CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6842|Reply: 26

Pompeii [FEB 2014]

[Copy link]
Post time 30-10-2013 08:46 PM | Show all posts |Read mode



The film stars Kit Harington as an enslaved Celtic gladiator named Milo who falls in love with a noblewoman (Emily Browning) on the eve of a massive volcanic eruption that destroys Pompeii, an event that also brings him face-to-face with the man who slaughtered his family years earlier.  

**Jon Snow Games of Throne kah itu???

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2013 11:10 PM | Show all posts
tunggu sequel 300 jah
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2013 11:27 PM | Show all posts
Jap..bukan pompeii ni tpt yang kena bala sbb homoseks zaman dulu2 tu ke..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2013 08:20 AM | Show all posts
helicornia posted on 3-11-2013 11:27 PM
Jap..bukan pompeii ni tpt yang kena bala sbb homoseks zaman dulu2 tu ke..

mengeseks sesama lelaki tu Sodom and Gomorrah kak
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2013 10:28 AM | Show all posts
aku pun ingatkan pompeii ni city of sodom tu. rupa2nya tak. hu3
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2013 03:27 PM | Show all posts
pompei tu tpt pesta seks mcm citer carigula...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2014 09:32 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2014 11:53 PM | Show all posts
cite history mmg best tp yg x best nye kalo byk sgt adegen gitu2......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2014 07:14 AM | Show all posts
Ingat dulu baca pasal masa Pompeii ditemui, arkeologi jumpa banyak barangan deco umah berasaskan objek zakar
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 03:26 PM | Show all posts
ingatkan cite ni pasal yg homoseks pastu kena bala..semalam baru tengok...takda langsung cite pasal tu...ceittt...tp kit harington sgt rembess

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 05:31 PM | Show all posts
estrelle posted on 22-2-2014 03:26 PM
ingatkan cite ni pasal yg homoseks pastu kena bala..semalam baru tengok...takda langsung cite pasal  ...

Best ke idok? Bg la riview skit
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 06:47 PM | Show all posts
September14 posted on 22-2-2014 05:31 PM
Best ke idok? Bg la riview skit

Tengok masa opening ari tu..best gak tak boring la..citer dia lebih kepada cinta,setiakawan dan teknik cgi dia memang tiptop gak..rasa macam real pulak gunung berapi meletup..pasal isu seks liar tu tak disentuh langsung..padahal tu la isu utama pasal pompeii..bila tgk documentary pasal bangsa ni lagi teruk dari bangsa sodom (Nabi Nuh) bukan setakat dengan lelaki sama lelaki, perempuan sesama perempuna bahkan dengan binatang pun diaorang buat; (kambing dan babi).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 06:50 PM | Show all posts
lonso posted on 20-2-2014 11:53 PM
cite history mmg best tp yg x best nye kalo byk sgt adegen gitu2......

part last jerr ada adegan panas tu pun takat comolot jerr.... nampak sangat pembikin filem ni cuba nak alihkan realiti sebenar sejarah pompeii.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 08:20 PM | Show all posts
kecik82 posted on 22-2-2014 06:47 PM
Tengok masa opening ari tu..best gak tak boring la..citer dia lebih kepada cinta,setiakawan dan te ...

Owh thnks, rasa mcm nk g, lately ni pun cter wyg semua sendu, myb leh tgk citer ni...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 09:22 PM | Show all posts
September14 posted on 22-2-2014 05:31 PM
Best ke idok? Bg la riview skit


[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]


BAGI anda yang meminati sejarah, atau pernah membaca mengenai kisah bandar Pompeii, anda pasti mengetahui mengenai sebuah bandar terkaya pada zaman purba. Sumber pendapatan yang berlimpah ruah dan hidup mereka yang cukup senang lenang.

Tanah Pompeii dianugerahkan kesuburan yang amat baik dan industri pertanian merupakan industri yang utama dalam menjana ekonomi Pompeii. Selain dari bidang pertanian, Pompeii juga menjadi tumpuan pedagang dari luar dan dalam Rom untuk berdagang.

Melalui pertembungan budaya yang pelbagai ini dipercayai menjadi di antara penyebab terhakisnya norma-norma kemanusiaan dan keagamaan dalam diri setiap masyarakat Pompeii.

Kota yang terletak berdekatan dengan kota Naples di mana pada sekarang ini termasuk dalam wilayah Campania, Itali, merupakan sebuah bandar yang mengamalkan hubungan sejenis dan hamba abdi secara berleluasa.

Aktiviti maksiat berlarutan sehingga perkara yang tidak diingini berlaku secara tiba-tiba di mana gunung berhampiran kota mereka yang diberi nama Vesuvius meletuskan lava panas sehingga membanjiri kota tersebut. Tiada sesiapa pun yang terselamat dari bencana tersebut dan kebanyakan mereka telah bertukar menjadi batu.

