CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6194|Reply: 24

Sushi tidak baik untuk kesihatan jantung

[Copy link]
Post time 17-1-2014 12:14 PM | Show all posts |Read mode
SUSHI selama ini dikenali sebagai makanan sihat kerana ia mengandungi rendah kalori tetapi kaya dengan omega-3.
Tetapi kajian mendapati, rutin pengambilan sushi akan membuatkan tubuh terdedah kepada lebih banyak logam, sekali gus meningkatkan risiko penyakit jantung.
Menurut kajian tersebut, ikan mentah berpotensi membahayakan kesihatan kerana tinggi kandungan logam berat.
Raksa boleh menyebabkan sistem saraf terjejas jika diambil dalam jumlah yang banyak manakala raksa dalam makanan cepat diserap oleh tubuh.
Ikan seperti tuna gergasi, todak, yu atau sardin memiliki kandungan raksa yang tinggi kerana ia memakan ikan lebih kecil.
Kajian sekumpulan penyelidik Majlis Pertahanan Sumber Alam Semula Jadi (NRDC) di New York, Amerika Syarikat (AS) mendapati pengambilan ikan dicemari raksa boleh memberi menyebabkan kemandulan dan tekanan darah.
Selain itu, ia juga menyebabkan lupa ingatan, menggeletar dan buta manakala peningkatan kadar raksa meningkatkan risiko penyakit jantung.
Keputusan analisis penyelidik daripada Universiti Rutgers di New Jersey itu membabitkan pengambilan raksa oleh lebih 1,200 orang responden.
Peserta yang mencatat bacaan tinggi kebanyakannya merupakan peserta yang gemar memakan sushi.
Mereka turut disoal lebih lanjut berkenaan jumlah dan jenis sushi yang dimakan setiap bulan.
Penyelidik mendapati, kebanyakan peserta percaya sushi akan memanjangkan umur mereka tetapi meragui bahawa kandungan raksa pada sushi cukup tinggi untuk membahayakan kesihatan mereka.
Menurut kajian Pusat Perubatan Wexner Universiti Ohio, AS, kadar raksa yang tinggi dikaitkan dengan penyakit jantung melalui aktiviti enzim pada dinding pembuluh darah.
"Selain memberikan kesan positif daripada omega-3, cemaran raksa pada ikan sushi memberikan kesan negatif seperti rendahnya kadar kolesterol baik, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok serta kelahiran pramatang," jelas para penyelidik.
Lembaga Pemantau Makanan dan Ubat-ubatan AS (FDA) menyarankan pengambilan hanya dua sajian ikan yang mengandungi omega-3 pada setiap minggu.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2014 02:57 PM | Show all posts
dorang kena sedia sushi mentah dengan sushi dah dimasak... aku lg suke ikan ke ketam yg dah dimasak... lg enak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2014 01:17 PM | Show all posts
starbee posted on 21-1-2014 02:57 PM
dorang kena sedia sushi mentah dengan sushi dah dimasak... aku lg suke ikan ke ketam yg dah dimasak. ...

peminat tegar sushi king ke ni????

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2014 11:37 AM | Show all posts
dak aih tp base on pemerhatian jer...

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 03:11 PM | Show all posts
ikan2 mentah gini penting letak skali cili or bawang bsb nak matikan kuman2 and naturalkan balik kandungan dia.. x silap aku.. sebab tu umai, org sarawak letak bawang, cili, halia.. mmg x masak.. tp bila dah panas ngn rempah2 tu.. otomatik masak udang, ikan mentah tu..
mcm sushi.. hurm.. aku penggemar la.. tapi x selalu.. so, aku akan pastikan soy sauce aku kacau skali ngn wasabi...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 05:02 PM | Show all posts
peminat sushi jugakkk ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2014 12:42 PM | Show all posts
mkn sushi yg masak jer..kalau yg mentah, x lalu nak telan..
salmon asparagus fav dish aku..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2014 07:57 PM | Show all posts
aku tak lalu mkn sushi bila terpikir ikan tak masak...terus rasa loya nak muntah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2014 02:06 PM | Show all posts
Alahaiiii tak dapat nak pekena sushi bila dengaq nih rasa was-was dahhhh.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 08:06 PM | Show all posts
kna wasabi hilang resdung
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 01:29 PM | Show all posts
saya peminatt sushi yg dah dimasak..
Sedapnyeeee
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2014 11:42 AM | Show all posts
Tak semua sushi yg mentah byk Je menu dia yg x mentah.. Tp tobikko mmm sedapp..nak nak inari boat Perth sedapnya...tofu dia Punye kulit manis +tuna+cucumber dia slice halus+ mayo sluppp
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 09:08 AM | Show all posts
garyura posted on 8-2-2014 07:57 PM
aku tak lalu mkn sushi bila terpikir ikan tak masak...terus rasa loya nak muntah

sushi ade mcm2 variety la syg, ade je yg disalai or masak.. tak semuanye raw.. try laa sedap hehe btw ade jugak news kan pasal org japan yg dlm brain dia ade ulat ke cmna nth sb slu mkn sushi yg raw adus takutnye.. tp i tak suke yg raw huhu, tp sashimi so nyummy
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 02:50 PM | Show all posts
NHolmes posted on 17-2-2014 09:08 AM
sushi ade mcm2 variety la syg, ade je yg disalai or masak.. tak semuanye raw.. try laa sedap hehe  ...

sedap mcmana pub aku tetap rasa nam muntah mkn sushi....ngeri rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 04:54 PM | Show all posts
kalau mkn sushi king, aku selalu mkn yg dh masak mcm soft shell crab... sedappppp.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2014 07:27 AM | Show all posts
garyura posted on 17-2-2014 02:50 PM
sedap mcmana pub aku tetap rasa nam muntah mkn sushi....ngeri rasanya

alaaa try la duluuuu.. takpun try seaweed salad dulu sebelum sushi hahahhahaa nyum2 lapo pulakkkk sushi, tak insaf2 walaupun dah baca artikel ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2014 04:00 PM | Show all posts
NHolmes posted on 18-2-2014 07:27 AM
alaaa try la duluuuu.. takpun try seaweed salad dulu sebelum sushi hahahhahaa nyum2 lapo pulakkkk  ...

3 kali try 3 kali aku muntah lepas mkn sushi daaaa
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2014 01:40 PM | Show all posts
garyura posted on 18-2-2014 04:00 PM
3 kali try 3 kali aku muntah lepas mkn sushi daaaa

alamak mmg tak boleh accept sushi btl2 dah ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2014 03:16 PM | Show all posts
NHolmes posted on 19-2-2014 01:40 PM
alamak mmg tak boleh accept sushi btl2 dah ni

4 makanan yg aku fobia
1) jering
2) mee udang
3) sushi
4) nescafe
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2014 07:53 AM | Show all posts
garyura posted on 19-2-2014 03:16 PM
4 makanan yg aku fobia
1) jering
2) mee udang

mee udang? adus sedap kot.. u allegic udang ke
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.330747 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list