|
KUALA LUMPUR - Juara dunia tujuh kali, Datuk Nicol AnnDavid menempah tiket ke separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat 2013 pada Selasa.
Pada perlawanan peringkat suku akhir pertama yang diadakan di gelanggangkaca di Kline and Specter Squash Center di Drexel University, Philadelphia,pemain berusia 30 tahun itu hanya mengambil masa 34 minit untuk menewaskanpemain Ireland, Madelline Perry dengan straight set 12-10, 11-2 dan 11-3.
Datuk Nicol David
"Saya tahu saya mesti berhempas-pulas dari awal. Madeline sangat kuat diposisi tengah dan beliau memaksa saya berlari banyak kali jadi saya harusbekerja keras untuk mengatasinya," kata Nicol yang dipetik dari laman sesawangrasmi kejohanan www.usopensquash.com.
Nicol, pemain nombor satu dunia, akan bertemu pemain New Zealand JoelleKing, yang turut mara ke perlawanan separuh akhir, selepas menewaskan pilihankeempat Alison Waters dari England.
Joelle memenangi perlawanan dengan straight set 11-6, 11-6 dan 11-4 dalammasa 34 minit.
Sementara itu, perlawanan suku akhir kedua kategori wanita melibatkan pemainnombor dua negara, Low Wee Wern dengan pemain Mesir Raneem El Weleily sertaKasey Brown (Australia) dan Laura Massaro (England), akan diadakan pada 5 petangwaktu tempatan (5 pagi waktu Malaysia).
|
|