Dek kerana sejarah negara itu menarik perhatian syarikat perfileman Hollywood untuk menggarap filem ini ke layar perak menerusi sentuhan Paul W.S. Anderson.

Filem yang mempertaruhkan muka baru seperti Kit Harington, Emily Browning, dan Carrie-Anne Moss sebagai teraju utamanya mengisahkan seorang hamba dan gladiator Celtic bernama Milo (Harington) yang jatuh cinta dengan seorang wanita bangsawan Cassia (Browning).

Milo juga mempunyai dendam lama untuk membunuh orang yang bertanggungjawab membunuh ibu bapa dan kaumnya ketika dia masih kecil. Namun, sebelum itu pelbagai cabaran yang dihadapi oleh Milo antaranya ialah terpaksa bertarung nyawa melawan tentera Rom dalam gelanggang di hadapan rakyat Kota Pompeii dan tertekan dengan Senator Rom yang ingin berkahwin dengan Cassia.

Kejadian tidak diingini berlaku apabila letusan gunung berapi sudah mula mengeluarkan lava dan menuju ke kota Pompeii. Ramai rakyat lari bertempiaran demi untuk menyelamatkan diri daripada lava tersebut. Milo dan Cassia juga tidak ketinggalan untuk menyelamatkan diri tetapi telah dihalang oleh senator dari Rom yang ingin berkahwin dengan Cassia.

Tanpa adegan terlampau

Biarpun terkenal dengan bandar yang mengamalkan hubungan sejenis dan seks secara terbuka, Anderson tidak menggambarkan bandar tersebut secara jelas di dalam filem ini sebaliknya hanya meletakkan kemajuan bandarnya sahaja.

Bagaimanapun suasana di bandar Pompeii itu sendiri dilihat tidak banyak berubah seperti arca tinggalan yang masih dapat dilihat sehingga kini.

Pada pendapat penulis, Anderson cuba menggarap filem ini sebaik mungkin, namun dek kerana cuba menggambarkan Pompeii sebagai sebuah bandar yang maju tanpa menyentuh mengenai 'keaiban' bandar tersebut, maka perjalanan cerita tersebut agak perlahan.

Namun antara faktor lain yang menarik mengenai filem ini adalah kesan imej janaan komputer (CGI) pada letusan gunung berapi yang nampak 'real' dan seperti benar-benar berlaku.

Anda pasti akan merasa ngeri dengan percikan lava dan letupan yang turut mengakibatkan tsunami ini di dalam filem ini.


Gandingan mantap

Biarpun jalan cerita sedikit perlahan, namun Anderson harus berterima kasih kepada barisan pelakonnya yang berjaya mengemudi filem ini dengan baik sekali.

Meskipun nama mereka tidak sepopular pelakon lain, namun lakonan Harington khususnya berjaya menarik perhatian penonton khususnya.

Dengan kurang dialog dan permainan emosi, Harington sebagai Milo berjaya meninggalkan rasa simpati pada penonton dengan nasibnya yang menjadi yatim piatu pada usia yang masih kecil.

Justeru bagi anda yang ingin mengetahui sejarah Pompeii dan nasib Milo dan Cassia pada bencana letusan gunung itu, jangan lupa menyaksikan filem ini di pawagam.



p/s:4 bintang iols bagi...best..



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 09:23 PM | Show all posts
kecik82 posted on 22-2-2014 06:50 PM
part last jerr ada adegan panas tu pun takat comolot jerr.... nampak sangat pembikin filem  ...

betul2...org putih mana nak tunjuk kelemahan diorang...takda unsur 18sx pon...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2014 09:26 PM | Show all posts
September14 posted on 22-2-2014 08:20 PM
Owh thnks, rasa mcm nk g, lately ni pun cter wyg semua sendu, myb leh tgk citer ni...

ekceli iols dah plan nak tengok roboccop tapi dah abis tayangan pulak kat tempat iols ni...so nak tak nak tengok jelah cite ni...tak rugi...ok la dr ngabihkan boreh tengok cite melayu yg ntahape2ntah..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 09:48 PM | Show all posts
Better tgk documentary je
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 09:59 PM | Show all posts
September14 posted on 22-2-2014 08:20 PM
Owh thnks, rasa mcm nk g, lately ni pun cter wyg semua sendu, myb leh tgk citer ni...

Tu ar sume sendu nak2 robocop tu,..citer iols bagi 4 drp 5..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2014 10:23 PM | Show all posts
kira best ek pompei nih. masuk list utk tgklah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.089923 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list