|
Pelembab Muka Dihasilkan Dari Najis Kambing
Di sebuah desa bernamaTamri di Maghribi, kambing-kambing memanjat pokok Argan untuk mencari makanan. Berry Argan adalah makanan terbaik yang makan oleh kambing Tamri, dan untuk menggapai buah, kambing-kambing ini mestilah mahir memanjat pokok.
Setelah mereka mencerna buah, kambing meninggalkan najis yang mengandungi biji yang mereka hadam. Biji itu kemudian diambil dari kotoran najis kambing, dicuci dan diperah untuk menghasilkan minyak argan.
Minyak argan sering disebut emas cair kerana khasiatnya sebagai pelembab kulit dan menyembuhkan, yang telah dikenali sejak tahun 1550 sebelum masehi. Dalam laman skinceptionarganoil menyebutkan bahawa minyak argan mempunyai kandungan vitamin E 200% lebih banyak dibanding minyak zaitun.
|
|