Yum yum yum....sejak perkenalkan Sambal Rojak Buah ChekTi ni ramai lak yang bertanyakan resepi...
Senang jek...tapi nak buatnya amek mase sikit..sementara nak masak kuah rojak ni sempatlah kite mengemas rumah bagai.
Bahan-Bahanya???
1kilo Gula Pasir
1botol kicap kipas udang (botol besar)
RM1.00 Cili Kering (yang pendek tu lagi pedas)
200g Belacan (bakar bagi mendapatkan aromanya)
1/2 Betik Masak
RM1.00 kacang tanah (goreng tanpa minyak)
2-3 sudu bijan (goreng tanpa minyak)
Caranya...
Blander Cili + Belacan + Betik + Kicap hingga hancur sehancurnya. kemudian masukkan bahan blander bersama gula ke dalam periuk. bermakna campur semua bahan lah...limitkan penggunaan air semasa goncangkan baki kicap...seminimum mungkin..bukan ape nanti lambat pekat..dah separuh masak baru masukkan kacang yang telah dikisar dan juga bijan...
kalau nak pedas boleh tambah cili padi....
dah siap pun..jangan rase time panas2 nanti melecur lidah..tggu sejuk dlu...nak tahan lama boleh simpan dalam peti ais..jangan bekukan udah ler...
***masak kire2 dalam 1 jam...jangan angkat awal sangat nanti gula tak betul2 larut..pastikan kacau sentiasa takut hangus kat bahagian bawah tu...