menyebabkan muka anda menjadi berkerut dan masam.
6. Kulit badan
Kebersihan perlu sentiasa dijaga. Amalkan makan ulam-ulaman dan buah-buahan segar untuk mendapatkan kulit yang cantik. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Gunakan sabun yang tidak banyak merosakkan kulit.
7. Kulit wajah
Kalau ada jerawat yang tumbuh pada muka, gunakan pencuci muka dan ubat jerawat. Ada yang cakap penggunaan sabun lebih sesuai. Tetapi aku percaya yang penggunaan pencuci muka adalah terbaik. Penggunaan sabun akan membuatkan kulit muka kering manakala pencuci muka memang dirumuskan khas untuk wajah. Lagipun pakar kulit mengatakan kulit badan dan kulit muka adalah berbeza kombinasinya.
8. Rambut
Bersihkan rambut tetapi jangan terlalu kerap. Ketika menyikat rambut, ulangi sikat ke seluruh bahagian kepala untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Namun kalau nak buatkan rambut menjadi ikal mayang, jangan sisir rambut dengan sikat tetapi gunalah jari.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cara jalan
Jangan jalan mengengkang atau jalan bersepah.. Kaki sebelah ke arah lain sebelah ke arah kanan. Jalanlah dengan tertib.
10. Cara duduk
Bersimpuhlah bila berada di bawah (lantai) dan bersila panggung atau rapatkan kaki apabila duduk di atas kerusi. Elakkan cara duduk mengangkang.
Aha, memang dapat kutip sesuatu (terutama untuk gadis yang mempunyai jiwa keras macam aku ni, kan?
Dah amalkan semua ini? Kalau tak ada jugak lelaki terpikat kepadamu, maka berdoalah semoga diberkati-Nya. Haha~ Gurau je..
Kalau belum ada lelaki yang terpikat kepadamu, mungkin belum tiba masanya. Mungkin si dia sedang berusaha menjadi pemimpin yang terbaik buatmu. Wah, sedap tak ayat aku? Haha~ Bukan ayat yang perlu difokuskan tetapi kata-kata dan kenyataan yang perlu diambil kira. =)
|
|
|
|
|
|
|
|
wah wah bang lokman
bg tips kecantikan pula
i loike!
 |
|
|
|
|
|
|
|
no.8 tu..memng aku buat..hihihi..x penah beli sikat..pkai jari jerk |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm mana nak dpr kulit cantik mcm emma mambong ni ek...... Suka sgt tgk kulit dia.... Sapa ada tip... |
|
|
|
|
|
|
|
bersyukur la dgn kulit anda. emma maembong nye kulit sebenarnya mcm kite2 je. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus tips2 ni..tp kalau tak diamalkan pun tak guna jg  |
|
|
|
|
|
|
|
crunchez posted on 15-10-2013 11:06 PM 
bersyukur la dgn kulit anda. emma maembong nye kulit sebenarnya mcm kite2 je.
semulajadik tu...ahax
|
|
|
|
|
|
|
|
yg dh namanya ayu tak perlu berusaha keras kot sbb lebih 44org akan panggil/sebut 'ayu' sehari kat dia....hihihi! Last edited by 220796 on 16-10-2013 01:29 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
chenta_dewi posted on 16-10-2013 09:05 AM 
semulajadik tu...ahax
yang aku tau, emma maembong susah nak nampak muka natural die. dia selalu pakai foundation tebal.
kalau nak kulit bersih, rajin2 la basuh muka. bilas muka dgn air. makan buah, jaga pemakanan. byk benda plak kene buat.
|
|
|
|
|
|
|
|
crunchez posted on 16-10-2013 12:24 PM 
yang aku tau, emma maembong susah nak nampak muka natural die. dia selalu pakai foundation tebal.
...
mate dia pon rasanya mesti letak lens...kalau tak letak pon rasa cantik tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
nak kulit cantek..sila makan beutskin..
so nak ayu ----> kulit kena cantek -----> kena makan beutskin -----> beutskin mahal ----> kena kaye
kesimpulan : nak ayu = kena kaye
 |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya tips rahsia ni bkn takat gadis2 je tpi utk yg dh bkawen... barulah "ayu" dulu, kini & selamanya  |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|