MADU bukan sahaja berfungsi untuk meningkatkan daya tahan tubuh. Malah, pengambilan air suam dengan lemon dan madu mampu membantu wanita mengurangkan berat badan. Rutin pengambilan minuman ini selama seminggu boleh mengurangkan lemak tubuh sebanyak 1.4 kilogram. Pengambilan diet madu seperti ini pernah dijelaskan dalam buku The Honey Diet karya Mike Mclnnes. "Madu dalam diet ini akan menggantikan keperluan gula dalam aktiviti harian. "Selain itu, ia dapat mengurangkan pengambilan karbohidrat sederhana dan menggantikannya dengan karbohidrat kompleks," ujarnya.
|